』17『

6.6K 534 80
                                    

Hai guys! Good news! Saya dah create gp official untuk novel overprotective husband yang nak dibukukan ni sep sikit! ( cari link gp ws dekat profile saya ya!)

Also, saya dah upload trailer untuk ff ni! Yeay! Full ver. dekat igtv acc insta saya. Uwushockjin.

Semua update pacal buku cekci ni dalam gp ws tu eh. semualah! harga ke, cover book dia ke!

!Happy reading!

•••••

"Aku benci perempuan! Semuanya sama! Gila! Jahat! Aku benci diorang!"jeritan nyaring Kim Taehyung di dalam mimpinya, mengejutkan empunya badan daripada lena tidurnya.

Dada Taehyung berombak-ombak. Peluh membasahi wajah dan tubuhnya. Wajahnya diraup kasar sebelum memandang jam digital yang digantung pada dinding.

Pukul 3 pagi.

"Sigh."

•••••

"Cepatlah anak Jeon oi! Nak ke market gitu je. Kenapa nak pakai baju ala-ala korporat? Pelik tau orang tengok."bebel Jiyeom apabila melihat Jungkook memakai kemeja lengan panjang dipadankan dengan kasut berjenama Gucci.

Jungkook menggosok leher belakangnya. Malu dirasai dan shshshhs.

Perlu ke dia mengaku bahawa dia tidak ada baju kasual seperti lelaki lain?

"Yeom, sebenarnya saya..."

"Saya tak ada baju casual. Almari saya penuh dengan kemeja. Kalau baju lain pun, t shirt berwarna putih dengan sweater. Tak sesuai untuk pakai kalau nak keluar."wajahnya ditundukkan.

Jiyeom ternganga mendengarkan pengakuan Jungkook. Nampaknya suaminya seorang yang tidak peduli tentang dirinya.

Tetapi, kenapa boleh maintan kacak eh? Mantap bossku.

"Kenapa dengan awak ni? Tak trendy langsung! Kata CEO industri fesyen semua. Tapi langsung tak follow up apa-apa jenis pakaian yang orang pakai."Jiyeom membebel. Jungkook hanya memimikkan muka.

Atau lebih tepat, menganjing.

"Yela, yela. Saya bukannya apa. Saya sunyi Jiyeom. Saya tak ada teman. Saya rasa saya tak perlu nak bergaya sebab saya tak ada seseorang. Memang ada mak ayah tapi hati saya kosong. Tapi sekarang... hati saya dah lengkap. Saya nak jadi kacak untuk si dia. Awak faham, kan?"

Merona kemerahan wajah Jiyeom dibuatnya. Buat sweet - sweet pulak depan rak kasut.

"Dah-dah. Cepat sikit. Saya belanja awak baju hari ni ya? No excuse! Saya tahu awak kaya, tapi apa salahnya kan harini saya belanja? Hari ni awak punya. Awak boleh minta macam macam."lengan Jungkook dipaut. Kepalanya dilentokkan pada bahu suaminya.

Jeon Jungkook hanya tersenyum. Bahagia rasanya apabila mempunyai Jiyeom di sisinya. Tidak dapat Jungkook bayangkan jika satu hari nanti dia harus terpisah dengan isterinya.

"Okay jom, sayang."

•••••

"Eh, ada kempen di tepi jalan."ujar Jungkook lantas memperlahankan kereta mewahnya di tepi jalan apabila terdapat sekumpulan gadis sedang mengedarkan pamplet.

Jiyeom sekadar mengangkat wajahnya lantas menyambung aktivitinya. Menggodek telefon pintarnya.

Sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan oleh Jungkook, gadis-gadis tersebut terlompat-lompat kerana terkejut dan gembira.

"Encik Jeon! Tak sangka dapat jumpa Encik Jeon harini!"

"Wah kacaknya!"

"Macam dalam mimpi dapat jumpa model yang paling berpengaruh!"

Jiyeom hanya membisu. Biasalah perkara macam tu. Janji Jungkook tidak melayan macam ulat naik bulu.

Tapi apa yang Jiyeom sangkakan, salah! Jauh daripada sangkaannya!

"Yeke? Saya kacak ke?"Jungkook tersenyum menggoda sambil menguak rambutnya ke belakang. Sengaja ingin mencari perhatian Jiyeom.

"Ye, kacak! Sangat- sangat! Encik Jeon memang hensem! Tip top!"

Berasap Jiyeom di sebelahnya.

"Cukup kacak tak untuk jadi peneman awak semua?"mendengarkan pertanyaan Jeon Jungkook sebegitu, para gadis tersebut menjerit bagaikan terkena histeria.

"Abang."Jiyeom bersuara secara tiba-tiba. Jungkook berpaling. Para gadis itu juga diam sambil memerhatikan wajah Jiyeom.

"Abang! Sayang dah lambat ni! Um um cepatlah, abang! Kalau tak sayang merajuk nanti! Cepatlah! Abang kan sayang saya? Cepat. Kalau tak, siap abang!"bibirnya dicebikkan, Jiyeom membuat gaya comel untuk menarik perhatian mereka semua.

Biar diorang tahu, Jungkook tu dia punya!

Jungkook hendak ketawa, tetapi ditahankan juga melihat sifat cemburu Jiyeom.

"Maaflah semua, baby saya dah merengek."

"Takpe Encik Jeon. By the way, Puan Jeon lawa sangat! Sama macam dalam foto perkahwinan tu!"

Jiyeom hanya tersenyum. Tangan Jungkook digenggam kuat, memberi isyarat agar segera beredar.

Usai sahaja urusan Jungkook dan para gadis tersebut, dia menyambung pemanduannya.

"Cemburu ke, Puan Jeon oi?"

"Isteri mana je tak cemburu. Gilalah kalau tak cemburu."

Jungkook ketawa dengan kuat.

"Kenapalah isteri saya ni comel sangat? Jangan risaulah Yeom oi, saya ni milik awak je."

Di traffic light, Jungkook mengambil keputusan untuk mencium Jiyeom.

"I love you."

Overprotective Husband 『J.J.K』Where stories live. Discover now