"oh, iya aku lupa, ehehehe" balas Sooyoung.

Mereka berdua kekal berjalan menuju kearah rumah Jimin.


☆☆☆☆

Nam Jae Hee POV 💚

Jaehee memandang kearah gadis yang duduk dihadapannya itu.

"Eomma, kenapa dia ada dekat rumah kita?" Jaehee menyoal ibunya.

Kenapa pula Kim Yeondo si gadis yang paling dibencinya itu boleh berada dirumahnya.

"Aku kan study partner  kau, bukankah begitu" balas Yeondo sambil tersenyum sinis.

"eomma!" teriak Jaehee.

Lantas ibunya datang bersama buku-buku latihan matematik tambahan dan diletakkan diatas meja itu.

"Eomma yang ajak dia datang, belajar sekali" kata ibu Jaehee.

"Sejak bila eomma bagi Jaehee buat study group?" Jaehee memandang ibunya dengan pandangan terkejut.

Selama ini dia nak belajar bersama Kang Sooyoung dan Song Haesoo ibunya tidak pernah izinkan.

"lagi pun kamu kena buat ni atau tidak markah peperiksaan kamu akan terjejas bukan?" ibunya menyoal.

"m-macam mana eomma tahu?" Jaehee terkejut, dia tidak pernah beritahu pun pada ibunya tentang itu.

"aku yang bagitahu" Yeondo menyampuk perbualan itu.

"Kamu dah pandai berahsia dengan eomma sekarang. Mesti terpengaruh dengan Sooyoung" kata ibu Jaehee.

"Kang Sooyoung tak ada kena mengena dalam hal ni!" suara Jaehee meninggi.

Kim Yeondo hanya mengukirkan senyuman tipis, baru dia tahu yang sebenarnya ibu Jaehee tidak suka Nam Jaehee berkawan dengan Kang Sooyoung. Bukankah itu satu peluang keemasan baginya?

"Nam Jaehee, diam!" suara ibunya meninggi lalu dia berjalan meninggalkan meja itu.

Sunyi sepi sahaja diantara Jaehee dengan Yeondo.

"boleh kita berkawan?" Yeondo menyoal sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Jaehee memandang wajah Yeondo buat seketika.

Satu senyuman sinis terukir dibibir Jaehee.

"kau nak tahu kenapa aku benci kau?" Jaehee menyoal Yeondo.

"W-wae?"  Yeondo menyoal kembali.

"sebab kau selalu maki Sooyoung hanya sebab kau cemburu yang dia lebih bagus daripada kau" kata Jaehee.

"B-bukan macam tu" Yeondo mulai panik.

"Selagi kau musuh kepada kawan aku" ujar Jaehee tanpa endahkan alasan Yeondo.

"Aku akan anggap kau macam musuh aku" sambung Jaehee.

Kim Yeondo terkaku buat seketika.

"Jadi, jauhkan tangan kau dari aku. Ianya jijik" kata Jaehee lantas dia bangkit dari kerusi. Sungguh dia rasa berang, sepatutnya dia hari ni ada kelas tambahan, tapi sesukahati sahaja jadualnya ditukar begitu.

"oh ya" terbit satu kata-kata dari bibir Jaehee semasa dia bangkit dari kerusi.

"kita tak akan pernah jadi kawan. Aku sayang Kang Sooyoung dan Song Haesoo dan aku tak perlukan manusia fake macam kau pun dalam hidup aku" kata Jaehee.


☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV 💚

Jimin kekal menundukkan kepalanya.

Sooyoung dan Jungkook hanya mendiamkan diri mereka.

"korang datang berdua je ke?" Jimin menyoal.

"kau ada nampak manusia lain ke?" Jungkook menyoal.

"Korang nampak sweet lah" ujar Jimin secara jujur, memang Jungkook dan Sooyoung nampak comel bila bersama.

"Jangan nak tukar topik!" marah Sooyoung.

Jimin menelan air liurnya yang terasa kelat itu.


TBC

Lama tak update, siapa masih stay?!!

Ohya, tolong komen banyak sikit please, aku rasa macam dah tak ada semangat nak sambung T-T


✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now