27. Mati

1.7K 113 9
                                    

Kertas yang berada ditangan aku genggam. Corong yang berada dikelas aku pandang lama. Ya. Cukup lama untuk menanti pengumuman tersebut diumum kembali. Walhal cuma sedetik.

" Perhatian. "

Itu dia. Aku mengarahkan rakan kelasku untuk senyap seraya melirikkan mata kearah tempat duduk Haryl. Tiada. Entah kemana dia. Sejak 30 minit yang lalu dia telah lesap bagaikan asap.

" Perhatian. Kepada pelajar bernama Tengku Haryl Zakiel Bin Tengku Zainuddin, sila hadirkan diri anda ke bilik amanah dan displin sekarang. Ini merupakan amaran keras. Sekarang! "

Habis saja pengumuman, aku bangkit dari kerusi lalu bergerak menuju ke bilik disiplin. Pelik kan? Haryl yang dipanggil, aku pula yang menyibuk. Aku bukan apa, cuma risau. Ya. Aku takut kalau ada apa-apa terjadi pada dia. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama nama Haryl diseru melalui corong tersebut namun kali terakhir dia diseru ialah sebelum pelantikan PPP. Selepas saja dia merangkul jawatan presiden, namanya tidak pernah disebut melalui corong tersebut.

Sampai saja dihadapan pintu yang separa lutsinar, aku menekap telinga untuk mencuri dengar. Sepi. Mungkin baru habis bertelingkah?

Baru saja aku ingin menekap telingaku kembali, pintu tersebut ditarik kedalam sekaligus membuatku hampir terjatuh namun sempat disambut seseorang. Aku segera berundur kebelakang setelah dilepaskan. " S-Sorry. " Mataku tertancap pada baju kemeja biru dan klip tali lehernya, ' president'.
" Ha-Haryl? " Lelaki berbaju kemeja biru itu tidak melayanku sebaliknya meneruskan langkah. " Haryl kejap! " Kakiku berlari anak untuk mengejar dia. Berkali aku menjerit supaya berhenti namun dia sedikit pun tak berminat untuk mendengar kata-kataku.

Setelah menghampirinya beberapa inci, aku segera memaut tangannya supaya mematikan langkah. Dia terkejut lantas menepis tanganku. " What do you want? "

Ah. Suara itu lagi. Suara dingin itu sudah kembali. Tiada secalit pun senyuman terukir dibibirnya. Hanya sepasang mata tajam yang melawan pandanganku. " Kenapa? " Haryl menayang muka bosan lalu memaling untuk berjalan namun tanganku lebih pantas menahannya. " Kenapa kau buat camtu?Apa dosa dorang kat kau Ryl? Kau tau kan mak Hamzah sakit jantung? Mak dia lebih perlukan duit berbanding dia. Tapi sebab kau pukul dia.. dia masuk hospital and terpaksa guna duit rawatan mak dia. Kau sedar tak semua ni Ryl? "

" Dah habis dah? " Pandangannya sepi. Tiada rasa yang mampu ku beri melainkan sakit yang bersarang dihati. " Ryl-"

" Bella. " Mulutku terkunci. Bersedia mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulut merah itu. " Kau memang kisah pasal aku bila aku buat hal je kan? Baru sekarang kau nak tanya kenapa? Baru sekarang? Bila nama aku disebut-sebut, baru kau nak datang? Baru sekarang?! It's too late Bella! " Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan aku sendiri dengan pelbagai soalan yang menghimpit kotak hati. Wahai ilahi, masihkah ada peluang untukku memutar masa kembali?

BAD HABIT
27 | Mati
" Dulu dah ludah sekarang nak jilat balik? "

Hari kedua persekolahan, akhirnya dia munculkan diri di kelas. Mulutnya mungkin tertutup namun aku berharap hatinya masih terbuka untuk mendengar kata-kata ku nanti. " Baiklah semua.. Jangan lupa siapkan kerja rumah yang saya bagi termasuk kamu Haryl. Dah 3 kali saya bagi kerja, 3 kali tu jugalah kamu tak siapkan. Lepasni kalau tak siap jugak, kamu hadap Sir Ghaffar kat bilik disiplin. Faham? " Matanya mencerlung pada Haryl. Lelaki itu diam tak berkutik. Hanya tangannya yang sibuk menguis sesuatu pada meja.

Sebaik saja Cikgu Liza meninggalkan kelasku, aku terus menuju ke meja Haryl yang berada ditengah kelas. " Hai Ryl. " Satu senyuman aku hadiahkan padanya yang masih memandang papan putih. " Hai. " Aku melabuhkan punggung disebelah Haryl seraya melebarkan senyuman. " Semalam aku datang rumah kau. Mak Jah kata kau takde. Malam semalam pun aku datang gak tapi kau still takde. Kau pegi mana? " Haryl yang menongkat dagu tanda malas mahu mendengar bicaraku langsung tidak menghiraukanku malah menilik kukunya.

" Ryl.. " Bahunya ku sentuh perlahan. Hampa. Tiada sahutan. Dia seperti berada di dunianya. Setelah 10 minit bercakap tanpa balasan darinya, Miss Erika pun masuk ke kelas dengan senyuman manis. Aku? Terpaksalah kembali ke tempat duduk yang terletak dibarisan dan lajur depan sekali. Haish. Apalah nasib. Haryl tak layan, aku pula duduk didepan. Bukan tak suka tapi terlalu depan. Sampai cikgu berkata pun aku boleh nampak particle air liur yang merecik keluar. Hadoi...

.
.
.

" Okay sampai sini je kelas kita. Oh ya. Ada sesiapa lagi yang nak hantar borang kem minggu lepas? Ada lagi ke yang tak hantar? " Miss Erika memandang wajah anak muridnya satu-persatu lalu terkunci pada Hafiz, ketua kelas kami. Hafiz tersenyum kelat sebelum menjawab " Semua sekali ada 30. Ada sorang lagi yang tak hantar lagi cikgu. "

Kening Miss Erika terjongket seketika. Gadis anak kelahiran perak itu mengusap dagunya lantas memandang kami semula. " Siapa orang tu Fiz? "

Hafiz teragak-agak untuk menjawab. Dahinya berkerut, giginya diketap perlahan. Entah apa yang ditakutkannya. " Mmm.."

" Hafiz? Siapa orang tu? "

Hafiz mengalah lalu bersuara. " Haryl cikgu. " Serta-merta tempat duduk Haryl menjadi tumpuan mata kami. Haryl yang elok bersandar pada kerusi sedikit pun tak terkesan malah memeluk tubuh. " Haryl Zakiel. Bila awak nak hantar borang tu? Lusa kita dah gerak pergi kem. Saya nak borang tu secepat mungkin. Awak dah tunjuk kat parents awak ke belum? "

Haryl tersengih sebelum melepaskan tawa yang panjang. Dia bangkit dari kerusinya lalu menuju ke depan kelas yang menempatkan Miss Erika. " Dorang dah lama mampus. Cikgu lupa ke? " Kertas yang berada ditangan dihempas kuat keatas meja. Seluruh rakan kelasku terdiam akibat tindakannya yang tiba-tiba. Aku? Masih terpaku memerhati Haryl sehinggalah loceng berdering tanda kelas telah berakhir.

Tipu. Aku tahu Haryl menipu. Baru malam semalam aku terserempak dengan Mak Jah dan kami sempat berbual fasal bapa Haryl yang kini tinggal bersamanya. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara Haryl dan bapanya. Takpe Ryl, kau tunggu lah. Nanti aku korek lagi fasal ni dengan Mak Jah.


Jangan lupa komen dan vote. Sorry pendek. Penulis busy sikit so dapat taip sikit je.. :V



BAD HABITWhere stories live. Discover now