7. Kejutan

5.8K 178 8
                                    

" Euw. Korang la spesies paling laknat pernah aku jumpa. "
______________________________________

_____KICAUAN burung pada pagi hari membuatku terbangun lalu merenung ke arah jendela. Eceih padahal tingkap tu tertutup je. Mana ntah burungnya. Sesuka hati wat bising kat rumah aku. Nasib baik la suara kau merdu.

Aku menguap seperti badak sumbu lalu bangkit dari katil menuju ke bilik air. Rambutku cuba disikat dengan tangan. Serabai gila. Eh?

Kenapa aku rasa rambut aku cam pendek semacam nih? Aku mula keliru lantas masuk ke bilik air secepat mungkin. Cermin yang tergantung menjadi sasaran ku.

Tak sampai satu saat, aku menjerit tatkala melihat refleksi diriku pada cermin. Tanpa membuang masa, aku terus menuruni anak tangga untuk mencari Ibu. "Mak! Mak! Mak tengok la Bella ni Mak!"

Laju saja aku turun, entah tengok ke tak anak tangga tadi. Nasib baik tak tersadung. " Mak!" Penat menjerit, aku mengatur langkah ke dapur.

" Kenapa kamu ni? Pagi -pagi dah menjerit camni? Ish - Ish. Kamu tuh dah besar. Cuba jaga kelakuan tu." Mak tiba - tiba muncul dari belakangku dengan sudip di tangan. Baru siapkan sarapan mungkin.

"Mak! Tengok Bella Mak. Camne ni maaaak-" Aku menuding ke arah dadaku. Sungguh aku tak percaya hal ini. Siapa yang gila san-

"Kamu ni dah kenapa? Dah pergi mandi. Nanti turun makan." Mak tak mengendahkan ku sebaliknya menyambung kerjanya. Aku terus menarik baju mak.

" Mak! Takkan mak tak perasan? Bella dah jadi lelaki!" Aku hampir menjerit pada mak. Nasib baik lah otak aku masih waras.

Mak terdiam seketika lalu menyentuh dahiku. "Dyan, kamu ok tak ni? Demam ke? Tak panas pun. "

Mulutku terus ternganga. Seriuslah? Mak tak perasan? " Mak! Be-"

"Sudahlah Dyan. Pergi mandi. Nanti kamu lewat lagi. Dah. Pergi." Aku ditolak mak hingga ke tangga. Mak menunjukkan isyarat halaunya. Cis.

Jap. Mak kata apa tadi? Dyan? Sa-

Sape Dyan? What the hell.

| B×DH×BIT |


Setelah membuat temu soal dengan beberapa orang terpilih, termasuklah Dhia, masing - masing menafikan bahawa aku ni perempuan. Aku yang memang geram plus terkejut ni pun buat keputusan untuk duduk berkulat kat kelas. Haram apa ntah hari ni. Dah kenapa ngan aku hari ni? Kenapa aku tetiba jadi lelaki ni? Dah la nak mandi tadi pun..

Pipiku terus merah tatkala teringat saat mandiku. Aku menggeleng kepala selaju mungkin lalu menyelak buku latihan. Bella, rilex.. ni mungkin mimpi. Ok. Its time to wake up. Aku mencubit pipiku sekuat yang boleh. " Auch!"

Sakit gila. Jap. Aku dah bangun dari mimpi ke? Aku melihat suasana disekitar ku. Kelas. Kerusi. Manusia. Still sama. Cis. Satu keluhan aku lepaskan. Hatiku mula berasa resah dan gelisah. Macam mana ni? Kenapa aku jadi lelaki ni? Padahal muka aku dah sama.. badan je yang serupa ngan lelaki. Argh! Streslah!

Serius aku rasa nak nangis. Argh! Tak boleh Bella! Kau takleh nangis! Aku membuang pandangan pada pintu kelas. Haryl tiba -tiba melangkah masuk. Mata kami bertemu seketika.

Eh? Dia baru nak masuk kelas? What the fish! Dah pukul baper dah ni? Bapak la!

Haryl yang seakan tak puas hati dengan renunganku terus menuju ke arahku setelah meletakkan beg. Aku hanya membuat muka lalu menutup buku latihan tadi.

"Kau pahal ? Tak pernah tengok manusia ke?" Haryl memeluk tubuh seraya menjeling ku tajam. Eh eh eh. Kau tu hah yang ada masalah.

Malas pulak nak layan dia nih. Aku yang terlalu penat melayan perasan hanya memandang Haryl sekilas sebelum bangkit dari kerusi. " Pernah. Dahla. Aku nak gi makan."

Baru saja aku ingin membuka langkah, Haryl mencapai tanganku. "  Aku tanya elok - elok kan!" Tanganku terasa sakit apabila haryl menggengamnya.

Auch! Aku cuba melepaskan genggaman tersebut. " Lepaslah Ryl! Kau tak faham sudah-"

" Jap! Kau panggil aku Bella ke tadi?" Hatiku hampir melonjak kegembiraan. Tolonglah kata ya.

Haryl melepaskan tanganku. Dahinya mula berkerut. " Be..Bella? Kau Bella?"

Aku terus mengangguk selaju lajunya. Senyumanku semakin lebar begitu juga perasaan gembira. " Ya Allah! Haryl! Kau ingat aku!"

Haryl berjalan mengelilingiku. Dahinya asyik berkerut dari tadi. Pandangannya terkunci pada tubuhku. Senyuman aku mati tatkala dia menyentuh dadaku.

Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat

" Uish. Kempis gila!"

Aku segera menepis tangan Haryl. Perasaan malu mula memenuhi hatiku. " Kau ni kenapa? Tak payah lah main sentuh - sentuh!"

Haryl mengangkat tangan tanda menyerah. " Woah. Rilexlah. Kau bukannya ada boobs pon." Gelak kecilnya menambahkan lagi kegusaran yang ada.

Aku. Dah . Takde. Buah dada?

| M×C×RONHIME |

"So.."

" So?" Kening Haryl terangkat seraya anak matanya memandangku tepat. Lelaki itu dari tadi masih setia mendengar peneranganku. Alhamdulillah, setakat ni dia tak membantah atau mencelah.

"Kau faham tak?" Tolonglah. Kau je harapan aku sekarang ni Ryl.

Haryl menyedut minuman ice blended yang baru aku payung beberapa minit yang lalu. " So, kau nak kata yang kau tetiba jadi lelaki la ni? "

" Ha! Tepat! 5 markah untuk kau!" Aku bangun menepuk meja kafe sekolahku. Beberapa pelajar mula melihatku kehairanan. Eleh. Cam tak pernah nampak dewi cantik. Heheh. Jap. Sekarang ni dewa hensem.

" Tapi.." Haryl membiarkan ayatnya tergantung seketika. Aku mula tertanya - tanya.

" Tapi?"

" Bukan kau memang lelaki ke?"

Ok. Sah. Dia memang tak paham.

" Tengku Haryl Zakiel, aku nak kau bukak mata, bukak telinga dan bukak hati kau."

Maka bermulalah sesi penerangan a.k.a pembebelan si Bella atau nama kininya Adyan. Mana aku tau? Buku latihan lah. Kau hingat aku buat apa seharian suntuk kat sekolah? Terbongkang tidur?

Ok. Back to topic.

5 hours later *Suara Spongebob*

Ok. Gurau je. Takkan la sampai 5 jam. Baru satu jam gitu.

Kini aku berjalan pulang ke rumah bersama Haryl. Ya mahkluk ni. Cam tak caya kan? Tetiba get back ngan musuh. Eh. Betul ke ayat aku ni?

Setibanya di parkir pelajar, Haryl menghulurkan helmet berwarna merah padaku. Aik? Aku memandangnya untuk beberapa saat. " Nak buat apa nih?"

Haryl yang sibuk menyarung tangannya dengan sarung tangan motosikal terus mengalihkan pandangan padaku. " Pakailah bodoh. Takkan makan pulak?" 

Aku pun hanya menuruti arahannya. Malas dijadikan isu. Nampaknya harini aku bakal balik ke rumah dengan motosikal. Eceih dah lama aku berangan nak tunggang motosikal. Akhirnya tertunai gak.

Sejurus duduk, aku mula terfikir. Tangan aku nak letak mana ek? Hmm.. selalunya kalau kat drama klise, heroin dia mesti peluk si hero.

Aku memandang Haryl yang sedang menghidupkan enjin. Hmm.. patut ke? Tanpa memberi isyarat, motosikal tersebut tiba - tiba bergerak laju meluncur di jalanraya. Aku yang terkejut terus merangkul pinggang Haryl.

Maka bermulalah perjalanan kami. Perjalanan menuju ke jalan yang benar demi menegakkan kebenaran. Jadi, saya menyeru kamu semua agar. K. Merepek. Papelah.

Chow.

Jap. Jangan lupa vote.

K. Bye.

Tadaaa! Bella da jadi lelaki! Haaaa.. konpius kan camne dia terjadi lelaki? Untuk pengetahuan pembaca, tubuh fizikal saja yang serupa cam lelaki. Rambut pun sama. Cuma wajahnya masih sama sedikit. :V












BAD HABITWhere stories live. Discover now