15. Percaya

2.8K 138 11
                                    

" I'm sorry. She's gone. "
__________________________________________

AKU mendaki anak tangga lalu berlari selaju mungkin menuju ke sebuah bilik. Tombol pintu dipulas lalu ditolak perlahan. Tanpa memberi salam, aku terus menerjah. " Haryl anakku! Kau diterima! Kyaaaaaaaa!!!! " Satu jeritan nyaring aku lepaskan seraya melompat atas katil Haryl seperti kanak - kanak riang.

Lelaki yang masih berbaju sekolah itu menjelingku lalu bangkit dari katilnya. " Bising sial. Kau takde keje ke apa datang rumah aku maghrib camni semata-mata nak bagitau benda bodoh ni? "

Satu senyuman aku ukir seraya menggeleng . " Halah. Halah. Halah. Encik Haryl, awak lupa ke awaklah kerja saya? Ah Cia! Cia! Cia! " Aku menepuk tangan berkali - kali lalu membaringkan tubuh diatas katilnya. Untuk apa? Tak lain tak bukan nak bergolek. Syok woo golek - golek atas katil empuk Haryl ni. Dah la besar, lembut, selesa pulak tu.

Haryl menggaru tengkuknya lalu menarik tuala yang tersadai berdekatan kerusi. Dia memandangku sekilas sebelum mengalihkan pandangan. " Balik bodoh. Kau ingat bilik aku ni hotel ke boleh check in, check out? Aku tau lepas mandi ni kau dah berambus. " 

" Mandi. Mandi.. Dah solat ke belum? " Mataku masih tak lepas dari wajah tanpa celanya. Haryl yang sudah muak dengan soalanku terus menjawab, " Dah. "

Mana tak muaknya kalau dalam sehari je aku akan tanya dia soalan yang sama lebih daripada 4 kali? Pernah juga aku terlupa bertanya dan ya, dia sendiri yang akan datang melaporkan diri padaku dengan nada riak. " Ehem. Aku dah solat subuh pagi tadi. Kau dah ke? "

Kadang - kadang, dia akan bertanya tanpa basa basi. " Kau dah sembah tuhan ke belum ni? Muka cam kafir terlebih tidur je. "

Ya. Soalan dia memang menyakitkan. Maklumlah salah satu hobinya ialah menyakitkan hati orang tanpa belas kasihan. Jap. Aku membebel-bebel ni tetiba cam teringat something.

" Eh jap! Ryl! " Aku terus terbangun dari perbaringan selepas teringat sesuatu hal lantas mendekati Haryl. Lelaki itu mematikan niatnya untuk berjalan lalu memeluk tubuh. " Apa? "

Aku tersengih menayang sebaris gigi. " Isnin ni.. Jangan lupa tau. "

" Lupa apa? " Keningnya terjongket tatkala mendengar peringatanku. " Adoi. Manifesto PPP lah. Kan kau dah terpilih as calon wakil pelajar? Tahniah ya ehek. "

Manifesto : Satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. - Sinar Harian

Manifesto yang dimaksudkan Bella ialah satu ucapan secara terbuka ( public speaking ) yang bakal berlangsung di dewan utama sekolah mereka, LL Hall. Setiap calon yang terpilih wajib terlibat dalam manifesto dengan mengemukakan cadangan / penambahbaikan atau apa-apa bentuk janji yang boleh meyakinkan para pelajar, guru dan staff untuk mengundi mereka.

Calon yang meraih undian tertinggi bakal dilantik sebagai Presiden Persatuan Perwakilan Pelajar dengan persetujuan bahagian pentadbiran sekolah. Begitu juga dengan jawatan seterusnya seperti naib presiden, setiausaha, bendahari dan sebagainya.

Terbuntang mata Haryl apabila terdengar perkataan manifesto. " Sh*t! Ada manifesto ke? Si*l lah! Aku mana suka bercakap depan orang! Hish! " Haryl mula mengamuk lalu meroyan tak tentu hala. " Ya Allah! Rileks lah. Bercakap je pun. Kau kan pernah jadi best debater tahun lepas? " Aku cuba menenangkan Haryl sambil menepuk bahunya perlahan. " Tu tahun lepas! Tahun ni lain! "

Dahiku berkerut. " La.. Apa bezanya? Kan kawan-kawan kita jugak yang tengok nanti? La- " Kata-kataku terhenti apabila perasan raut wajah Haryl berubah. Dia seakan resah, sedikit gelisah dan terpancar kerisauan pada wajahnya.

Jeda. Kami berdiam diri untuk beberapa minit. Haryl langsung tidak memandangku malah memilih untuk merenung lantai marble biliknya.

Satu keluhan aku lepaskan. " Ryl. Aku mintak maaf kalau aku terlalu memaksa. Kalau kau tak boleh buat.. Aku faham. Aku hormat keputusan kau walau apapun alasannya. Aku just ta- "

" Pft.." Haryl tersenyum lalu melepaskan gelak. " Weih? Ka- Kau kena rasuk ke apa? " Aku pula yang naik risau bila tengok Haryl ketawa tak henti-henti. Gila kau. Kalau kena rasuk betul, konpem aku pun terkena tempias. Sape je yang ada dalam rumah ni? Aku, Haryl, Mak Bedah. Cih.

" Haish. Lawak la kau ni Mak Cik Bella. Ayat skema nak mampos. " Haryl berhenti ketawa lalu menolakku yang menghalang jalannya menuju ke bilik air. Aku terpinga - pinga lantas cuba mendapatkan jawapan Haryl. Suka hati dia je permainkan aku macam ni. Dah meroyan, diam pastu tergelak sensorang. Dia ingat aku ni suka drama korea ke apa nak buat scene suspend bagai?

Akhirnya aku ditinggalkan sendirian dalam bilik untuk beberapa saat sebelum beredar pulang ke rumah setelah diberi ugutan,

" Kau tak balik dalam masa 10 minit, aku tarik balik permohonan aku. "

•••

Pinggan disusun kembali ke tempat asal setelah selesai dilap. Lampu kalimantang yang menerangi dapur ditutup setelah pasti kerjaku telah selesai di dapur. Baru saja aku ingin menuju ke bilik tidur, wajah mak tiba - tiba menyapaku dari belakang. " Tak tidur lagi mak? "

" Tak. Mak pening kepala sikit. Nak minum air bagi hilang pening nih.. " Perlahan suara mak keluar menandakan dia masih penat gara-gara menyiapkan tempahan baju pelanggan.

" Mak. Mak masih kerja dekat Restoran Cik Siti ke mak? Mak tak payahlah kerja kat situ lagi kalau tak larat. Mak kan dah ambik tempahan buat apa nak kerja banyak-banyak? "

Mak mengeluh lantas mengisi cawan dengan air cerek yang telah lama dijerang. " Sudahlah Dyan. Mak ok je. Sihat. Tak mati lagi. Kau tak payah risau lah. Lagipun mak suka kerja kat situ. Gaji dia cukup tampung kita anak beranak. " Perempuan berkain batik itu terbatuk - batuk tatkala mengeluarkan kata. Jujurnya aku tak pernah suka mak kerja lebih masa. Cukuplah dia duduk di rumah dan siapkan tempahan baju kurung daripada jiran - jiran. Dapat duit juga bezanya mungkin dari segi kuantiti.

" Mak.. Dyan boleh kerja kat supermarket kalau belanja kita tak cukup. Mak tak payah la susah-susah pergi sana lagi. Mak tu bukannya sihat sangat. Dengarlah cakap Dyan ni mak. Dyan dah besar. Dyan dah boleh cari duit. Boleh ya mak? " Tangan mak aku genggam erat seraya merenung mata lesunya. Mak menggeleng lemah tanda tidak setuju denganku. " Mak.."

Perempuan berumur 40-an itu tersenyum nipis. Wajahku dibelainya perlahan. Lembut tangannya terasa apabila dia mengusap pipiku lalu rambutku yang masih basah. " Dyan. Selagi mak ada kudrat , selagi mak masih hidup.. mak tak nak anak mak susah-susah cari duit. Mak masih mampu buat semua ni Dyan. Adyan Azhar, kamu percayakan mak kan? " Suara pujukan mak sedikit sebanyak memujuk hatiku untuk menerima kata-katanya. Aku menghela nafas lantas mengoyak senyuman. " Ya. Dyan percayakan mak. Mak kan mak Dyan? Mak paling power dalam dunia ni! Hohohoho! " Kami ketawa disusuli perbualan kecil ibu dan anak. Gelak tawa mak sememangnya membuatku gembira. Ya. Aku tak perlukan apa-apa atau sesiapa dalam dunia ini asalkan aku bersama mak. Mak lah pengubat hatiku, mak lah pendorong semangatku dan mak lah ratu hatiku. Tuhan, terima kasih kerana hadirkan mak dalam hidupku.

" Mak.."

" Ya.. Mak kat sini." Tanganku digenggam erat. Kepalaku yang berada dipangkuan dibetulkan lalu rambutku dibelai perlahan. " Dyan sayang mak. Sayang sangat-sangat.. "

Mak tersenyum. " Mak pun sayang Dyan. "

Pelik. Namaku Bella dan mak memanggil aku Dyan hanya kerana aku bertubuh dan berupa lelaki. Mak, kalau Dyan cerita semua perkara kat mak, Mak percaya tak?

Jangan lupa vote dan komen. ;)







BAD HABITWhere stories live. Discover now