ENAM PULUH DUA | MAAF

7.3K 389 11
                                    

Aryan membelek gambar gambar yang ditangkap oleh anak buahnya di kawasan yang dicerobohi. Dia cuba mencari sesuatu yang boleh mengaitkan Riana dalam kes pencerobohan ini. Tapi hasilnya, tiada. Jadi benarlah bukan Riana yang melakukannya. Perilaku si musuh sangat licik. Sampai kesan dan bukti pun tidak ditinggalkan. Yang semakin peliknya, mengapa musuh itu meninggalkan bukti terang di kawasan Riana. Pelik.

Kenapa sebelum ini dia menuduh gadis itu secara terburu-buru. Sedangkan bukti tidak diselak lagi. Sehinggakan apa yang gadis itu buat tidak serba serbi di pandangannya. Setiap tindak tanduk gadis itu diperhati.

Jadi sebab itu ke dia ke sana ke sini mengikuti Riana? Atau saja mengikuti gadis itu?

Terumatama bila gadis itu keluar bersama Izwan. Tidak sesaat pun drama depan matanya terlepas begitu sahaja.

Dia masih ingat lirikan mata gadis itu yang membuat degupan jantung terhenti. Dia masih ingat senyuman gadis itu yang mencairkn hati bekunya. Tawa gadis itu menemani harinya. Dan air mata gadis itu kelemahannya.

Tapi terasa seperti sesuatu yang asing bila Riana tersenyum pada rakan baiknya,Izwan. Mereka gelak tawa bersama seperti pasangan bahagia. Mereka berkongsi cerita seperti pasangan suami isteri. Semuanya buat Aryan jadi tidak tentu arah. Hidupnya bagai kosong kerana tumpuannya hanya pada Riana.

Dia juga hampir dilanggar sebuah kereta kerana berjalan di tengah jalan untuk ke seberang sambil mengingati Riana. Semuanya Riana.

Dia sendiri pelik dengan dirinya.

Tapi mengapa, masa itu mudah sahaja berlalu pergi?

Dimana dia berbahagia bersama gadis itu.

Tangisannya.

Tawanya.

Buat Aryan menjadi angau.

Satu keluhan berat dilepaskan.

"Aik berat keluh" tegur seseorang.

Aryan mengangkat wajah.

"You. Kenapa datang sini?" Soal Aryan apabila melihat wajah Jess dimuka pintu.

"I nak bagi laporan pasal kerja I. Boleh I duduk?"

Aryan mengangguk sahaja.

"Rakaman semalam yang I bagi you dah dengarkan?"

Sekali lagi Aryan mengangguk.

"So tugas I dah habis. Sekarang giliran you pulak" kata Jess teruja tanpa tahu cerita sebenar.

"I tak rasa I boleh sambung plan kita. Riana makin jauhkan diri" suaranya kendur.

"Huh?! Kenapa pulak?"

Aryan mula cerita dari kedatangan Riana ke pejabatnya sampailah Riana meluahkan perasaan sebenarnya. Jess yang mendengar sedikit terkejut dan juga tidak berpuas hati. Habis meja kerja milik Aryan ditumbuk kuat.

"You ni pun satu. Bukan nak kejar dia minta maaf atau apa. You duduk dekat sofa tu macam orang bodoh tu kenapa? Dah takde otak ke time tu? Kena reject terus akal hilang?" Pedas kata kata Jess masuk ke dalam gegendang telinga Aryan.

"I tak tahu nk buat time tu. "

"Sah Aryan. Sah you dah cintakan dia. Bukan separuh tapi seluruh hati you. Sebelum ni you cakap you masih tak cintakan dia kan? So sekarang dah terbukti yang you tak boleh lepaskan dia. So you dah cintakan dia."

"Apa yang I kena buat?" Soal Aryan seperti seorang pelajar yang mahu tahu tentang cinta daripada gurunya.

"First you kena call dia minta maaf malam ni. Waktu minta maaf tu kena lah ikhlas. Jangan guna kau aku. You guna kata ganti nama yang selalu Riana pakai. Tak silap I, dia selalu bahasakan diri dia saya. So you gunalah benda yang sama. Baru dia rasa tenang sikit bila dengar suara lembut you macam tu" terang Jess seakan pakar.

"Lepastu?"

"You buat dulu apa yang I kata. Next step, kita bincang lepas project maaf you selesai"

Aryan mengangguk.

Terasa tak sabar mahu menunggu malam.

---------

Riana duduk di atas katil sambil memeluk bantal milik Aurora. Memandang handphone yang langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi dan memikirkan sekiranya dia patut menelefon siapa. Mama? Ari? Rai? Izwan? Mana satu yang boleh dihubungi.

Riana cuba mendail nombor mamanya. Namun panggilan itu gagal dihubungkan. Mungkin mama sudah tidur agaknya. Malam ini terasa sejuk dan nyaman. Selesa untuk tidur. Tapi bukan bagi Riana. Hatinya panas membara mengingatkan kejadian petang semalam. Hatinya terlalu sakit bila Aryan tak mengaku cintanya. Bukan susah sangat.

Walaupun Aryan tidak berkata apa seperti menolak pertanyaan atau tidak setuju, tapi bukan ke kalau beri banyak alasan tidak munahasabah atau mengelak dikira menolak pertanyaan Riana semalam?

Ketika sibuk memikirkan hal semalam, handphone berbunyi menandakan satu mesej masuk. Dengan harapan mesej maaf dari Aryan, Riana mengambilnya dan membuat inbox mesej.

Tertera nama Izwan paling atas. Nafas hampanya dilepaskan.

From: Izwan
Hai, awak sihat? Dah makan?

Alahai, mengapa jejaka ini yang muncul dalam hidupnya waktu begini. Atau Riana patut melupakan Aryan dan mula melangkah mengejar Izwan yang sedang menaruh harapan padanya.

Pernah juga suatu hari Izwan mengaku perasaannya. Namun bila difikirkan Aryan, Riana tidak memberi jawapan tentang lamaran itu. Tapi seperti Izwan tidak berputus asa. Dia menanti dan tidak mendesak. Tidak tahukah dia Riana bersama rakan baiknya.

Ah itu dulu. Sekarang tidak. Jadi apa salahnya kalau Riana menerima lamaran Izwan. Tapi hatinya tidak mempunyai perasaan terhadap jejaka itu. Riana cuma anggap Izwan adalah rakan dan hakikatnya mereka tidak saling mengenali dengan terlalu rapat. Patutkah Riana menggunakan dia sebagai alat untuk melupakan Aryan?

Tanpa sedar, Riana telah membiarkan mesej Izwan tanpa kata. Segera mesej itu dibalas.

To: Izwan
Hi, Izwan. Saya sihat. Blom makan lagi. Masih kenyang.

Riana menyembamkan wajahnya ke bantal. Tatkala Riana sibuk memikirkan apa langkah seterusnya, handphonenya bernyanyi. Kali ini bukan mesej malah satu panggilan. Pantas telefon itu disambar. Tanpa melihat gerangan pemanggil terus butang hijau ditekan.

"Helo Izwan" Riana bersuara teruja seakan akan Izwan adalah rakan baiknya yang hilang sewaktu gempa bumi melanda negaranya.

"Saya Aryan"

"Ngantuk. Bye"

Riana mematikan panggilan sebelum mencampak handphonenya ke tepi. Seketika kemudian ia berbunyi lagi. Riana tidak ambil peduli tentangnya. Sekali lagi handphonenya berdering. Dan kali ini seperti semakin kuat.

Tiada pilihan lain, Riana mencapainya dan mengangkat panggilan tersebut.

"Nak apa?!" Riana bertanya tanpa sebarang kelembutan..

"Riana? Hai Riana. Izwan here"

Riana mula keliru, handphonenya ditarik dari telinga. Memang Izwan. Lantas handphone dilekapkan kembali ke telinga.

"Maafkan saya Izwan. Saya ingat orang gila mana call saya"

Dan semestinya orang gila itu ditujukan pada Aryan.

"Kalau tak lewat, sudi awak teman keluar makan dengan saya? Saya belum makan lagi"

Suara Izwan disebelah sana seperti teragak agak.

"Sure. Why not?" Riana teruja. Sekurang kurangnya dapatlah dia hilangkan bosan dari terkurung dalam biliknya.

Beri sahaja alasan keluar bersama Izwan, rakannya yang lain tak akan kata banyak. Terus greenlight sahaja.

Riana menganggap ia sebagai peluang untuk meniup kekecewaan dalam hatinya pergi. Namun jauh disudut hati, dia memberontak mahu perhatian jejaka itu. Riana sendiri tahu dia tak patut memperalatkan Izwan. Namun ketika itu, Riana mengikut sahaja apa kata hati. Berharap tidak tersakiti lagi.

Tidak sama sekali.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now