DUA PULUH TUJUH | TUNANG

7.6K 441 5
                                    

"Riana macam mana? Setuju?" Soal Datin Quin Maisara menyentakkan Riana.

Kahwin? Aryan? Gila!!

"Riana" panggil Ari pula. Riana memaling.

"Mama tanya tu. Setuju ke?"

Riana terkedu. Matanya tidak berhenti ke kiri ke kanan. Memandang semua penghuni di ruang tamu itu.

Gugup.

Matanya terhenti pada wajah Aryan. Aryan memberi isyarat mata ke arah pintu. Riana yang faham mengangguk.

"Boleh Riana cakap dengan Aryan dulu?" Izin Riana.

Mereka semua mengangguk membenarkan.

Mereka berdua melangkah keluar dari rumah. Masing masing sudah mengatur ayat di minda sendiri. Bila terlalu gugup, sudah tentu ayat berterabur.

Sampai di satu pondok kayu disebelah flower mini garden. Mereka duduk disitu. Mereka duduk bertentangan. Mata membalas pandangan sesama sendiri. Menunggu salah seorang dari mereka membuka mulut.

"Awak dulu"

"Kau dulu"

Kata mereka serentak.

Sekali lagi suasana sunyi.

"Ok saya dulu"

"Ok aku dulu"

Sekali lagi ayat yang sama terpancul keluar.

Buat kali ketiga, suasana antara mereka tegang dan sunyi. Kini lebih lama.

Riana memandang wajah Aryan tanpa lepas. Cuba mengatur soalan yang sesuai untuk di soalkan berkenaan 'pertunangan' mereka.

"Kalau kau nak tenung aku macam tu. Biar aku je yang cakap dulu" kata Aryan naik bosan. Menjadi perhatian gadis itu tanpa lepas. Tahu handsome.

"Apa semua ni?" Soal Riana.

Aryan mengangkat kening. "Apa?"

"Kenapa saya tak tahu apa apa? Kenapa tetiba? Kenapa awak tak bagitahu saya padahal hampir setiap hari kita jumpa?" Soal Riana bertubi tubi.

"Banyak sangat soalan kau. Tak boleh tanya satu satu ke? Kau nak aku jawab yang mana?"

"Semualah.. tetiba je nak kena tunang macam ni. Serabutlah. Satu satu hal datang" hambur Riana. Nafasnya laju membuatkan ia tidak teratur.

"Honestly, aku pun tak tahu apa apa. Second, aku tak tahu apa apa. And third aku tak tahu apa apa" jawab Aryan lancar.

"Semua tak tahu. Apa yang awak tahu?! Awak ni gila tahu tak?! Semua tu alasan. Kita kenal tak sampai 4 bulan pun. Tup tup nak tunang. Kenapa?!" Suara dinaikkan seoktaf. Kelihatan riak marahnya terpancul.

"Riana please. Aku tak tahu apa apa. Aku ikut je kehendak mummy aku. Aku tak nak lah nk buat benda ni jadi pergaduhan" bohong Aryan.

"So awak turutkan je lah"

Aryan mengangguk.

"Awak ikut je apa yang mummy awak nak. Tapi awak tu? Awak boleh buat orang lain sakit tahu tak?"

"No excuse Riana. Setuju je. Aku tak nak benda ni jadi panjang. Fullstop" putus Aryan. Dia bangun dari duduk dan bergerak masuk ke dalam rumah.

"Awak cintakan saya ke?" Soal Riana tiba tiba. Aryan berhenti dari melangkah.

"Kalau hati izinkan. Aku tak akan tolak perasaan tu" balas Aryan dan terus melangkah masuk.

Cinta? Tidak difikirkan lagi. Dia hanya mahu Riana selamat. Segala alasan yang diberikan tadi hanya menutup segala muslihat.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now