EMPAT PULUH EMPAT | WHAT?!

7.1K 429 6
                                    

Sudah sebulan berlalu selepas segalanya selesai. Dan sudah tiga minggu Riana berada di wad kecemasan kerana masih belum sedarkan diri. Seminggu selepas Aurora meninggalkan mereka, Riana seperti tiada hala tuju. Kurang makan dan asyik menangis. Alasannya kerana semuanya salah dirinya. Ala seakan akan tak terima kenyataan gitu.

Rakan rakannya juga penat memujuk sehingga mengupah doktor peribadi buat dirinya sorang. Tapi keadaan masih sama, sampai satu masa Riana mengambil keputusan untuk menelan dos ubat yang banyak. Dan akhirnya dirinya sendiri menanggung akibat.

"Aku tak leh doh tengok Riana macam ni" ujar Amy sayu. Lengan kanannya digosok-gosok perlahan.

"Itulah. Kesian diakan. Selama ni dia buat sendiri sendiri kerja dia sebab dia tak nak benda ni berlaku. Dan kita asyik fikir yang dia pentingkan diri sampai sanggup cederakan diri sendiri. Aku betul-betul rasa bersalah" kata Leen pula. Meluahkan rasa serba salah yang terbuku di hatinya.

"Memang jawatan ketua sesuai dengan dia. Madam memang tak pernah salah pilih. Riana sanggup korbankan apa saja yang dia ada demi kawan dia" Meera juga turut memutar berita yang sama.

"So disebabkan tinggal kita bertiga je sekarang, kita jaga dia elok elok. Kita tak boleh nak harapkan dia buat sendiri. Aku tahu banyak benda dia pendam. So kita sebagai sahabat dia. Kita jaga dia. Jangan ulang kesilapan lepas" pesan Amy. Matanya mula berair.

"Aku harapkan sangat Riana cepat sembuh. Aku rindu dia" ucap Meera sayu. Kepalanya dilentokkan ke bahu Amy. Mereka bertiga berpelukan sesama sendiri. Cuba memberi kekuatan antara mereka selepas semuanya berlaku.

"Aaa.... A...Amm.. Amy"

Mereka tersentak seraya berpaling menghadap Riana yang ketika itu sudah sedar dari tidurnya yang panjang.

"Mana Aurora?" Soalan pertama yang diacukan. Mereka bertiga sendiri tidak tahu mahu menjawab apa.

"Riana, aku harap kau sabar ok. Aku tahu kau kuat. Kau just susah nak terima hakikat yang Aurora dah takde dengan kita sekarang. Tapi aku berharap sangat, kau berubah. Berubah menjadi lebih kuat. Demi kitaorang" semangat Amy. Tangan Riana digenggam.

Perlahan lahan Riana mengangguk. Amy yang mulanya rasa resah kini berasa tenang. Leen and Meera juga begitu.

"Bila aku boleh keluar? Lama sangat ke aku tidur?" Soal Riana.

"Lebih kurang tiga minggu, doktor kata lebih kurang sebulan tapi sebab kau kuat. Kau bangun awal dari waktu yang dijangkakan. Kau keluar aku tak pasti, aku panggil doktor kejap"

Mereka hanya menghantar pemergian Leen dengan hujung mata.

"Kau nak makan?" Soal Meera.

Riana menggeleng.

"Kau nak minum?"

Sekali lagi Riana menggeleng.

"Kau jangan Riana. Aku sepak kau kalau kau taknak makan" ugut Amy tegas.

Dengan bibirnya yang pucat, Riana tersenyum kecil.

"Aku nak milo ais dengan nasi lemak. Boleh?"

"Amboi orang sakit ni. Bangun terus minta benda macam-macam. Nak cari mana nasi lemak malam malam ni?" Marah Meera.

"Eheh mamak kan ada. Sejak bila jadi bodoh ni" perli Riana. Meera menjeling Riana. Besar kecil besar kecil je.

"Better kau tidur je dari kau bangun perli perli macam ni" kata Meera dan terus capai handbagnya dan kunci kereta.

"Dengan ayam goreng berempah tau!" Jerit Riana kepada Meera yang baru sahaja keluar.

Tidak smpai lima saat Meera keluar, seorang doktor perempuan masuk dengan sebuah fail ditangannya.

"Wah Riana. Saya dengar awak jerit tadi. Dah sihat ke?" Soal doktor itu ramah.

Riana senyum sahaja.

"Awak nak balik?"

Riana mengangguk.

"Tapi awak tak boleh balik sekarang. Satu dua hari lagi, insyaallah awak boleh pulang. Kami akan pantau kesihatan awak dulu. Menurut apa yang saya kaji, kesihatan awak semakin baik. Jangan lupa makan. Makan banyak banyak biar sihat jangan gemuk. Tu je pesan saya" pesan doktor wanita itu.

"Baiklah"

"Ingat pesanan saya. Saya keluar dulu"

Riana mengangguk.

Riana termenung sendiri selepas itu. Amy yang melihat perkara itu, mulai cuak. Bagaimana kalau perkara lepas berlaku.

Tapi Amy mampu melihat saja. Mungkin cara itu dia dapat lepaskan rindu. Siapa tahu?

Riana memandang dinding putih didepannya tanpa riak. Otaknya ligat berfikir. Fikir tentang misi. Misi yang pada awalnya bagi mereka adalah senang. Tapi apa penghujungnya, misi ini menjadi sukar.

"Riana"

"Hmmm"

"Ni Aryan ada bagi kau ni. Aku baru teringat. Dia kata dia tak dapat bagi sendiri sebab lately ni dia busy"

Huluran bungkusan kecil yang diberi Amy disambut.

Kotak itu dibuka perlahan lahan.

Isi kotak itu betul betul menyentaknya. Keychain yang dia nak sangat ketika bercuti. Tetapi ia dirampas oleh Aryan dan kini benda itu menjadi miliknya dengan pesanan.

"You're my secret angle"

Riama tersenyum. Namun itu hanyalah seketika.

"Awak sapa?"

"Kau tak ingat aku? Budak dingin dekat Amerika yang kau jumpa tiga tahun lepas"

"Tak. Saya tak kenal awak. Baik awak keluar sebelum saya jerit"

Terdengar lelaki itu mengeluh.

"Takpe kalau macam tu" pasrah lelaki itu dan terus meninggalkan Riana seorang diri di dapur.

Riana menghantar pemergian lelaki itu dengan hujung matanya. Kerja yang tergendala kembali sambung.

Sedang asyik mengemas meja makan, satu kad berwarna hitam terlekat di meja itu. Kad itu dicapai. Hiasan kad kecil itu menarik minatnya. Berwarna hitam. Bertulisan emas. Cantik.

"Aryan Hendric Louise. Ketua rasmi Black Eagle Mafia. Disahkan pada 3/5/20**"

Riana membaca butiran yang tertulis. Agak terkejut juga dengan perkara itu. Tapi itu semua ditolak tepi, nak takut apa kalau dia sendiri tak kenal lelaki itu.

"Riana"

Riana berpaling.

"Kau ada nampak kad kecil tak? Tadi makan aku ada letak kat atas meja" kata Aryan sedikit risau.

"You means... this?" Kad yang dipegang ditunjukkan.

"Have you know this?" Soal Aryan

"Accident. Saya terbaca. Dan saya......."

"Kau kena kenal aku sapa. Kita akan bertemu pada masa akan datang. Aku kena balik. Aku pergi dulu. And thanks for the dinner" ucap Aryan dan terus pergi.

Perlahan lahan air matanya menitis. Sungguh dia sendiri tidak sangka ini semua berlaku. Pertemuan mereka yang dulu Riana lupa kerana amnesia kini kembali nyata. Namun pertemuan mereka kali ini disebabkn oleh

MISI.

"Eh Riana. Kenapa pula kau menangis ni?" Soal Leen yang baru sahaja melangkah masuk.

"Tak. Takde apa"

"Kau masih ingat Aurora?" Tebak Amy.

Riana mengangguk walaupun dia tahu itu satu penipuan. Dia betul betul sudah redha.

"Please Riana. Jangan macam ni. Aku tak nak tengok kau sakit macam ni. Kuat please. Serius aku tak sanggup" ujar Meera tiba-tiba. Makanan yang dibeli diletakkan di atas meja kecil.

"Aku nak batalkan misi kita. Kemudian kita hidup seperti biasa" ujar Riana sekali nafas.

"What?!"

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now