TIGA PULUH ENAM | SAMA

7.2K 434 4
                                    

Masing masing menghempaskan tubuh diatas katil yang empuk. Dapat tidur atas katil lepas hampir 3 jam perjalanan. Huarghhh enak beb.

"Fiona, jom teman aku keluar. Aku dah lama tak jalan jalan dengan kau kan. Rindu doh" ajak Riana gembira. Happy dia bukan main kepalang lagi apabila tahu Fiona yang dimaksudkan Aryan. Seorang sepupu perempuan yang dia ada.

"Ala Riana. Aku penatlah. Tidur dulu jom. Nanti malam diorang nak buat aktiviti kan? So kita rest dulu" kata Fiona malas. Dirinya berguling guling di atas katil saiz King itu.

Setiap bilik dua orang. So Riana partner bersama Fiona. Kawan baiknya ketika disekolah.

"Malam ni tak jadi nak buat aktiviti. Tapi malam ni ada makan makan. Tapi kalau kau tak nak keluar. Aku nak keluar. Kalau nak tidur, kunci pintu tau. Nanti pekerja masuk. Naye kau. Lagi lagi lelaki" gurau Riana di hujung ayat.

"Tagune kau"

Riana gelak kuat. Suka dapat mengenakan kawannya.

"Eh sorry tau aku tak dapat teman. Aku penat"

"Takpe. Aku ok je" balas Riana dan terus keluar.

Saat dirinya keluar dari bilik. Dirinya bertembung dengan Aryan yang ketika itu juga baru keluar dari bilik. Memandang bilik mereka berhadapan. Sebab tu mereka bertembung.

"Kau nak pergi mana?" Soal Aryan.

"Saya nak keluar. Jalan jalan sekejap"

"Tapi dah petang. Tak sejuk ke?"

Riana menggeleng.

"Suka hati kau lah" kata Aryan selamba dan terus meninggalkan Riana bersendirian. Terasa dipalau.

Riana berjalan mendekati lif. Butang ditekan dan terus melangkah masuk. Tak tahu kenapa moodnya seakan akan terbang pergi.

"Kenapa nak kena moody Riana? Dia bukan jenis yang kisah pun kau ke mana. Kan?" Soal Riana sendiri. Cuba memujuk hatinya agar tidak berjauhan.

Buka sahaja pintu lif, kali ini dirinya terserempak dengan jejaka yang betul betul mahu dielaknya.

Danny.

Ya mamat psiko tu. Tapi tak tahu macam mana pulak mamat ni dekat sini.

"Eh Riana. You pun dekat sini? Bercuti ke?"

Riana hanya mengangguk. Malas mahu melayan.

"You nak pergi mana?"

Riana hanya mengangkat bahu. Serius dia malas mahu melayan.

"Nak ikut boleh?"

Riana menggeleng.

"Ala boleh lah"

Sekali lagi Riana menggeleng.

"Please"

Ok kesabaran dah menipis

"Riana nak ikut"

"Eyy kau ni tak faham ke?! Dah bodoh dah?! Orang kata tak. Tak lah. Yang sibuk nak ikut juga kenapa? Takde kerja lain? Kau ada dekat sini juga kenapa? Kau ikut aku? Hah. Psiko." marah Riana dengan suara seoktaf.

"Sejak bila you..."

"Tak payah sebok pasal aku. Aku tahu jaga diri. Kau boleh blah rasanya" halau Riana.

Tidak semena tangannya direntap Danny. Ditarik ke kawasan yang agak sunyi. Tidak ramai yang lalu lalang.

"Lepaslah Danny" marah Riana. Tangannya cuba ditarik.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now