DUA PULUH SATU | AIRPORT

7.4K 452 7
                                    

Lima gadis dan lima jejaka berdiri ditengah tengah lapangan terbang di Kuala Lumpur itu. Keadaan ketika itu agak tegang. Masing-masing dengan wajah cemberut mereka.

"Ish aku nak makan Mcd. Aku tak nak KFC" rengek Amy. Kaki dihentakkan tanda bantah.

"Tapi aku nak makan KFC, McD mana ada nasi. " balas Amir pula.

"Kalau gitu kita makan dekat Chicken Rice Shop. Ada nasi ada ayam" cadang Riana. Wajahnya dikekalkan dingin. Buntu nak leraikan masalah ni. Nak pilih kedai makan je pun.

"Tah, ada nasi. Ada ayam. Ada air. Sama je" sokong Aryan pula.

"McD" jawab 4 jejaka

"KfC" jawab 4 gadis.

Serentak.

Aryan dan Riana sudah berpandangan sebelum keduanya menggeleng perlahan.

"Ok girls, ikut aku pergi makan KFC. Boys ikut Aryan" arah Riana. Mata memandng Aryan disebelah. Jejaka itu mengangguk sahaja.

"Tak bolehlah macam tu, nanti hilang macam mana. Airport ni bukannya kecil. Besar." laju sahaja Aariz membantah. Riana membuat wajah jengkel. Menyusahkan betullah budak ni.

Lengan Aryan yang dilapik hoodie hitam itu ditarik menuju ke satu arah.

Tinggalkan sahaja 8 remaja itu di tengah lapangan terbang.

Riana dan Aryan memasuki satu kedai serbaneka. 10 bungkus roti dan juga 10 botol mineral diambil. Turut dibantu oleh Aryan.

"RM 22 cik" kata penjaga kaunter itu. Tanpa menunggu lama, wang dikeluarkan dan dihulur. Belum sempat penjaga kaunter itu mahu menyambut, satu tangan menolak tangannya.

Riana menoleh ke sisi.

"Saya bayar" kata Aryan kepada penjaga kaunter. Riana mengangkat bahu sahaja. Malas mahu membuka mulut. Hatinya panas lagi ni.

Sampai ditempat berkumpul kelihatan mereka semua masih tercegat dekat tempat yang sama. Berdiri statik sambil menanti.

Huluran roti dan mineral, mereka sambut.

"Buat apa ni?" Soal Aariz. Kedua barang yang dihulurkan diangkat.

"Takda soalan bodoh lagi ke?" Soal Riana kembali. Sinis.

Aariz mengusap belakang tengkuknya atas kebodohannya sendiri. Dia sendiri akan kalah kalau gadis itu mengeluarkan kata sinis atau perli. Susah mahu melawan.

"Makan benda alah tu. Aku dengan Aryan pergi beli makanan untuk korang dulu. Gaduh en, makan je apa yang kitaorang beli." kata Riana dan berlalu pergi bersama Aryan.

Mereka mengeluh dan duduk di kerusi menunggu. Dalam kelekaan mereka, mereka tidak sedar yang mereka diperhati. Tapi hanya seketika, dan manusia yang memerhati mereka itu berlalu pergi.

Harriz yang duduk di sebelah Amir hanya meliarkan pandangan. Dan matanya, terhenti pada sesuatu yang agak mencurigakan.

Matanya tajam sahaja memerhati. Apabila manusia itu perasan pandangan Harriz. Terus dia berlari jauh. Laluan yang digunakan Riana dan Aryan tadi dilalui.

Telefon dikeluarkan dari poket jaket hitamnya. Nombor Aryan dicari.

Aryan yang elok memakan roti di meja sambil menunggu Riana agak tersentak apabila telefonnya menyala. Satu noti masuk menandakan mesej..

Harriz
Jaga Riana. Diorang ada dekat sini.

Aryan
Mana kau tahu?

Tidak sampai seminit mesejnya dibalas.

Harriz
Hoodie kelabu, topi hitam, seluar hitam. Dia nampak curiga.

Aryan memandang sekitarnya. Kawasan KFC yang dipenuhi pengunjung itu agak susah dan menghalang pemerhatiannya.

Namun serta merta matanya terhenti saat melihat seorang lelaki tinggi lampai yang duduk tidak jauh dari meja yang didudukinya.

Hoodie kelabu, topi hitam, seluar hitam dan ya dia nampak menanti seseorang. Curiga.

Segera Aryan bangun dari duduk. Tangan Riana yang baru keluar dari barisan itu ditarik. Tangan Riana yang penuh dengan plastik itu diambil dan dibawa di sebelah kanan. Tangan kirinya erat memegang lengan Riana yang dilapisi blouse lengan panjang itu.

Matanya dapat lihat lelaki tadi mengikuti mereka saat kepala berpaling melihat keadaan Riana. Riana yang sudah tercungap itu hanya dipandang sekilas. Sebelum langkahnya dibuka besar.

Sampai ditempat dimana mereka berkumpul, 4 orang jejaka segera bangun dari duduk. Cuba mengelilingi gadis yang ada bersama mereka.

Amir, Hayden dan Aariz sudah dimaklumkan tentang ini. Jadi mereka akan bersiap sedia dari segala kemungkinan.

Kelibat yang mengikuti Aryan tadi sudah bertukar arah saat melihat 4 lagi jejaka yang mengawasi targetnya.

Mulut berdecit geram. Melihat pemergian lelaki itu, 5 jejaka tadi duduk semula. Makanan yang dibeli tadi dimakan walaupun dalam keadaan berjaga jaga.

Hampir setengah jam mereka menanti, akhirnya flight yang akan dinaiki Meera dan Leen akan berlepas.

Meera dan Leen sudah memasuki balai perlepasan. Lambaian buat kali terakhir untuk hari itu diberikan. Mereka juga membalas sebelum hilang disebalik lautan manusia.

Mereka semua mengatur ke pintu utama. Memang mereka bercadang mahu keluar berlima sahaja. Tapi disebabkan jejaka jejaka idaman anda ni nak ikut. So apa boleh buat.. terima je lah.

Saat setapak mereka keluar dari bangunan itu, kereta Lamborghini milik Riana meletup secara tiba tiba. Kereta yang diparkir berhampiran pintu utama.

Riana dan lain turut terkejut. Semua mati kata.

Dan selepas itu, diikuti dengan bunyi tembakan dan jeritan dari pengunjung. Bunyi tembakan dan suara jeritan bersilih ganti.

Baru sahaja mereka mahu melarikan diri, seorang lelaki datang menapak kearah mereka dengan mengacukan pistol kepada mereka.

Mereka sudah menelan liur.

Mereka pusing untuk berlari tapi keadaan tidak mengizinkan kerana mereka tetap dikepung oleh lelaki yang penuh dengan tatoo. Tangan yang dibentuk penumbuk ditumbuk tumbuk ketapak tangan sebelahnya.

Dan kiri dan kanan mereka juga sudah dikepung. Kini mereka berada di tengah tengah.

"Aku tak bawa pistol" bisik Riana kepada Amy.

Amy juga turut mengangguk menandakan mereka sama. Tangannya sudah bersiap sedia.

Aurora mengeluarkan pistol yang disisip dipinggangnya.

5 jejaka tadi agak terkejut tapi mereka juga beranikan diri menunjukkan senjata mereka.

Riana pula hanya menggunakan gelang yang mengeluarkan senjata tajam segi tiga.

Walaupun ketika itu banyak persoalan di minda mereka, tapi semuanya ditolak tepi.

Nyawa mereka lebih utama ketika itu.

Mereka bergelut agak lama kerana semakin lama pihak musuh semakin ramai.

Riana yang ditumbuk dipipi sudah pecah bibirnya. Amy yang disepak diperut sudah terasa senak yang amat. Cuma Aurora yang masih ok kerana dia menggunakan pistol.

Riana mengemam bibirnya geram. Perlahan lahan Riana bangun dari duduk saat tubuhnya ditendang kuat.

Matanya dipejam dan dibuka. Renungan tajam memerhati pergerakan musuh didepan mata.

"The war will begin"


MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now