DUA PULUH DUA | CERAI

8.6K 461 4
                                    

Leen dan Meera melangkah turun dari kapal terbang. Kaki melangkah perlahan mendekati bangunan lapangan terbang. Masuk sahaja mereka dalam bangunan tersebut, keadaan yang huru hara membuatkan mereka tertanya tanya.

"Garang sangat ke kita ni sampai kita masuk sini, semua lari lari?" Bisik Meera. Mereka berdiri betul betul di pertengahan orang ramai.

Orang ramai yang lari berkeliaran hanya dipandang kosong.

"Tah lah. Aku pun tak tahu" jawab Leen.

Mereka membuka langkah kecil. Lima tapak ke hadapan, mereka terdengar bunyi tembakan tanpa henti.

Sekumpulan lelaki berpakaian hitam melangkah mendekati mereka dengan peluru tidak henti keluar dari pistol. Ramai orang yang tidak bersalah mati begitu sahaja.

Lengan Meera ditarik dan berlari sejauh mungkin. Mengelak dari bertembung salah seorang dari mereka. Leen tahu mereka adalah sebuah kumpulan dunia gelap. Dengan pemakaian dan cara mereka menggunakan senjata serta sifat belas kasihan sudah membuktikan mereka bukan sebarangan kumpulan.

Dari celah celah rak makanan di satu kedai, Meera mengintai kumpulan tersebut. Melihatkan mereka sudah melepasi kedai yang mereka masuki, nafas lega dihela.

Mereka menanti dalam beberapa minit sebelum memastikan keadaan selamat. Kawasan lapangan terbang itu terlalu sunyi dengan banjiran darah dan tubuh manusia yang sudah tidak bernyawa.

Perlahan dan berwaspada mereka melangkah. Keadaan sekeliling diperhati.

"Aku rasa kena telefon Riana lah. Suruh dia detect siapa mereka" cadang Meera.

"Aku tak rasa sekarang masanya. Kita keluar dari sini dulu. Baru kita call." bantah Leen. Matanya mengerling ke kiri dan ke kanan bagi memastikan keadaan luar bangunan itu selamat.

Selepas memastikannya, mereka menapak keluar dan terus berlari.

"Tangkap!"

Suara itu membuatkan Leen dan Meera berpandangan. Mereka menoleh dan melihat sekumpulan lelaki tadi menghampiri mereka.

"Damn!" kata mereka serentak

Tidak menunggu lama, bagasi mereka ditinggalkan dan lari selaju yang mungkin. Dah tak cukup tanah rasanya.

Sampai di satu lorong, tiang yang paling dekat dipaut Leen dan memusingkan tubuhnya mengelilingi tiang lalu menyepak kepala lelaki yang menghampirinya. Meera pula mencapai kayu dan besi yang ada di campak kepada mereka.

Segala serangan diberikan tanpa henti. Tin minuman berwarna hijau yang terdapat di situ disepak Meera dan terkena salah satu lelaki itu. Saat lelaki itu menggosok dahinya, belakang kepalanya dipukul dengan something yang keras dan terjatuh pengsan.

Pistol yang disisip di pinggang dikeluarkan mereka, tembakan dilepaskan secara rambang sebelum sebuah helicopter mendarat di belakang mereka.

Mereka mengundur sambil menembak dan berlalu pergi bersama helicopter tersebut.

Lelah.

"Siapa hantar korang?" Soal Leen. Air sejuk yang dihulur diambil dan diteguk.

"Cik Muda Riana" jawab lelaki yang mengawal sistem helicopter.

Mereka mengangguk dan melelapkan mata. Penat!

----------

"Macam mana benda ni boleh berlaku?" Soal Riana dingin. Pen bermain pusing pusing dengan tangn kirinya. Manakala tangan kanannya sedang dirawat.

"Aku tak tahu. Tapi kalau ikut diorang punya gaya, macam diorang tengah attack kau." Balas Amy. Matanya fokus pada komputer riba.

"Apasal diorang attack Riana pulak? Kalau ya, kenapa nk kena kejar Leen and Meera?" Soal Aurora yang sedang membalut telapak tangan Riana.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now