"kau nak aku lulus dengan cemerlang je kan?" Jimin menyoal.

Sooyoung mengangguk.

"jadi, kau bagilah aku tiru jawapan kau masa ujian nanti, mesti aku lulus dengan cemerlang" ujar Jimin.

Lantas Sooyoung menampar pipi milik Jimin sehinggakan kepala lelaki itu terleng ketepi.

"kau ingat ni cerita bad genius ke?" balas Sooyoung, menyampah betul dengan orang yang tak nak belajar tapi nak keputusan yang bagus. Pergi matilah!

Bad genius : movie thailand ( 5 star aku bagi rating)

"pfft" Jungkook menahan ketawanya.

"apa? kau nak kena juga?" kata Sooyoung.

Lantas Jungkook menggeleng laju.

Jimin mengusap pipinya yang terasa sakit itu, memang Sooyoung bukan gadis yang biasa.

"oh ya, Jimin, mana ibu dan ayah kau?" Sooyoung menyoal.

Jungkook menjegilkan matanya, seolah-olah sedang bercakap  kenapa kau pergi tanya soalan macam tu,sial?

"Ibu aku dah tak ada sejak 3 tahun lepas" kata Jimin.

"ayah kau?" Sooyoung masih menyoal. Hal itu menyebabkan Jungkook mencubit kuat lengan gadis itu.

"argh! sakitlah, sial!" teriak Sooyoung.

"tak perlu rasanya, cakap tentang ayah aku, dia bukannya ambil tahu tentang aku pun" kata Jimin.

Ah, baru Sooyoung tahu yang dia tersilap cakap.


☆☆☆☆


Sooyoung memerhatikan yang Jaehee kurang menggerakkan tangan kirinya.

Ketika waktu rehat Sooyoung menarik tangan kanan Jaehee lalu membawanya ke tandas perempuan.

"k-kenapa ni, Sooyoung?" Jaehee menyoal.

"ada sesuatu yang aku nak pastikan" balas Sooyoung lalu masuk kedalam tandas.

Sooyoung menghempas semua pintu didalam tandas itu bagi memastikan tiada orang didalam tandas itu.

Tiba-tiba pintu utama tandas itu dibuka dari luar.

"korang buat apa?" soal Haesoo yang mengikuti jejak langkah Sooyoung dan Jaehee tadi.

"ish, aku ingat siapa tadi" balas Sooyoung.

Haesoo menutup semula pintu utama tandas itu setelah dia melangkah masuk dan dia turut menguncinya.

"bagi aku tengok tangan kiri kau" kata Sooyoung kepada Jaehee.

Jaehee menggeleng perlahan.

Lantas Sooyoung menarik kasar tangan Jaehee itu.

"apa kau buat ni, Sooyoung" Haesoo menyoal, kenapa tiba-tiba sahaja Sooyoung bertindak begitu?

Sooyoung tidak menjawab sebaliknya dia terus menyelak lengan blazer  milik Jaehee.

Terserlah bekas dipukul dengan rotan, warna merah kebiruan itu memang menampakkan yang ianya menyakitkan.

"Yah, Nam Jaehee, ini kau kata tak ada apa?" kata Sooyoung.

Lantas Jaehee memeluk Sooyoung akhirnya menitis juga air matanya.

"Sooyoung... aku penat, aku penat sangat-sangat" kata Jaehee berselangkan dengan tangisan kecil.

"dari segi fizikal dan mental, aku dah tak kuat" kata Jaehee.

"aku dah cuba yang terbaik, aku korban semua masa tidur dan masa makan aku hanya untuk belajar" ujarnya lagi"

"Tapi tetap tak jadi sepandai kau" katanya

"uh, aku penat! aku terlalu penat" kata Jaehee.

Tangisan Jaehee jatuh keatas bahu milik Sooyoung.

"Mak aku tak pernah faham yang aku dah mencuba! bukannya aku tak mencuba langsung! tapi dia masih tak berpuas hati" bentak Jaehee.

"kalau aku tak dapat keputusan cemerlang, mesti kena pukul, sudahlah! aku penat!" luahan terkahir dari gadis itu, akhirnya dia berhenti berbicara.

Sooyoung mengusap perlahan bahu Jaehee, bagi menenangkan sahabtanya itu.

"Aku nak minta maaf"


TBC

ini sebenarnya, kisah benar daripada sebahagian dari hidup aku, hehehe, maaflah drama terlebih. byee

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now