Tidak kira apa katanya! Carut atau hempuk kepalanya! Janji Min Young tidak mengabaikkannya.

Namjoon tak mampu hidup akibat dipalau Min Young setelah sekian lama dimanjakan dengan belaian si isteri semasa menjaga akannya sewaktu demam menyerang.

Perasaan pelik timbul sebaik perhatian yang Namjoon terima tiba-tiba lesap dalam semalaman.

"Weii!!?? Cakap dengan aku, please!" Pintanya. Hampir saja matanya ingin berkaca dengan air mata. 

Remote kawalan jauh televisyen dicapai si gadis seraya mengubah siaran, agenda sedih Namjoon diabaikkan. Sang jejaka terlopong, bibir digigit kuat menandakan dia tidak berpuas hati dengan kelakuan Min Young.

"Baik!" Jerkahnya lalu membangunkan dirinya dari tilam. "Kau palau lah aku sampai bila-bila! Aku tak kisah!" Langkahnya pantas keluar dari bilik tidur si gadis lalu menguncikan dirinya di dalam bilik yang bertentangan.

Pintu dihempas, tubuh disandarkan pada permukaan pintu lalu perlahan-lahan tubuhnya berubah ke posisi duduk.

Sakit hatinya apabila diabaikkan si gadis, tambah pula, sudah seharian dia tidak bertengkar dengan Min Young.

Namjoon terasa kehilangan.

Isterinya yang kasar a.k.a singa betina, lesap.

------------------------

Pagi menjelma, sudah masuk hari kedua insan bernama Kim Namjoon dipalau oleh isterinya sendiri. 

Tubuh membuat regangan bagi membetulkan saraf-saraf badan sebaik pintu biliknya dibuka. Mata langsung merenung si gadis yang sudah berada di dapur rumah.

Namjoon tersengih kecil melihat sarapannya yang sudah disediakan. Nampaknya, Min Young masih sedar akan kewujudannya. Sangkaan sang jejaka, dia sudah halimunan.

"Selamat pagi, gorgeous." Sapanya lalu duduk di kerusi.

Belakang tubuh si gadis diperhatikan. Rindu pula perangai lama isterinya yang sentiasa tahu memulakan pertengkaran dengannya.

Lamunannya terhenti sebaik Min Young duduk menghadapnya. Air hanat berwarna hijau, dihirup si gadis tanpa sebarang perasaan.

Sudah menjadi rutin si gadis dengan memulakan paginya dengan jus hijau itu, lidahnya sudah lali dengan rasa jus itu.

Namjoon hanya merenung. 'Alahan' si gadis sudahpun tamat, dia boleh makan tanpa 'rasa' Namjoon setelah berbulan menderita dengan 'alahan' yang MinMin berikan.

Bibir diketap. Mood palau si gadis pula yang datang. Adakah ini juga pemberian MinMin?

"Weiii! Kau taknak cakap dengan aku ke? Kau okay ke ni?" Tak dapat ditahan, Namjoon perlu kembalikan Min Young yang asal. Si gadis yang bermulut puaka tanpa insuran.

Min Young menyuap sarapannya dan hanya mengabaikkan persoalan sang suami. Wajahnya selamba dan tenang bagai tiada perasaan, entah apa yang merasuknya memalau suami sendiri.

Tangan dilambai-lambai demi mendapatkan perhatian si gadis. "Kau nampak aku kan? Aku bukan halimunan kan?" Namjoon menyoal manakala si gadis berdiam diri. 

Tanpa kesedaran Namjoon, hidangan si gadis sudahpun habis dimakan. Min Young bingkas bangkit dan membasuh pinggan mangkuk yang digunakan sebelum melangkah ke ruang tamu.

Namjoon terpaku. "WEIII! JAWAB SOALAN AKU!?"

Dia boleh gila dibuatnya.

Hidangan yang isterinya sediakan dibiarkan saja lalu membuat langkah kearah si isteri. Min Young pula sudah leka dengan rancangan paginya. 

Bijiran dikunyah si gadis sebagai pencuci mulut, pandangan terlekat pada wajah sang suami yang menghalang akannya untuk menonton movie. 

Langkah drastik si Namjoon ambil, dia duduk diatas meja kecil berhadapan si gadis. "Kau kenapa buat macam ni? Kau ingat aku ni tunggul ke?" Soal Namjoon dengan perasaan tidak puas hati.

Min Young masih memalau. 

"YAH! APA SALAH AKU!??" Kewarasan si Namjoon sudah jauh dibawa arus longkang, dirinya gila akibat dipalau. Hidupnya bosan tanpa sebarang bebelan dan carutan si isteri.

Meja menampung berat sang jejaka yang sudah merengek tak tentu pasal. Habis permukaan meja diketuk-ketuk Namjoon tanda protes.

Si gadis tetap memandang skrin televisyen sambil mengunyah. 

Namjoon mengubah kedudukannya. Dia melutut dihadapan si gadis seraya memeluk betis Min Young. 

"Weii aku mintak maaf! Maaf sebab aku pernah terhempuk kau dengan wayar tv! Maaf sebab aku pernah snap gambar kau lepastu hantar kat bandmates aku! Maaf sebab aku panggil kau singa! Maaf sebab aku pernah tanggalkan baju kau time kau tidur sebab kau demam! Weii! Cakap dengan aku!"

Itu dia! Namjoon mengaku segalanya 😂😂

Namjoon boleh senaraikan kesalahannya lalu boleh dibuat karangan 5 muka surat.

Jari jemari si gadis menekan butang 'off' pada alat kawalan jauh televisyen. Tubuh serta-merta berdiri. Pelukkan sang suami makin erat, dia takkan lepaskan isterinya selagi si gadis tidak bercakap dengannya.

Malangnya, Min Young adalah gadis yang sasa.

Tubuh Namjoon terheret sebaik si gadis membuat langkah berjalan ke tangga.

Akibat sang jejaka tidak mampu bertahan lagi, pengelangan kaki si gadis dilepaskan. Tubuhnya terlentang ditengah ruang tamu. 

Perasaan duka menguasi hatinya. "Weii! Jangan buat aku macam ni!!?" Jerit Namjoon dalam nada yang sayu.

Dia mahukan perhatian isterinya (;人;)

Keputusannya tetap sama, kedengaran bunyi pintu ditutup. Namjoon terdiam di tengah ruang tamu. Min Young masih tidak menghiraukannya.

Hatinya terguris. "A-A-Apa salah aku?" Soalnya.

----------------------

Keluhan berat dilepaskan. Betapa sukarnya Min Young mahu mengabaikkan Namjoon. Hatinya turut terusik melihat usaha Namjoon untuk membuatkan dia kembali kepada sedia kala.

Kasihan apabila memperlakukan suaminya sebegitu. Bukan senang mahu memalau jejaka bersifatkan comel itu. Sukar!

Berapa kali Min Young menahan dirinya dari mencarut ke muka sang suami. Itu pun nasib baik dia berjaya bertahan.

Badan direhatkan. Dia melakukan hal ini bukan kerana keinginan MinMin, ini adalah keputusannya. Dia kena elakkan diri dari berbual dengan Namjoon. Dia terpaksa menganggap lelaki itu tidak wujud.

Demi hatinya. 

Si gadis tidak mahu sakitkan hatinya sendiri. Jika dia berbual dengan Namjoon pastinya jejaka itu menyoalkan tentang 'siapakah Hae Ryun?'

Min Young pasti, dia pasti akan semua itu.

Sanubarinya juga perlu dijaga. Mentalnya juga perlu dilindungi dari mengingati kisah silamnya itu. Dia kena buat Namjoon lupa akan apa yang dia sudah dengari.

Ini saja caranya. Palau Namjoon.

Mata dipejamkan. Min Young mahu merehatkan pemikirannya. Dia amat perlukan semua itu.

----------------------

PANJANG SIOT!! SORI

:)

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now