Bab 32

4.8K 293 40
                                    

Puas dia mencari buku yang diinginkan oleh Hayyan tetapi tidak dijumpai. Humaira memberanikan diri untuk bertanya keberadaan buku tersebut kepada pekerja di situ. Kalau tidak bertanya sampai malam tak jumpa buku itu.

Akhirnya, staff popular menunjukkan keberadaan buku tersebut dan memberitahunya bahawa buku tersebut hanya tinggal satu sahaja. Patutlah tak jumpa, rupanya buku tersebut terletak di bahagian belakang buku-buku poem yang lain. Baru sahaja dia ingin bergerak ke kaunter, matanya terlihat sebuah buku yang berjaya menarik perhatiannya.

"Memories. Macam best and cover pun lawa," ujarnya sambil membelek buku tersebut.

" I just hope you realize how much you mean to me. I just wish I could remind you of how beautiful you are. I'm sorry I haven't told you in so long. But please don't think I have given up on you. I will never give up on you. My arms are wide open. There is always a place for you here by Lang Leav, Memories."

Terkejut Humaira dibuatnya apabila terdengar satu suara garau menyapanya dari belakang. Humaira segera memalingkan badannya ke belakang.

"Akid? Apa awak buat dekat sini?" soal Humaira dengan rasa terkejut yang masih bersisa. Pertama, dia terkejut dengan kemunculan Akid secara mengejut itu sebab sangkanya Akid ikut Kamil dan Fatty makan atau Akid pergi ke tempat lain yang pastinya bukan dengan dia. Kedua, dia terkejut dengan kata-kata Akid itu. Sungguh, setiap butir kata-kata yang dituturkan Akid itu menusuk kalbu.

"Apa saya buat dekat sini? Ermm teman awaklah. Sweetkan saya?"

Humaira menjulingkan matanya mendengar ayat Akid yang sudah semestinya masuk bakul angkat sendiri. Perasan!

"Malas nak layan. Dah la tadi cakap merepek."

"Eh bila pula saya merepek? Ayat tadi tu ada dalam buku yang awak sedang pegang wahai Humaira Sofiya. Saya cuma ambil sedikit petikan poem dalam tu je." Akid dengan selamba mengambil buku itu dari tangan Humaira.

Humaira merengus. Mamat ni kan suka-suka hati dia je nak buat apa pun.

"Bagilah balik."

"Nak beli ke?" soal Akid sambil matanya tak lepas memandang Humaira.

"Kalau nak beli pun kenapa? Nak belanja?" Soalan Akid, Humaira balas dengan soalan juga.

"Siapa cakap saya nak belanja? Saya tanya je sebab saya ada buku ni. Baik pinjam saya je daripada beli. Bazir duit je."

Humaira memandang Akid dengan muka tidak puas hati.

"Eh suka hati sayalah kalau nak bazir duit pun. Duit saya bukan duit awak." Humaira berjeda seketika sebelum menyambung bicaranya.

"Awak ni betul ke suka membaca?"

"Betullah. Apa yang tak betulnya?"

"Kalau betul awak seorang yang memang suka membaca, awak takkan cakap saya ni membazir duit. Tahu kenapa? Sebab dah nama pun hobi. Kita takkan kesah untuk leburkan duit demi hobi kita."

Akid tersenyum senget.

"Saya memang suka membaca tapi saya tak cakap itu hobi saya. Nak tahu hobi saya apa?"

Humaira mengerutkan dahi. Suka membaca tapi itu bukan hobi dia? Pelik.

"Hah apa hobi awak?" soal Humaira panasaran. Ingin juga dia tahu jenis macam mana lelaki ni punya hobi.

"Hobi saya kacau awak," jawab Akid sambil tersengih.

"Ha. Ha. Ha. Lawaknya." Humaira menayangkan muka toya. Sungguh saat ini dia rasa menyampah yang amat dengan Akid.

Akid Humaira Where stories live. Discover now