Bab 18

4.7K 283 32
                                    

Humaira masih menghadap laptopnya. Jarinya pantas menari-nari di atas keyboard laptopnya. Sesekali dia merenggangkan tubuh badan yang sudah terasa lenguh dan sengal. Ah lagi sikit je kerja ni nak siap. Lepas tu aku boleh tidur dengan aman. Si Danial pula, tah mana dia pergi. Whatsapp tak reply. Call pun tak angkat.

Humaira mencapai telefon bimbitnya dan melihat sama ada Danial membalas whatsappnya itu ataupun tidak.

Tok tok tok.

"Maira dah tidur ke?" soal Hayyan selepas mengetuk pintu bilik adiknya.

"Belum." Humaira menjawab dari dalam. Matanya masih ralit memandang laptopnya.

"Aku masuk eh?"

"Ya, masuklah."

Hayyan terus masuk ke dalam bilik adiknya itu. Dia duduk di atas katil

"Lah menghadap laptop? Dah pukul 12 ni. Kenapa tak tidur lagi?Anak dara tak baik tidur lambat."

"Banyak kerjalah Hayyan."

Hayyan hanya menganggukkan kepala.

"Kau ni bila nak kahwin dengan Danial?"

"Eh, tanya aku pula. Kau tu anak first patutnya kau yang kahwin dulu."

"Aku ni lelaki. Tak apa kahwin lambat. Awak tu perempuan. Tak elok ke hulu ke hilir dengan anak teruna orang. Tak manis. Dah tujuh tahun kau bercinta dengan dia, serius ke tidak? Kalau tak nak kahwin dulu ikatlah tali pertunangan."

Humaira hanya berdiam. Matanya masih fokus pada laptop, tetapi fikirannya sudah jauh melayang.

"Aku bukan apa. Aku ni risaukan kau je. Kau je satu-satunya adik aku ada. Kau je kembar aku. Tak ada ganti. Aku dengan Danial walaupun berkawan rapat tapi belum tentu semua perangai dia aku tahu macam mana. Jadi aku nak nasihatkan kau, sebagai anak gadis jaga batas, jaga tingkah laku. Jangan pakai redah je ikut dia ke hulu ke hilir. Faham tak ni?" bebel Hayyan.

"Faham Hayyan kembarku sayang. Sekarang ni adik awak yang comel ni masih banyak kerja nak dibuat. Ada baiknya awak beredar ataupun buatkanlah air ke? Haus la."

Hayyan menggeleng. Mug yang sejak tadi dipegang diletakkan di tepi meja Humaira.

"Nah ambil air ni."

"Thanks Hayyan."

"Aku nak kau tidur lepas ni." Hayyan terus keluar dan menutup pintu.

Humaira mengeluh. Ini sudah kali ke tiga puluh kot Hayyan bangkitkan isu kahwin. Hayyan kata kalau aku ni single tak adanya dia nak suruh kahwin awal. Tapi sebab aku dah ada Danial lah dia suruh kahwin cepat. Katanya tak elok berkawan lama-lama, ke hulu ke hilir bersama tapi kahwinnya tak.

Laptop sudah dibiarkan di atas meja. Dia segera bangkit dan baring ke atas katil. Syiling direnung. Otaknya ligat berfikir tentang Danial. Bukan dia tidak pernah menyuarakan hal kahwin pada Danial, tapi setiap kali dia bangkitkan isu itu Danial pasti akan mengelak dan mengubah topik.
Danial tidak pernah pula bercakap soal kahwin dengannya.

Serabut memikirkan hal Danial, Humaira memejamkan matanya. Sebaik sahaja matanya terpejam muncul wajah seseorang. Matanya dicelikkan kembali.

Kau dah gila ke Humaira? Kenapa muka dia juga yang muncul? Kenapa bayangan dia yang bermain-main di minda kau lepas tujuh tahun?

Peristiwa dia ternampak Akid di pusat beli belah dua hari lepas benar-benar mengganggunya. Siapa perempuan tu? Girlfriend ke? Lawa tapi lawa aku lagi. Ish apa ni? Kenapa aku sibuk pasal dia? Ah serabut.

Akid Humaira Where stories live. Discover now