Bab 4

7.1K 462 8
                                    

Humaira berdiri statik di hadapan pintu pagar sekolahnya. Dia mengeluh. Peristiwa semalam masih berlegar-legar di mindanya. Dia segera mendonggakan kepalanya memandang langit. Cuaca pagi itu agak mendung. Sama mendung dengan moodnya hari ini. Buat sekian kalinya, Humaira mengeluh lagi.

"Woi Maira." Sapa suatu suara dari belakangnya.

"Waalaikumusalam. Hmm kenapa?" Sungguh Humaira tak ada mood dan malas nak layan dua rakannya itu.

"Ush.. Jadi ustazah bhai pagi-pagi. Hahahaha."

Humaira hanya memandang sekilas ke arah Fatty yang sedang tergelak.

"Lol. Kau kenapa Maira? Semalam kitorang whatsapp tak balas pun. Apa yang jadi semalam?" tanya Tia.

"Haahlah. Kau okay tak? Kenapa semalam masa aku datang balik kelas tu kau marah-marah lepastu terus balik? Kau kena reject ke?"

"Ish kau ni Fatty!" Tia mencubit lengan Fatty sehingga gadis chubby itu mengaduh kesakitan.

"Tak ada apa la. Aku biasa je. Semalam tu tak ada apa pun. Dah la aku nak naik kelas," ujar Humaira malas dan berlalu pergi tinggalkan mereka berdua.

Tia dan Fatty saling berpandangan dan menaikkan kening kanan mereka. Hairan. Humaira Sofiya jarang tak ada mood tanpa sebab dan selalunya gadis itu datang sekolah dengan ceria walaupun dia kena tahan dengan pengawas kerana lewat.

"Kita kena korek apa yang Maira sembunyikan."

"Apa kau fikir nak korek rahsia dari Maira tu senang macam korek hidung?" soal Fatty kepada Tia.

"Nie Tia lahh! Just wait and see." Mereka berdua terus berlalu pergi.

***

Akhirnya.. Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Waktu apa lagi kalau bukan waktu balik.

"Kau tak pelik ke?" soal Tia kepada Fatty.

"Pelik la juga. Dia tak bercakap pun dengan kita satu hari ni."

"Haah. Kau rasa kenapa eh dengan Maira tu Fatty?"

"Hmm.. Kalau aku tahu tak ada lah aku pun duk pening fikir!"

"Choi! Loyar buruk pulak." Tia menjeling Fatty.

"Dah tu? Cuba kasi soalan yang mencabar minda sikit." Tia hanya mendiamkan diri. Dia dan Fatty kembali memerhatikan Humaira.

Boleh dikatakan masa Humaira dihabiskan dengan belajar tanpa mengeluarkan sedikit pun air liurnya untuk bercakap dengan sesiapa termasuklah Tia dan Fatty, kawan rapatnya. Humaira mengerling jam tangannya. Haihh.. terpaksa aku pulang lewat ke rumah hari ni.

Jangan salah faham ye, aku nak jumpa mamat poyo tu pun sebab nak jelaskan dekat dia pasal surat tu. Surat tu untuk crush aku. Danial Qayyum, bukan dia! Err.. Tak rela aku nak jadi girlfriend mamat otak tiga suku macam dia. Tak menjamin masa depan langsung!

"Maira aku nak balik dah ni. Kau tak nak balik ke?"

Humaira menoleh ke arah Fatty yang bertanya.

"Haahla Maira. Tak nak balik ke? Aku pun dah nak balik," ujar Tia.

"Balik la dulu. Aku balik lambat sikit. Nak study."

Tia dan Fatty mengerutkan dahi. Nak study? Sejak bila minah ni nak study tak ajak kitaorang berdua ni. Hmm.. Pelik. Tia memandang Fatty sambil memberikan isyarat. Fatty mengangguk faham.

"Kalau macam tu kitaorang balik dulu la. Bye."

"Bye.."

Humaira memandang rakannya yang berlalu pergi. Okay. Minah dua ekor tu dah blah. Senang kerja aku kejap lagi. Jam ditangan dikerling. Dah pukul 2.15 la. Hmm.. Tunggu lagi 10 minit baru aku pergi jumpa mamat sewel tu dekat kelas dia.

Akid Humaira Where stories live. Discover now