Bab 13

4.7K 302 23
                                    

Humaira membaca whatsapp yang diterima berulang kali.

Danial
Hai, lps jumaat ye kita jumpa. Dekat mall haritu.

Ada hal apa ye nk jmpe?

Danial
Saya nk ckp pasal Akid. Awkkn girlfriend dia. So sy rasa ada baiknya sy bgtau awk.

Dahi Humaira berkerut-kerut buat sekian kalinya. Hal Akid? Sebab aku makwe dia? Penting sangat ke? Kenapa macam suspen je? Tapi aku jumpa Danial berdua je? Ish. Seganlah aku.

Tangannya terus mendail nombor telefon Danial.

"Angkatlah, angkatlah."

"Hello?"

"Hello Danial, Humaira ni."

"Hah ye saya. Kenapa call? Kejap lagikan nak jumpa."

"Erm. Sebenarnya macam ni, saya tak dapat pergi la. Ada hal sikit. So saya fikir awak boleh bagitau hal Akid tu on the phone je la."

"Erm. Lagi senang face to face. Macam ni lah. Kita jumpa dekat taman yang berhampiran je la. Tempat kita pernah terserempak masa jog dulu."

Humaira terdiam. Taman masa terserempak waktu joging dulu? Jangan kata.. Taman masa dia jog pakai tudung terbalik tu? Serius? Aduh. Mamat ni ingat lagi ke?

"Errr. Penting sangat ke sampai nak kena face to face?"

"Bagi saya penting."

Humaira menggaru kepalanya.

"Hmm. Oklah. Jumpa dekat taman nanti ye."

"Orite."

Talian terus terputus. Humaira mengeluh. Adui. Malunya nak jumpa Danial.

Humaira terus menyambar tudung bawalnya yang sudah siap digosok. Setelah memastikan tudungnya elok terletak dia terus mencapai telefon sebelum melangkah keluar dari biliknya.

"Sorry lambat."

Danial menoleh. Dia mengukir senyuman.

"It's okay. Saya pun baru sampai."

"So apa yang penting sangat tu Danial?" Humaira terus bertanya kerana dia sememangnya ada hal lebih penting. Ya penting sesangat. Dia nak pergi shopping bersama Fatty dan Tia untuk mencari baju sempena hari graduasinya esok.

"Ok macam ni. Sebenarnya Akid tu bukan lelaki yang baik untuk awak."

Berkerut dahi Humaira. Bukan lelaki yang baik untuk aku? Memang la sebab dia tu suka buli aku! Luah Humaira di dalam hati.

"Maksud awak?"

"Maksud saya dia lelaki yang memang tak layak untuk mana-mana perempuan baik macam awak. Dia tu playboy. Selalu tukar-tukar pasangan macam tukar baju. Dia pernah rampas kekasih kawan saya dan buat yang bukan-bukan dengan kekasih kawan saya tu."

Humaira tergamam, terkejut dan macam-macam lagi. Benarkah Akid macam tu?

"Awak serius ke?"

Akid Humaira Where stories live. Discover now