Bab 21

5.2K 300 50
                                    

Humaira mendengus. Adui jammed lak. Aku betul-betul dah lambat ni. Humaira kau memang nak matilah. Macam mana lah kau boleh terlajak tidur Humaira! Argh. Sedang Humaira membebel tiba-tiba..

Bumm.

Humaira tersentak. Dia memandang cermin pandang belakang. Adui. Tak gunalah. Aku dah lambat ni! Time ni jugalah nak langgar aku semua.

Humaira memberi signal ke kiri. Dia menghentikan keretanya ke tepi jalan. Dia keluar dari kereta dan memeriksa belakang keretanya.

Dia mengeluh. Allah. Ujian apakah ini? Bumper keretanya yang sudah kemek sedikit itu dipandang.

"Er kak, sorry tak sengaja terlanggar."

Humaira menoleh. Wajah pemandu yang melanggar dipandang. Muda. Macam budak sekolah pun ada.

"Macam mana awak bawa kereta ni? Mana boleh follow kereta depan rapat sangat memang cium bontot kereta akaklah." Humaira sudah membebel.

"Err. Kak saya betul-betul tak sengaja. First time bawa kereta."

"Haih dek oii. Akak dah lambat tahu tak. So macam mana ni? Umur berapa?"

"Saya baru 18 tahun kak. Ni no telefon saya. Saya janji saya akan bayar ganti rugi. Akak telefon je saya cakap berapa nanti saya bayar. Saya betul-betul minta maaf kak. Sekarang ni saya ada rm50 je."

Wajah budak perempuan itu dipandang lama. Humaira mengeluh. Jam tangannya dikerling. Alamak! Dah 10 minit lewat ni.

"Hah ok lah. Akak ambil no telefon kamu ni. Nanti apa-apa hal akak call kamu lah. Bye. Akak dah lambat."

Humaira bergegas masuk ke dalam keretanya. Dia terus memecut sehabis baik. Aduh, time ni la parking penuh. Dah kenapalah time aku nak cepat semua benda buat aku jadi makin lambat? Setelah hampir 5 minit berpusing-pusing akhirnya dia mendapat parking.

Barang-barang yang terletak di tempat duduk penumpang segera disambar. Dia berlari-lari anak masuk ke dalam bangunan Contemporary Sdn. Bhd itu.

"Selamat datang boleh saya bantu?" soal penyambut tetamu itu dengan senyuman manis.

"Saya ada temu janji dengan CEO syarikat ni. Boleh saya tahu tingkat berapa pejabat pengurusan?"

"Ouh, pejabat pengurusan dekat tingkat paling atas. Tingkat 9."

"Ouh. Ok. Terima kasih." Humaira bergegas bergerak ke lif. Dia segera menekan butang untuk naik ke atas. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka. Dia terus menekan pada angka sembilan.

Sampai sahaja ke tingkat itu Humaira terus keluar daripada perut lif. Sekali lagi dia disambut oleh penyambut tetamu.

Setiap tingkat dekat syarikat ni memang ada penyambut tetamu ke? Hah baguslah aku pun tak tahu mana satu bilik CEO diaorang.

"Boleh saya tahu mana bilik Dato' Fadlan Hamzah?" soal Humaira kepada penyambut tetamu di tingkat itu.

Penyambut tetamu yang memakai tag nama Lili itu tersenyum simpul. Dah kenapa pula minah ni senyum macam tu?

"Bilik Dato' Fadlan Hamzah dekat sana tu. Cik masuk lorong tu, straight lepas tu belok kiri dan terus je cik nampak bilik dia."

Akid Humaira Where stories live. Discover now