Bab 19

4.6K 294 27
                                    

Akid memandu keretanya menuju ke cafe. Sekarang lunch hour, boleh la dia dapat makan free. Setelah memarkirkan keretanya, dia melangkah masuk ke dalam cafe.

"Hoi!" Akid menyapa kakaknya yang sedang sibuk mengira di kaunter.

"Apa hoi, hoi. Aku ada namalah. Dah tak reti bagi salam ke? Kau ni islam ke kafir?"

Akid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pedas sungguh perlian kakaknya itu. Makan dalam beb!

"Wah, kasarnya bahasa."

"Apa yang kasarnya? Betullah aku cakap. Mana salam kau tiba-tiba nak hoi kan orang. Islam kan? Kalau islam bagilah salam. Bagi salamkan mendoakan kesejahteraan orang. Dapat pahala lagi. Baik kau doakan aku ni, daripada kau hoi, tak ada kebaikkan langsung. Pahala tak dapat, dosa je dapat sebab menyakitkan hati aku ni."

Mati kutu Akid dibuatnya. Itulah kacau orang yang tengah sibuk lagi. Memang kenalah.

"Gurau pun dah tak boleh sekarang. Yela. Tak pe la."

Adilah menjeling. Mengada je lebih. Matanya memandang ke arah meja yang baru diduduki oleh pelanggan.

"Akid tolong ambil order dekat meja sana tu. Azman tengah ambil makanan dekat dapur, Lia pula pergi toilet. Tolong eh meja sana." Adilah meminta tolong pada Akid sebelum menyambung kerjanya.

Akid berpusing dan berjalan ke meja yang dimaksudkan oleh Adilah. Dia kemudian terkejut apabila melihat susuk tubuh wanita yang berada di meja itu. Itu Humaira ke? Kenapa dia ada sini? Haih. Akid berjalan dengan malas menuju ke meja itu.

"May I take your order girls?" Akid melemparkan senyum manis seperti tiada apa-apa yang terjadi antara dia dengan Humaira. Wajah Humaira diperhatikan. Gadis itu jelas terkejut dengan kehadirannya.

Akid terus beredar setelah mengambil order. Hatinya berdegup. Humaira masih cantik, sama seperti dulu. Matanya, hidungnya, mulutnya.. Ahhh kacau. Buang jauh-jauh bayangan dia Akid. Buang!

"Ha sah kau ni gila."

Berkerut dahi Akid mendengarnya. Ewah Azman ni, muncul je nak kata aku gila.

"Gila kenapa pula."

"Dari tadi duk geleng-geleng kepala. Dah kenapa? Bukan gila ke? Serupa orang angau je."

"Ah kau Man. Banyaklah kau punya angau. Dah pergi sana. Tu ada meja belum ambik order lagi tu." Akid segera menghalau Azman. Kacau ajalah Azman ni. Ada ke aku yang kacak ni dikatanya gila?

"Kid."

"Kid."

"Kid."

"AKID."

Akid segera menoleh apabila terdengar Adilah memanggilnya.

"Hah kenapa?"

"Pekak ke? Dah tiga kali aku panggil, buat bodoh je. Nasib dengar juga. Apahal kau termenung?" soal Adilah pelik.

"Tak ada apalah Diy."

"Iya la tu tak ada apa. Muka dah macam orang tertekan je aku tengok. Takkan baru kerja seminggu dekat office papa tu dah stress?"

"Mana adalah. Aku okay je la. Mana ada stress."

Adilah mengangkat bahu. Malas mahu melayan Akid.

"Hah kalau tak stress, ni pergi hantar makanan dekat meja kau amik order tadi. Cepat."

Akid mengeluh mendengar arahan Adilah itu.

"Suruh la orang lain hantar. Lia ke Azman ke."

"Jangan pemalas eh Akid. Hantar je la. Makanan kau pun belum siap lagi. Daripada kau tak buat apa-apa tu, kan ada baiknya kau tolong."

Akid Humaira Where stories live. Discover now