Bab 9

6.4K 409 24
                                    

"WOII!"

Akid dan Humaira serentak menoleh ke arah suara itu. Akid tersenyum sahaja walaupun kepalanya ditunjal oleh insan itu.

Berkerut dahi Humaira. Siapakah? Kenapa Akid boleh senyum? Minah tu dah tolak kepala dia kot. Jap kenapa kau yang panas ni Humaira? Itukan kepala Akid. Bukan kepala kau. Releks sudah. Errr.. Rasa apakah ini??

Kau dah gila ke Humaira? Sejak bila kau kesah pasal Akid? Ahh gila. Ini gila.

"Kau tipu aku! Dasar penipulah kau. Kau cakap cancel lepak sebab parents kau call suruh balik. Patutlah macam pelik. Bila masa pula kau nak dengar cakap?"

"Sorrylah. Hahahahaha." Akid memohon maaf sambil tersenyum.

Humaira terkejut dengan senyuman Akid yang diberikan kepada perempuan itu. Manis. Sungguh manis. Ini kali pertama dia melihatnya. Eh tak. Kau lupa dia pernah bagi juga dekat kau masa dia suruh kau jadi kekasih dia? Tapi kenapa yang ini senyumannya nampak lebih ikhlas? Ah tak kesahlah yang penting jangan cair dengan senyuman dia Humaira.

Tak tau kenapa, tiba-tiba hatinya panas apabila melihat kemesraan mereka berdua walaupun perempuan di hadapannya ini tidak macam perempuan sangat. Cara pemakaiannya macam lelaki tapi rambut masih panjang. Tanpa melengahkan masa Humaira terus bangkit daripada tempat duduknya.

Akid terus memegang lengan baju Humaira apabila gadis itu sudah berdiri.

"Nak pergi mana?" tanya Akid.

"Pergi mana? Nak blah la. Tak nak kacau korang. Asal tak cakap dah ada girlfriend? Kalau tahu tadi aku tak kacau." Entah mengapa ayat yang dituturkan Humaira itu kedengaran seperti ayat orang cemburu.

"Tak adalah. Dia kawan aku je." Akid membalas. Wajah Humaira ditenung. Cemburukah gadis di hadapannya ini?

Humaira menayangkan wajah double jerknya. Hatinya terasa panas walaupun Akid menafikan perempuan itu kekasihnya. Jap, jap, kenapa hati aku panas membara ni? Memang cakap Akid tu betulkan? Of course lah perempuan tu bukan girlfriend dia sebab kau lah girlfriend dia. Ahh serabut.

"Aku nak cari abang aku. Takut dia tak jumpa kedai ni."

"Ini ke girlfriend kau yang kau cerita tu? Girlfriend yang kau cinta mati tu?"

Humaira yang hendak melangkah pergi terus memakukan kakinya.
Ayat yang keluar daripada mulut kawan Akid itu benar-benar membuatkan Humaira terkaku. Girlfriend yang kau cinta mati? Maksudnya?

Akid sudah menggaru kepala. Pening dengan tingkah Humaira yang tiba-tiba hendak balik. Dia juga sebenarnya malu. Monyet seekor ni memang tak reti simpan rahsia betul!

"Aku Qalisya. Panggil Que je. Duduklah dulu. Releks sudah. Aku bukan ada apa-apa pun dengan mamat otak senget ni." Que terus menarik tangan Humaira sehingga gadis itu terduduk semula.

"Hah Kid apa nama girlfriend kau ni?"

Akid hanya menayangkan wajah tak kesahnya.

"Tanyalah dia sendiri. Nama dia. Bukan nama aku." Humaira terus menoleh ke arah Akid. Seriously? Apa punya pakwelah dia ni. Eh jap, bila masa kau iktiraf dia as boyfriend kau Maira?

"Pakwe yang tak sweet." kata Que sambil menyiku lengan Akid. Akid hanya menjulingkan matanya ke atas. Bagi Akid, kalau nak sweet-sweet tak perlu tunjuk dekat orang. Biarlah tunjuk dekat orang yang tersayang je.

"Humaira. Boleh panggil Maira." Humaira menjawab soalan Que.

Que mengangguk.

"Lawa nama macam tuannya."

Akid terus mengetuk kepala Que. Humaira menelan liur. Kawan Akid ni betul ke tak?

"Kau tak payah nak buat perangai lesbian kau dekat sini eh. Kau nak jadi pengkid ke apa jangan dengan awek aku."

Que terus tergelak.

"Tahu pun takut. Fikir tak sayang awek tadi. Kalau kau tak sayang dia biar aku je tolong kau bagi dia kasih sayang." Que membuat muka gatal. Wajah Humaira terus diusap.

Mata Akid bagaikan mahu terjojol keluar melihat aksi selamba Que. Kaki perempuan itu terus disepak. Humaira pula kaku. Melihat reaksi Humaira dan Akid, Que terus tergelak berdekah-dekah. Kelakar.

"Gurau-gurau. Aku masih waras lagi" kata Que.

Tanpa sedar, sudah 30 minit Que dan Akid tidak berhenti berbual dan bergelak ketawa. Sesekali mereka akan bertepuk tampar.

Humaira hanya memerhati sahaja mereka berdua. Ayam yang dipesan dijamah rakus. Tengok ayam lagi bagus.

Berbulu matanya melihat aksi dua orang manusia itu. Geram pula rasanya! Kalau boleh nak saja dia penyek-penyek dua ekor manusia itu macam pisang.

Ish mana pulak Hayyan ni! Aku dah panas tengok dorang berdua. Aku lenyek juga kejap lagi, omel Humaira dalam hati.

"Humaira." sapa satu suara.

Serentak Humaira dan manusia dua ekor di meja itu menoleh.

"Hayyan! Lambat betul kau cari kedai ni." Humaira terus menarik muka. Muncungnya sudah mula kelihatan.

"Memang lambatlah. Tadikan aku cari baju. Kawan aku tu cerewet kalah perempuan."

"Huh!" Humaira memeluk tubuh. Muncungnya semakin panjang. Hayyan tergelak. Laju sahaja tangannya menyepit muncung Humaira itu. Cepat-cepat dia menepis tangan abangnya itu.

Jika tadi Humaira yang kepanasan, sekarang Akid pula yang berasap. Aksi Humaira dan Hayyan membikin hatinya terbakar. Betul ke ni abang dia? Takkanlah mesra sampai macam itu sekali?

"Anyway mana kawan kau?" soal Humaira.

"Dekat luar lah. Jomlah. Dah pukul berapa dah ni. Nanti wayang mula."

"Sekejap basuh tangan." Humaira bangkit dan berlalu.

Hayyan melihat gadis yang tak serupa macam anak gadis yang mengambil tempat bersebelahan lelaki yang dia sendiri tidak kenal.

Lawa, tapi pakaian.. Hmm not my taste! Macam jantan, Hayyan mula mengutuk gadis itu sesedap rasa.

"Duduklah dulu. Jemput makan, ayam ni ada lagi." Akid mempelawa Hayyan.

"Thanks but no thanks," tolak Hayyan sopan.

"Hayyan." Danial yang sejak tadi menunggu diluar menapak masuk lalu memanggil Hayyan.

"Ehhhh Danial?" Humaira yang baru kembali ke meja itu kaget. Kawan abang dia Danial? Crush dia tu? Like serious?

Humaira memandang Akid untuk melihat reaksinya tetapi Akid hanya membuat muka biasa namun tidak Que. Riak wajah Que begitu terkejut.

Danial di situ hanya tersenyum melihat Que.

"Kau kenal Danial?" soal Hayyan buat adiknya.

"Err kenal. Dia sama sekolah dengan aku."

Que tidak betah untuk terus berada di situ. Perbualan Humaira dan abangnya bakal berkisar tentang Danial sahaja. Dia terus menarik lengan Akid agar lelaki itu mengikut langkahnya. Sekelip mata Akid dan Que hilang daripada pandangan.

Humaira sekali lagi kaget. Aik? Kenapa dengan Que? Kenapa dia macam tu? Dia kenal Danial ke?

"Siapa lelaki tadi?"

Humaira menoleh ke arah abangnya. Dia menggaru kepala. Apa aku nak jawab eh? Boyfriend? Musuh? Or kawan?

"Err.. Dia kawan aku."

Hayyan memandang adiknya. Dia hanya mengangkatkan bahu. Kalau kawan tak apa lah.

"Fikir boyfriend. Kalau boyfriend takkan tak nak kenalkan dekat aku kan?"

Humaira tidak mahu disoal siasat oleh Hayyan lagi. Dia terus keluar daripada restaurant itu. Wayang menjadi destinasi.

Danial pula asyik memerhati Humaira. Tak sangka minah ni adik Hayyan rupanya. Interesting. Senyuman menghiasi wajah Danial. Otaknya ligat berfikir rancangan yang bakal dilaksanakan.

Akid Humaira Where stories live. Discover now