Langkah Min Young pantas mendekati si suami. Dia duduk bersebelahan sang suaminya, Min Young kembali menenung mata Namjoon.

"Baik kau cakap benda betul! Lalat tu kutu-kutu kau kan?" Namjoon turut merenung mata si isteri.

Perasaan nak tolak si gadis jatuh gaum pun ada terlintas diminda Namjoon.

"Eh, kutu-kutu aku nyamuk ok.." Namjoon hanya mengikut flow si isteri.

"Aku suka hisap darah..." Segaja Namjoon membiarkan ayatnya tergantung, dia menilit tubuh si isteri yang betul-betul dekat dengannya.

"Terutamanya darah perempuan body mantap macam kau....." Membulat mata si gadis, pipinya membahang kepanasan.

Perasaan malu akan sakatan si suami terserlah dengan jayanya.

"DASAR PARASIT LAGIKAN PELESIT!" Tumbukkan mendarat di paha sang suami. Namjoon mengerang kesakitan.

Sang suami terus mengosok-gosok akan bekasan tumbukkan si isteri. Syaitan punya isteri.

"PAGI TADI KAU NAK BUAT PINGGANG AKU PATAH! SEKARANG NAK BUAT AKU TEMPANG PULAK KE!!??"

Min Young menjeling sang suami yang sudah kemerahan dek kerana amarah.

"Aduh, aku takde niat pun nak humban kau pagi tadi, aku terkejut je..." Otak si gadis serta-merta mengenang kejadian dipagi hari.

Min Young memang terkejut besar apabila dia sedar dipagi hari yang dia tidur berpelukkan bersama sang suami dikatil.

Sememangnya tidur berpelukkan itu adalah perkara biasa buat mereka tapi apa yang luarbiasa ialah keadaan tidur mereka.

Min Young terjaga dalam keadaan hanya berpakaian dalamnya. Bathrobe yang dia pakai semalam sudah dilantai.

Namjoon pula sudah tinggal seluar saja. Baju yang menutup tubuhnya semalam turut dilantai bilik.

Apa yang mereka telah lakukan semalam? Tapi yang terjamin, MinMin pasti suka. 🤤

Sempena hari lahir Min Young, entah apa yang mereka lakukan sehingga jadinya amnesia dikeesokkan harinya.

Disebabkan terkejut, tindakkan tidak berasaskan akal si gadis menjelma dengan menghumban tubuh sang suami dari katil.

Boleh kedengaran bunyi tulang Namjoon berbunyi disebabkan dihumban dari katil.

"Kau tahu tak betapa sakitnya pinggang aku ni??!!" Jelas Namjoon. "Padan muka kau." Kata Min Young selamba.

"Dan macam mana kau tahu semalam hari lahir aku?" Si gadis menyoal muskyil.

Selama dia hidup bersama Namjoon, tidak pernah dia bercerita tentang dirinya.

"Ouh, dari visa kahwin aku ada tulis." Berkerut sedikit dahi si gadis. "Visa kahwin???" Namjoon mengangguk.

"WEII! KAT MANA VISA AKU!!??" Min Young cemas. Dia baru saja teringat akan visanya yang entah kemana sudah pergi.

"Kalau visa aku hilang, Bermaksud passport dengan id aku pun hilang sekali!" Rambutnya diragut sendiri.

Namjoon hanya tersengih kecil disebalik masknya.

"Sentap. Tu lah, letak lagi barang merata-rata." Namjoon umpama cermin. Tidak sedar yang dia pun sama saja.

"Kau ada nampak tak kat mana beg Rilakkuma aku tu??!" Min Young mengharapkan jawapan 'ya' dari mulut sang suaminya.

Namjoon menoleh wajahnya kearah sang isteri yang mendongak memandangnya.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now