DUA PULUH TUJUH | TUNANG

Start from the beginning
                                    

Riana turut bangun dan melangkah bersama Aryan.

Masuk sahaja ke dalam rumah. Semua mata memandang ke arahnya termasuk jejaka bertopi biru. Jejaka yang sedari tadi menunduk. Di anggap jejaka itu adalah Aariz. Tapi itu adalah abang sulung mereka, Ariq.

"How Riana?" Soal wanita bertudung litup itu. Datin Mardhiah nama diberi.

Matanya memandang Aryan didepannya. Ternyata jejaka itu memandangnya juga.

Aryan mengangguk kecil. Berharap Riana akan berterima.

"Aunty...."

"Call me mummy" potong Datin Mardhiah.

"Er... mummy. Can you give me some times? Please" rayu Riana.

Datin Mardhiah memberi pandangan sedikit sayu. Adakah kegembiraan wanita itu sudah lesap untuk kehadiran dirinya sebagai menantu?

"Sorry Aun.... er.. Mummy."

"Kenapa?" Soal Datin Quin Maisara. Tangan anak bongsunya di pegang.

"Ri... Riana tak sedia lagi"

Aryan melepaskan nafas berat. Sukar.

"Riana, kita buat majlis pertunangan dulu ye sayang. Tarikh perkahwinan nanti Riana lah yang tentukan supaya Riana siap sedia. " ujar Datin Mardhiah lembut.

Rambut yang diikat satu itu dibelai lembut. Kini kedudukannya diantara dua wanita mewah itu. Terasa seperti disayangi.

Matanya mengerling ke arah jejaka itu sekali lagi.

Tangannya digenggam mengumpul kekuatan.

Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Riana ikut je"

Mereka disitu sudah tersenyum bahagia.

Aryan yang melelapkan mata, mencelikkan matanya kembali apabila mendengar jawapan Riana. Akhirnya.

"Kita adakan majlis lusa seperti yang di katakan" putus Dato Arfan Louise. Dia juga rasa bahagia apabila dia bakal menerima menantu.

"Lusa? Awalnya" kata Riana seakan akan menjerit.

"Kamu ni Riana. Elok sikit. Benda elok perlu dipercepatkan" kata Datin Quin Maisara. Bahu anaknya ditepuk.

"Welcome to our family Riana" tubuh Riana dipeluk oleh Datin Mardhiah.

Senyuman pahit menghiasi wajahnya.

Dia sudah buat keputusan. Takkan dia mahu bantah pula tiba-tiba. Dia tidak mahu membuatkan hati mama dan bakal keluarga barunya terasa apabila tiba-tiba menukar keputusan.

Lusa. Dia akan menjadi tunangan orang.

"Rai, siapkan makanan. Kita lunch sama sama" kata Datin Quin Maisara. Rai yang menjaga Erina sedari tadi menghulurkan Erina kepada Riana. Riana menyambut.

"Susah susah je lah Mai" kata Dato Arfan Louise.

"Takdalah Fan. Sikit je ni" kata Datin Quin Maisara.

Ariq yang memerhati tingkah laku Rai terus bangun dari duduk apabila kelibat Rai memasuki dapur.

"Ariq. Nak pergi mana?"

"Tandas daddy" bohong Ariq. Kaki meneruskan langkah.

Sampai di dapur, terlihat kelibat Rai yang sedang membancuh air.

Rai berjalan ke peti ais. Sebulat kek coklat dikeluarkan.

Pisau yang berada di tempatnya mahu dicapai. Tapi ada tangan lain yang mencapai pisau itu terlebih dulu.

Rai memaling.

Air liur di telan kasar.

"Aar... Ariqq"

"Yes? Miss me darling?" Soal Ariq romantik.

Kek bulat di hadapan Rai di tarik dan dipotong.

"Ariq, pergilah sana. Nanti diorang syak lain" kata Rai. Pisau di tangan Ariq cuba untuk di ambil.

"Nope. Let me do this" halang Ariq pula. Pisau yang digunakan diangkat tinggi.

Apabila Rai sudah penat untuk mencapai pisau yang tinggi itu, Ariq menurunkan semula pisau itu dan menyambung memotong kek. Rai pula menyediakan gelas di atas dulang.

"Kek ni you yang buatkan?" Tebak Ariq

"Mana tahu?"

"I tahu kek coklat ni you yang buat. Sebab you suka kek ni dan you sanggup belajar buat benda ni semata mata nak simpan duit sampai lupa yang suami dia ni kaya siap mampu beli kedai kek tu juga." kata Ariq

Rai terdiam. Tidak boleh di nafikan. Semua yang di katakan Ariq semua benar belaka.

"Rai"

Rai menoleh.

Hidungnya yang di hiasi krim coklat itu diperhati.

"Ar... umphhhh.. umphh.. umph..."

"You nak diorang dengar ke you jerit? You nak I bagitahu diorang yang you wife I? You dah sedia ke?" Soal Ariq. Tangannya yang menekup mulut Rai ditarik kembali.

Rai terdiam tidak terkutik.

"You tak sayangkan I lagi ke?"

Rai memandang Ariq.

"You kata you tak nak jumpa I. Tapi takdir yang bawa I ke sini. I tak sangka pula adik you akan jadi adik ipar I" sambung Ariq.

"Please Rai. Forgive me!" Rayu Ariq.

Tangan isterinya dikucup. Masih halal ok.

"Bagi I masa Ariq." perlahan lahan air matanya jatuh.

"As you wish" kata Ariq. Air mata isterinya diseka serta coklat yang masih tersisa di hidung. Dan berlalu pergi.

Rai menarik nafas dalam. Dulang yang disediakan makanan dan minuman yang telah siap di angkat. Sekali lagi nafas ditarik. Lauk pauk yang sudah siap diletakkan ke dalam mangkuk dibawa dibantu Riana yang baru tiba. Kelihatan Erina bersama Ariq.

'Kita ada peluang bersama' getus hati Rai.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now