Kesemuanya sudah terjawab. "Minah ni mesti keluar lepas tu lupa number pin..." Helaian kertas itu telah memberitahunya segalanya.

Oleh itu, satu masalah Namjoon sudah selesai. Sekarang dia berbalik kepada masalah utamanya, dimana si Min Young pergi?

Beberapa minit dia berdiri di luar bangunan apartmentnya. Otaknya giat berfikir. Akibat ralit sungguh berfikir, perut sang jejaka berbunyi. Dia kelaparan.

"Haissh, perut. Time macam ni pulak kau nak berbunyi......" Namjoon pun dah pandai bercakap dengan anggota badan sendiri.

Semalam dia langsung tidak mengisi perutnya, dia terlalu sibuk memikirkan check up si MinMin.

Tidak pernah dia terlepas akan melihat anaknya, adakah disebabkan egonya dia mahu merosakkan rekodnya sebagai bapa?

Banyak kali hatinya memujuk untuk pulang ke pangkuan Min Young tapi dia tolak sekerasnya. Tugas suami untuk mengajar sang isteri erti ketulusan dalam rumahtangga.

Bukan susah pun apa yang Namjoon inginkan, dia cuma mahu jadi tempat sang gadis berpaut. Tempat si gadis untuk mengubah dirinya kearah yang lebih baik.

Peluang hanya datang sekali, jika bukan Namjoon yang mahu tolong Min Young, siapa lagi?

Tiada......

Cukup dengan apa yang dia baru tahu tentang kisah silam Min Young dari data yang diberi oleh Jackson. Cukup.

"Ni data yang kau mintak aku carikan...." Fail yang dihulurkan oleh Jackson dicapai.

Setiap yang tertulis Namjoon hadam ke dalam otaknya.

"Min Young, sekolah sampai umur 12 je!!!!??" Membulat mata Namjoon.

"Sorry sampai situ je data yang dihantar lepas tu dia macam orang mati. Takde khabar berita lepas tu......" Jelas Jackson.

Makin kuat pula perut Namjoon berkeroncong. Kelaparan mengambil alih akan perasaan kerisauan kerana kes hilangnya Min Young.

"Lantak sana lah minah tu!!! Aku lapar!!!" Bisikkan makhluk di telinga kirinya lebih kuat.

--------------------------

Namjoon terus lupa diri apabila dapat memenuhkan perutnya yang dari tadi membingit. Dalam nikmatnya, datangnya kesengsaraan.

Namjoon tersedak teruk kerana garfu yang digunakan tersentuh anak tekaknya. Terbatuk-batuk seorang diri sang jejaka di meja makan.

"T-T-Tu suara Min Young............" Kim Namjoon, habis tersedak disebabkan terdengar suara si isteri yang hilang.

Mencari-cari punca suara si gadis dari setiap sudut restoran. Sedaya-upaya dia menyorokkan wajahnya dari sang isteri sebaik sahaja dia nampak Min Young yang berdekatan.

"Kau lapar kan???? Kau nak makan apa???" Seorang gadis yang duduk berhadapan Min Young menyoal.

Namjoon mendengar dengan teliti setiap berbualan Min Young dengan gadis entah mana dia jumpa.

Namjoon memerhatikan riak wajah Min Young, Min Young kelihatan ragu-ragu akan pelawaan si gadis.

"Takpelah. Aku taknak makan...." Sang suami kenal sungguh dengan si isteri, sah Min Young sedang menipu.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now