Ya Allah, sahur!

Irdina tepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa ni? Dia mengejutkan Nazran. Berkali-kali dia menepuk dada Nazran.

"Abang, bangunlah. Kita nak sahur ni." Tak bangun juga Nazran sebaliknya dia mengambil bantal peluk lalu peluk dan tidur dengan nyenyak.

Tak boleh jadi ni. Irdina terus ke dapur untuk mencari alternatif yang lain. Di kabinetnya dicari sesuatu yang ringkas dan pantas untuk memasak. Maggi kari.

Dia mengambil bungkusan maggi kari. Jadilah. Buat alas perut. Daripada takde apa-apa. Nak menanggung gastrik?

Masukkan maggi, masukkan serbuk maggi tersebut dan pecahkan telur. Sudah. Dia segera menghidangkan di atas meja.

"Abang! Jom turun bawah. Sahur!" Laung Irdina. Semenjak jadi anak kepada dua orang anak ni, vokal suaranya mengalahkan Misha Omar. Tak payah pergi kelas vokal. Dekat rumah dah siap dengan pakej latihan menjerit apabila anak tidak dengar cakap.

Nazran dalam keadaan mamai turun ke bawah untuk sahur. Dipegangngya pemegang tangga itu sehingga ke bawah.

Mereka segera duduk membaca doa makan. Irdina sibuk dengan menuang air. Nazran pula tersengguk-sengguk makan dalam keadaan mengantuk.

Irdina minum air. Diambilnya garfu untuk menyuap maggi ke dalam mulut. Tetapi,

Allahhuakbar, Allahhuakbar!

Laungan azan yang berkumandang itu mematahkan semangat mereka untuk bersahur. Mana taknya, dah tak boleh makan. Irdina dan Nazran hanya mengeluh sahaja.

"Sayanglah ni, kenapa tak kejut abang bangun awal?" Nazran menjengilkan matanya.

"Amboi, Dina bangun ni cukup bersyukur. At least, abang dapat telan seteguk air. Dina terbangun pukul lima. Takkan tu salah Dina?" Pergaduhan bakal bermula.

"Eh, lain kali kunci jam pukul tiga pagi. Senang nak masak nanti. Yang pergi kunci jam pukul lima kenapa?"

"Eh, salah abanglah tak kejut Dina!"

Ewweeerrrrkk (bunyi tangisan bayi. Bukan muntah ye)

"Tengok, Hazran dah bangun dah!" Irdina dengan pantasnya naik ke atas untuk menyusukan Hazran. Nazran pula menggaru kepala. Bila nak bergaduh dengan perempuan, memang tak ada chance lah kau nak menang.

~~~

BAGASI-BAGASI ditolak keluar oleh Nazran. Mereka pun sudah bersiap untuk pindah ke rumah. Memandangkan Irdina digantung kerja sebulan, mereka bercadang untuk berpindah ke Shah Alam selama sebulan. Lagipun Nazran
ada urusan di HQ Megah Holdings.

"Aira, let's go! Kita dah nak gerak ni!" Panggil Irdina sambil menggendong si kecil, Hazran. Nasib baiklah Hazran tidak banyak ragam hari ini. Kalau tak, dia punya nangis tu, masyaAllah! Tak boleh bawak pujuk. Perangai ni mesti turun dari Irdina ni.

Mereka sudah keluar dari rumah. Nazran mula mengunci pintu. Irdina pula memasukkan anaknya ke dalam kereta. Hazran diletakkan di babysit. Aira pula dipakaikan tali pinggang untuk tujuan keselamatan.

Nazran menolong Irdina dengan mengisi bagasi-bagasi untuk masuk ke dalam bonet kereta. Usai sahaja, mereka masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke destinasi seterusnya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now