Bab 33

12.3K 387 0
                                    

Naurah, Nazran dan Datin Najihah duduk di ruang tamu. Semuanya melayan perasaan. Irdina pula membuat air. Dugaan mereka lalui ini sangat berat iaitu orang yang tersayang sudah tiada. Apakan daya, sudah takdir.

"Naz." Panggil Naurah. Nazran menoleh ke arah kakaknya.

"Naz pun tahu yang Megah Holding tengah maju sekarang ni. Kak Naurah dengan papa yang uruskan. So, papa dah tak ada. Naz gantikan tempat papa eh." Cadang Naurah.

"Yelah Naz. Lagipun, Naurah tengah mengandung. Takkan nak bagi kakak kamu stres dengan kerja-kerja dekat ofis. Dia pun perlu berehat."sokong Datin Najihah.

"Hanya Naz je yang boleh gantikan tempat papa." Rayu Naurah.

"Naz tak tahu lagi lah. Naz fikir dulu." Kata Nazran. Dia meminta diri untuk berehat di bilik.

Apabila Nazran terserempak dengan Irdina, dia tidak layan Irdina. Irdina mula hairan. Mengapa jadi begitu? Mungkin dia penat.

Irdina terus menatang dulang untuk dibawa ke ruang tamu. Melihat kakak ipar dan mak mertuanya sudah pun dapat jawapan. Terkenang lagi kot kenangan dahulu.

Irdina menuang air ke dalam cawan lalu dihidangkan kepada mereka. Datin Najihah merasakan yang Irdina menyorok sesuatu.

"Dina." Panggil Datin Najihah.

"Ya, ma." Sambut Irdina dengan senyuman.

"Jangan ambil hati dengan Naz. Esok lusa, dia okaylah tu. Sabar je." Nasihat Datin Najihah. Irdina cuma tersenyum.

Segala apa yang terjadi membuatkan Irdina pelik dengan perangai Nazran. Mood dia swing. Sekejap okey, sekejap tidak. Dia pun tak faham. Tapi itu terjadi disebabkan dugaan yang dilalui. Semoga bertabah, abang.

~~~
Nazrqn termenung melihat langit di balkoni. Melihat langit yang gelap. Sudah lama dia tidak melihat langit pada waktu malam. Dagunya ditongkatkan. Kusut fikirannya. Rindu dia pada papanya dan yang terbaru tugas Dato' Azhar yang dahulu perlu dipukul olehnya. Sungguh dia tak menjangkakan jadi sebegitu.

Irdina yang melihat Nazran termenung terus menyergah Nazran daripada belakang. Dia sengaja untuk buat mood Nazran happy. Terus dia mencucuk pinggan Nazran. Secara automatik, Nazran berdiri tegak.

"Sayang ni, sengaja buat abang terkejut." Nazran tersengih.

"Hah, kan dah senyum. Macam nilah baru Nazran." Irdina mengusik.

"Abang." Panggil Irdina.

"Ya." Nazran menyahut.

"Dina rindukan abang." Ucapnya dengan syahdu.

"Abangkan ada dekat depan sayang."

"Bukan."

"Habis tu?"

"Dina rindu abang yang suka bergurau dengan Dina. Yang suka usik Dina. Dina rindu sweet talker Dina ni." Ucapnya. Nazran juga sedar yang dia kurang memberi perhatian kepada Irdina.

"I'm so sorry sebab abang kurang bagi perhatian dekat sayang. Sayang terasa hati dengan abang ke?" Nazran sudah serba salah.

"Sayang faham yang abang ada problem sekarang ni. It's okay lah. Yang penting abang ada dekat depan mata Dina."

"Kalau satu hari nanti abang tak ada, macam mana?" Irdina sudah pelik. Mengapa soalan ini timbul pada malam-malam ni?

"Kenapa abang tanya soalan macam tu?"

"Untuk persediaan. Macam sayang kata, lumrah manusia setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sayang masih setia dengan abang?" Tanya Nazran.

"Mestilah sayang setia dengan sayang. You know what, abang lah cinta pertama dan terakhir dalam hidup sayang." Nazran terkedu.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now