Bab 14

16.3K 539 2
                                    

Empat bulan sudah pun berlalu, jadi hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk persiapan. Dari segi pelamin, gaun pengantin, catering, doorgift dan lain-lain sudah pun diuruskan oleh kedua-dua pihak. Tinggal edaran kad jemputan sahaja belum.

Majlis akad nikah dilangsungkan di rumah keluarga Irdina, di Kedah. Hanya berlangsung majlis akad nikah sahaja tanpa majlis bersanding dan itu atas permintaan Irdina sendiri. Bagi pihak lelaki pula, majlis bersanding diadakan di sebuah hotel di Shah Alam. Walaupun dibantah keras oleh Irdina dan Nazran bahawa mereka tidak mahu bersanding, tetapi Datin Najihah mahu melihat anak bongsunya bersanding.

Pada pagi ini, Irdina seperti biasa dengan tugasan pertamanya morning round. Usai sahaja morning round, Irdina terus sahaja mengatur langkah untuk pergi ke bilik kerja Hani. Dia mengintai di bilik Hani. Takut dia ada patient. Dia melihat Hani membuat kerjanya. Eloklah time ni aku masuk.

"Assalamualaikum, Hani." Irdina memberi salam.

"Waalaikumussalam, Dina. How are you?" Prihatin Hani.

"Fine. Actually, I have something for you." Kata Irdina.

"What?" Soal Hani.

Irdina mengeluarkan sampul yang di sembunyikan di belakang tubuhnya. Dia menghulur sampul itu ke arah Hani. Hani mencapai lalu membuka sampul itu. Kad jemputan perkahwinan. Kad itu tertera nama Dr. Nazran bin Dato' Azhar dan Dr. Irdina binti Adam. Hani terkejut.

"Congrats beb. Finally, kau kahwin with your patner." Ucap Hani.

"Thanks. Aku tak expect pun kahwin dengan patner 'sekerja' aku." Kata Irdina.

"Itulah jodoh namanya. Well, aku harap sama jodoh aku macam kau lah. Kahwin dengan patner sendiri."

"Gatal eh kau. Aku bagi tahu Iskandar kang! Baru tahu."

"Janganlah. Pecah rahsia aku nanti." Larang Hani.

Irdina terkejut. Mulutnya yang ternganga ditekup oleh tapak tangan.

"Kau suka Dr. Iskandar?" Soal Irdina.

"Janganlah kuat-kuat. Nanti orang dengarlah."

"Kau tak bagi tahu lagi dekat dia?" Soal Irdina.

Hani mengangguk.

"Kalau macam tu, bagi tahu dia cepat-cepat. Nanti senang. Kita naik pelamin sama-sama. Jimat bajet."

"Ish kau ni! Aku ada weeding dream aku sendirilah."

"Hahaha. Oh ya! Kau jadi pengapit aku eh?"

"Okay. Anything for you." Kata Hani.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang mengintai dan mencuri dengar apa yang mereka diperbualkan iaitu Iskandar.

Irdina meminta diri untuk menyambung tugasnya. Dia orang kalau berborak setahun pun tak habis.

~~~
Nazran menuju ke bilik kerja Iskanadar. Dia mendekati Iskandar yang tersenyum angau. Apa kena dengan mamat ni pun Nazran tak tahu.

Nazran mengambil tempat di hadapan Iskandar. Iskandar yang dari tadi tersenyum tidak sedar pun.

"Hoi!" Sergah Nazran.

Iskandar terkejut dengan sergahan dari Nazran. Rasa nak gugur jantung ni. Iskandar yang dari tadi mengurut dada sambil menyumpah seranah dengan perbuatan Nazran. Nazran yang dari tadi hanya gelak sahaja mengambil tempat di hahdapan Iskandar.

"Kau ni, tersenyum-senyum. Kenapa?" Soal Nazran.

"Mana ada aku senyum." Kata Iskandar sambil membetulkan tali lehernya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now