Bab 22

15.3K 489 13
                                    

Bagasi pakaian orang tua Irdina ditolak oleh Nazran. Puan Iffah dan Encik Adam sudah pun bersiap sedia untuk pulang ke rumah mereka.

Selesai sarapan, mereka pergi ke arah pintu utama banglo. Mereka bersalaman antara satu sama lain. Irdina dan Puan Iffah melaga-lagakan pipi mereka. Biasalah perempuan.

"Naz, jaga anak perempuan ayah ni. Anak ayah ni dah duduk jauh dah." Nasihat Encik Adam.

"Insyaallah, ayah. Naz akan jaga Dina dengan penuh kasih sayang." Balas Nazran sambil merangkul pinggang Irdina.

"Nanti kalau ada masa lapang, baliklah Kedah." Pelawa Puan Iffah.

"Kalau kita orang free, kita orang balik ye ibu." Balas Irdina.

"Kami balik dulu ya. Assalamualaikum." Ucap Encik Adam.

"Waalaikumussalam." Jawab pasangan itu.

Nazran memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta kepunyaan Encik Adam. Tidak lama kemudian, kereta pacuan empat roda milik Encik Adam keluar dari kediaman banglo Nazran dan Irdina.

~~~
Irdina mengeluh. Mundar-mandir dia di dalam banglo itu. Tiada apa mahu buat. Orang tuannya sudah pun keluar tidak sampai sejam tetapi dia sudah pun bosan. Sungguh bosan. Nazran? Dia buat hal dialah dekat bilik. Drama? Yes, drama.

Irdina berlari anak ke ruang tamu. Alat kawalan jauh dicapai dan menekan butang buka. Jarinya menari di atas alat kawalan jauh itu. Sekejap saluran itu, sekejap saluran ini. Ya, memang terbukti yang tiada drama yang best di pagi hari.

Nazran yang baru turun dari tangga melihat gerak-geri isterinya. Muka nampak macam bosan sangat tu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Irdina.

"Pishang sangat kau ni." Kata Nazran.

"Memang tengah pishang sangat ni. Kalaulah ibu stay dekat sini, tak adalah pishang teruk sampai macam ni." Keluh Irdina.

"Nanti kita free, kita baliklah." Pujuk Nazran.

"Haih, rindunya bebelan dia." Luah Irdina.

"Dia orang belum lagi sampai Kedah, kau dah rindu. Kentalkan sikit hati kau tu." Nasihat Nazran.

"Mesti awak happykan? Mama awak dekat je dengan awak even kita duduk rumah yang berbeza."

"Dekat apanya? 30 minit baru sampai rumah mama. Tu belum campur dengan jammed lagi."

"Itu minit. Saya? Berjam-jam tau."

"Eleh kau ni, sebelum ni tak apa-apa pun. Elok je. Eh jap, apasal tiba-tiba mengada ni?"

"Saya rindu ibu dengan ayah."

"Lagi?"

"Saya tak ada tempat nak bermanja macam ayah. Saya tak ada ibu macam dia selalu masakkan makanan favourite saya, dengar luahan perasaan saya."

"Siapa kata kau tak ada tempat bermanja? Depan kau ni." Kata Nazran sambil jarinya ditudingkan kearahnya. Irdina tersentak akan jawapan Nazran. Dia menatap wajah Nazran.

"Dina, I'm your husband. Sejak lafaz akad nikah lagi, aku tempat kau luahkan perasaan kau, tempat bermanja kau. Pendek kata, aku ni tempat segala-galanya untuk kau." Ucap Nazran.

Irdina kaku. Dia kehilangan kata-kata. Wajah yang ditenung bercakap dengannya sebegitu? Betul ke Nazran ni? Ke dia demam? Tengok muka okey je.

"Kalau aku tak cakap pun, kau tahu, kan? Suami adalah peneman tatkala isteri sedih?"

"Tapi awak dingin. Hati batu." Seloroh Irdina.

"Siapa kata? Kalau aku hati batu, aku takkan biarkan kau baring atas dada aku semalam." Kata Nazran sambil tersenyum nakal.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now