Bab 63

15.6K 367 6
                                    

Irdina melihat Nazran yang hanya bermain i phonenya di atas katil. Sejak hari itu, Nazran pula yang tidak bertegur sapa. Dengan Aira boleh pulak bermanja.

Irdina hanya duduk disebelah Nazran. Dia mula mengambil majalah yang berada di meja tepi katil. Lagaknya seperti membaca majalah. Lakonannya kini bermula untuk mengetahui apakah motif sebenar dia bermogok.

"Nazran, awak tak kerja ke? Bukan apa, saya tengok awak ni macam kerja tak kerja je." Irdina memulakan bicaranya.

"Abang kerja lima hari seminggu, kan?"

"Awak tak kerja dekat Shah Alam ke?"

"Tak."

Irdina mengeluh. Dia letak majalah di tempat tersebut. Dia duduk menghadap Nazran. Dia pincingkan mata dan merenung ke arah Nazran. Nazran seperti tidak layan.

"Nazran." Panggil Irdina.

"Apa?" Matanya fokus di i phonenya.

"Nazran, cuba pandang saya." Arah Irdina.

"Nak cakap, cakap jelah." Mata Nazran meliar-liar di bilik. Dia tidak mahu menghadap Irdina.

"Ouh, time awak suruh saya, boleh pulak paksa saya. Time saya nak cakap dengan awak, awak buat tak layan eh." Sindir Irdina.

"Nazran, tolong jawab pertanyaan saya. Kenapa awak dingin dengan saya?" Tanya Irdina.

"Kenapa tanya abang? Dina patut tahu apa yang Dina buat tadi."

"Buat apa?"

"Tak ingat ke? Okay, biar abang ingatkan. Berborak dengan lelaki dekat restoran tadi. I think he's not your friend. It's your boyfriend. Am I right?"

"Bukan apa, tadi nampak macam mesra je. Macam dating. Gelak sana sini dengan lelaki lain. Tolonglah ingat status Dina." Sambung Nazran.

"Nazran, ni salah faham ni. Saya memang tak ada apa-apa dengan dia. Dia memang kawan saya je, Zariff."

"Ouh, so nama dia Zariff lah eh? Okay ke laki tu? Handsome? Dia dah lamar Dina?" Perli Nazran.

"Kalau Dina dah tak nak jadi isteri saya lagi, bagi je tahu abang. Kita pergi pejabat agama. Dina boleh tuntut fasakh atas perbuatan abang sebab tak bagi nafkah dekat Dina." Kata Nazran sebelum pergi beredar dari bilik itu.

~~~
Perang dingin bermula lagi. Irdina sudah mengeluh ke-sejuta mengenangkan nasib dia sebagai isteri. Anaknya pula selalu buat hal sendiri. Dia buntu. Macam mana nak pujuk Nazran ni?

Makan pun Nazran tak nak bersama. Selalunya, dia akan menunggu Irdina untuk makan bersama tetapi kali ini berbeza pula. Dia jarang makan di rumah. Jika dia lapar, dia akan ke restoran yang berhampiran.

Anaknya, Aira yang sudah rapat dengan Nazran itu tidak diendahkan Irdina. Layan tak layan saja. Terasa hati pun ada jugak sebenarnya.

Tinggallah dia. Mungkin ini kifarah buatnya di setiap kesalahan yang dia lalui.

"Eh, Dr. Dina!" Sapa Hidayah di kaunter jururawat.

"Eh, Dr. Dayah!" Sahut Irdina.

"Nak minta tolong sikit boleh tak?" Tanya Hidayah.

"Apa dia?"

"Tolong gantikan waktu oncall saya. Saya ada meeting masa tu. Boleh tak?" Rayu Hidayah. Irdina berfikir semula. Jika balik rumah, dia rasa macam penumpang walaupun itu rumah dia. Jadi, dia habiskan masanya di hospital saja.

"Bolehlah." Jawsb Irdina sambil tersenyum.

"Thank you. Next time, kalau doktor ada hal, saya akan ganti." Katanya seraya memegang tangan Irdina.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now