Bab 41

11K 349 7
                                    

"Terima kasih sebab bekerjasama dengan Megah Holdings." Ucap Nazran.

Hari ini, dia ada bertemu dengan kliennya di sebuah restoran. Klien dari syarikat NJ Holdings mahu bersama-sama bekerja. Mungkin, ini rezeki untuk mama, dan isterinya serta kakaknya. Projek kali ini dapat menguntungkan 10 juta. Tidak hairanlah Nazran tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan projek ini.

"Sama-sama. Semoga apa yang kita rancang akan berjalan dengan lancar." Kata Dato' Kamil.

Nazran mengangguk seraya senyum ke arah lelaki itu. Dia mula menyedut minuman yang telah dipesannya tadi.

"Saya balik dulu." Dato' Kamil meminta diri untuk beredar dari situ. Terus Nazran mengangguk.

Kini, tinggal dia sahaja di situ. PA nya tidak mengikut kerana dia cuti kecemasan. Jadi, pertolongan staf di dalam pejabat itu amat diperlukan oleh Nazran.

Dia membuka i phone. Dia mahu mendail isterinya. Puan Iffah sudah pun balik ke Kedah. Dia mahu isterinya rehat. Dan dia mahu mengajak untuk makan malam.

"Hello sayang."

"Waalaikumussalam."

"Amboi, perli abang eh. Assalamualaikum." Irdina menjawab salam itu.

"Sayang buat apa?"

"Tengah on the phone dengan abang lah." Ya tak ya jugak eh. Adoi Nazran. Soalan apakah?

"Pandai sayang bergurau eh. Malam ni sayang free tak?"

"Free. Kenapa?"

"Jom dating. Dah lama tak dating."

"Nak dating dekat mana?"

"Itu rahsia. Nanti kita jumpa dekat rumah."

"Allright abang."

Perbualan itu berhenti apabila Irdina dipanggil kerana kecemasan. Memang Nazran kecewa tetapi apakan daya. Kerja sebagai seorang doktor tidak boleh dihenti kerana perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

~~~
Irdina hanya memakai satu set blouse dan seluar palazo. Tudung shawl dililit dengan satu lilitan. Muka pula ditepek dengan foundation. Sedikit blusher serta maskara. Kening hanya disikat memandangkan keningnya tebal tetapi tidak seperti Elfira Loy. Sedikit pelembap bibir dan dah siap.

Dia menilik penampilannya di cermin dua ketiga kali. Setelah berpuas hati, dia mencapai sling bag yang dihadiahkan oleh Nazran. Tidak tahu macam mana sling bag ini boleh jadi kegemaran Irdina. Mungkin Nazran yang pilih. Sebab tu special.

Dia menutup pintu bilik selepas keluar lalu menurun tangga. Dia sudah nampak susuk tubuh Nazran yang setia menunggunya di tepi tangga.

"Dah siap?" Tanya Nazran. Walaupun sudah siap tetapi dia sengaja mahu tanya. Matanya juga terkesima dengan penampilan Irdina. Manis dan anggun.

"Siap. Jom." Irdina terus memegang tangan Nazran. Mereka keluar dari rumah banglo itu.

Perut kereta dimasuki oleh mereka. Enjin kereta dipasang. Tidak sampai lima minit, kereta itu sudah keluar dari halaman rumah mereka.

Sepasang mata mengintip mereka.

~~~
Seperti yang dijanjikan oleh Nazran, mereka singgah ke sebuah restoran yang ada di dalam pusat membeli belah. Rasa Irdina, dia mahu makan makanan thai. Jadi mereka menyinggah di Para Thai.

Pelbagai jenis hidangan sudah pesan. Antaranya, tomyam seafood, paprik, siakap masak thai dan sebagainya. Selera Irdina mahu tukar kepada selera Thai. Sedapnya!

Sementara menunggu makanan, Nazran merenung Irdina. Kali ini, Irdina lain sedikit. Cantiknya dua kali ganda. Cantiknya bini aku ni.

"Tenung sayang macam tu kenapa?" Tanya Irdina. Hairan pula Nazran membuat sedemikian.

"You look so beautiful, sayang." Ucap Nazran. Irdina menyorok senyumannya.

"Yelah tu."

"Ya sayang."

"Okay, kalau macam tu abang pun sama. Handsome. Kacak seperti Zul Ariffin walaupun abang tidak se sado dia." Gurau Irdina

"Amboi sayang, samakan abang dengan Zul Ariffin pulak. Abang selalu pergi gim kot. Tak berketak lagi ke badan abang ni?"

"Sikitlah. By the way, how's your work?"

"Good. Abang dah boleh catch up sikit. Tapi..." tergantung pula kata-kata Nazran.

"Tapi apa?"

"Tapi, ketiadaan sayang membuatkan abang hilang fokus untuk abang kerja. Setiap kali abang kerja di ofis, bayangan sayang selalu ada di hadapan abang. Abang bagaikan hilang arah tanpa sayang. Jika abang seorang doktor, pasti abang tidak akan jadi begini sebaliknya abang bertambah ceria apabila keberadaan sayang ada di setiap kali abang bekerja." Ucap Nazran. Fuh, dia ni nak tukar profesyen sebagai ahli sastera ke apa?

"Nak jadi ahli sastera negara ke?"

"Sayang ni, bukan nak hargai. Penat abang susun ayat." Nadanya seperti rajuk.

"Alah, janganlah merajuk. Nanti sayang merajuk, abang kena pujuk." Nazran sudah gelak. Bukannya senang nak pujuk Irdina. Dia perempuan dan tipikal perempuan itu mesti ada dalam hidup dia.

"Amboi, macam ugut je."

"Ye kot. Biar abang terasa ugutan dari sayang. Baru tahu macam mana nanti sayang tak ada dekat sisi abang."

"Menangis di bucu katil lah jawabnya." Nazran tergelak.

"I'm serious right now." Nadanya seperti tegas. Muka Irdina berubah menjadi serius.

"Sayang, abang janji abang akan setia dengan sayang. Kalau rumah tangga kita diuji, abang akan tetap setia dan percayakan sayang. Sebab abang tak boleh hidup tanpa sayang." Ucap Nazran dengan syahdu.

Terkedu Irdina mendengarnya. Seorang lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini adalah cinta sejatinya. Cintanya yang sebenar kini berada di hadapannya.

"Janji?" Irdina membuat pinky promise.

"Janji." Nazran membalasnya.

Tidak sampai lima minit, makanan yang dipesan telah pun sampai. Mereka mula membaca doa dan menjamu selera.

~~~
Puan Iffah merenung di luar jendela. Fikirannya kini melayang apabila dia mula teringat Maya. Maya, dia perempuan yang misteri.

Masih segar lagi difikirannya, pergaduhan Nazran dan Maya. Itu membuatkan dia runsing.

Dia seperti kenal dengan perempuan yang bernama Maya. Uh, jika diingati kembali kisah silamnya membuatkan dia pening kepala.

"Ibu!" Laung Isya.

"Buat apa tu?" Tanyanya.

"Tak ada apa-apa." Jawab Puan Iffah. Dia ingin menyorokkan supaya rahsia yang tersimpan ini tidak bocor.

"Isya baru balik ke?" Tanya Puan Iffah.

"Baru je. Ibu masak apa?" Isya baru sahaja balik dari USM. Seminggu juga dia bercuti kerana cuti sem.

"Asam pedas. Jom makan. Ibu pun nak makan." Pelawa Puan Iffah.

Isya mengambil pinggan lalu mencedok nasi. Puan Iffah pula menghidangkan lauk asam pedas yang baru dimasak tadi. Usai doa, mereka makan.

"Ibu baru pergi rumah Dina." Puan Iffah bersuara.

"Alaa ibu ni, kenapa tak ajak Isya. Isya rindulah dekat dia."  Isya kedengaran seperti merajuk.

"Kamulah. Cuti lambat sangat."

"Ibu, Isya sibuk dekat sana. Lagipun, Isya nak exam. Jomlah ibu, kita pergi Shah Alam. Isya nak jumpa dia." Ajak Isya.

"Tak payahlah. Nanti abang kamu dengan Dina tu balik sini."

"Bila dia orang cakap?"

"Semalam. Memang ibu nak jumpa dengan anak-anak ibu pun. Dah lama tak jumpa."

Isya mula senyum. Yeay, jumpa adik-beradik. Mesti best. Mungkin akan menjadi memori antara mereka. Dah lama tak jumpalah katakan.

Untuk siapa yang request, this is for you. Thanks sbb support. MDILY ni dah 13K readers. I love uolls!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now