Bab 40

12.3K 361 8
                                    

Puan Iffah meminta untuk tumpang solat asar di bilik tetamu. Ketukan pintu didengari oleh mereka di dalam. Nazran menawarkan diri untuk membuka pintu. Langkahnya menuju ke pintu utama untuk melihat siapakah tetamu tidak diundang.

Apabila pintu dikuak, muncul seorang manusia. Memang sesuai dengan gelaran 'tetamu tidak diundang'. Arghhh! Dia benci perempuan itu.

"How are you?" Tanya Maya. Senyumannya sinis.

"Assalamualaikum." Sengaja Nazran mahu memerli Maya. Maya mencebik.

"Waalaikumussalam." Jawab Maya.

"Siapa tu abang?" Soal Irdina. Dia menuju ke arah Nazran. Dia mahu lihat gerangan siapakah yang menekan loceng rumah mak mertuanya.

Maya.

"Ouh, sepasang suami isteri dah ada dekat sini. I tak tahu pulak you all ada dekat sini." Perli memang kerja part time Maya.

"Suka hati I lah nak ada dekat sini ke tak. And you, what are doing here?" Senyuman Nazran sinis.

"I nak jumpa aunty. Oh ya, sejak Nazran dengan you, Dina. Makin kurang ajar eh. So rude."

Irdina merengus. Dia siapa nak kata suami aku tu kurang ajar? Hello, kau tak ada hak tau!

"Cik Maya, tolong jangan buat kecoh dekat sini." Tegah Irdina. Dia masih lagi menghormati Maya sebagai tetamu. Maya menjeling. Jadi alim pulak.

"Apa bising-bising tu, Naz? Kenapa tak ajak ma..." terhenti kata-kata Datin Najihah apabila melihat figura Maya. Apa dia buat dekat sini?

"Maya buat apa dekat sini?" Tanya Datin Najihah.

"Maya nak jumpa aunty."

"Sebab apa?"

~~~
Maya menyisip air teh panas yang telah dibuat oleh Irdina. Masing-masing pandang dan menjeling. Menyampah bila perempuan ni bersama. Tak aman hidup.

Datin Najihah hanya diam sahaja. Mahu mencari apakah motif dia datang ke sini. Kali terakhir berjumpa, di majlis ulangtahun perkahwinan mereka.

"Aunty, Maya nak mintak maaf." Maya bersuara setelah keadaan sunyi.

Nazran memandang Irdina. Matanya terbeliak. Ini bukan Maya! Dia ni layak dapat anugerah pelakon paling terbaik lah!

"Kenapa Maya minta maaf?" Datin Najihah mula hairan. Mengapa dia perlu minta maaf?

"Atas kesalahan Maya dulu, mummy Maya. Maya tahu family Maya memang ada salah dengan family aunty." Maya akuinya.

"Cerita lama, Maya. Aunty pun dah lupakan semua kejadian tu. Aunty tak nak dah berdendam-dendam bagai. Buat hati jadi hitam."

"Aunty maafkan Maya?" Datin Najihah mengangguk sekali tanda memaafkan Maya.

Nazran pula menyampah tengok Maya. Mimik muka Maya itu boleh digambarkan bahawa Maya berlakon. Rasa mahu halau sahaja. Dasar hipokrit!

"So, dah minta maaf, kan? Apa kata you keluar je." Cadang Nazran yang mahu menghalau Maya. Walaupun secara terbuka.

"Naz, diakan tetamu. Kenapa Naz cakap macam tu?" Marah Datin Najihah. Dia berasa marah dengan anaknya. Baginya, walaupun Maya ada dalam kisah silam Nazran, perlu hormat dia. Jika tidak sebagai anak perempuan kawan lamanya tetapi hormatnya sebagai sesama manusia.

"Ma, takkan nak buat baik dengan perempuan macam ni? Seriously, ma?" Nazran mula berdiri.

Datin Najihah dan Irdina hanya mendiamkan diri. Irdina pula mahu menegah apa yang diperkatakan tetapi takut mencetuskan kemarahan Nazran, dia diam.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now