🍃Epilog🌹

5.7K 220 36
                                    

Tiba-tiba Mikael terpandang sehelai kertas di atas katil milik Humaira Az-Zahra. Pantas diambil sebelum membacanya.

Kepada abang Izz yang Maira sayang,

Assalamualaikum abang Izz. Abang Izz sihat? Maira minta maaf sekali sebab sejak akhir-akhir ni Maira dah abaikan tanggungjawab Maira sebagai seorang isteri. Kehilangan Isha cukup membuatkan Humaira sedih. Ditambah pula dengan tuduhan Amsyar.

Cukup perit untuk Humaira lalui semua ini. Dari kecil Isha dijaga oleh Humaira sendiri sehinggalah besar, tidak sangka ini yang Humaira dapat setelah menjaganya dengan lama. Humaira tidak berdendam dengan Amsyar. Humaira cuma terkilan sahaja.

Abang Izz nak tahu, semasa Humaira mengemaskan bilik Isha buat kali terakhir, Humaira menjumpai beberapa biji ubat yang berada di bawah bantalnya.

Dan ketika itu Humaira tahu selama Humaira menjaganya, dia langsung tidak menyentuh ubatnya sendiri. Humaira kesal dengan diri Humaira sendiri yang tidak pandai menjaga Isha sepenuhnya.

Humaira merayu kepada abang Izz, jangan bagitahu perkara sebenar kepada Amsyar. Humaira menganggap perkara ini hanyalah dugaan buat Humaira.

Abang Izz,

Humaira sebenarnya ada sesuatu yang ingin memberitahu abang Izz tetapi sebelum itu biarlah Maira luahkan perasaan Maira pada abang Izz sejak pertama kali abang Izz masuk ke dalam dunia Maira setelah sah menjadi imam di dunia dan di akhirat serta di hati Humaira.

Abang Izz,

Pertama sekali Maira terpikat dengan mata abang Izz. Coklat cair memang kegemaran Maira sejak dulu lagi. Ingat tak pertama kali abang Izz sambut Maira ketika Maira jatuh dari pokok mangga?

Sejak dari hari tu, mata abang Izz itulah menjadi igauan Maira. Bak kata orang, cinta monyet. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Asyik mengingatkan abang sahaja.

Pernah sekali Maira tanya dekat nenek, siapa lelaki yang selalu datang rumah bagi kuih tu. Nenek kata, itu cucu mak Senah. Budaknya baik walaupun nampak sombong. Hahaha waktu tu Maira rasa nak gelak bila nenek sebut perkataan sombong...

Sebab masa abang Izz tolong kita hari tu tak nampak pun sombong. Setiap malam Maira ingatkan abang Izz. Bibir ni tak lekang dari senyuman setiap kali wajah abang Izz menjengah ke alam mimpi.

Sehinggalah Humaira besar, Humaira masih lagi mengingati abang Izz. Humaira tidak meluahkan isi hati ini kepada sesiapa mahupun kepada ibu dan abah.

Lagi Maira terkejut apabila Maira dikahwinkan dengan anak jiran nenek Maira sendiri. Walaupun sebenarnya Maira tak tahu Maira kahwin dengan siapa. 

Tak sangka rupanya wajah imam Maria inilah hero dalam kisah hidup Maira. Dan waktu tu Maira bertambah suka dan gembira mendapat khabar itu. Dua kali kita bertembung bukan? Hahaha kenangan manis.

Sepanjang hidup dengan abang Izz, hidup Maira sering dimanjakan dengan kebahagiaan. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan Maira peluang untuk hidup sebegini.

Mesti abang Izz tertanya-tanya kan kenapa Maira kata macam ni? Kenapa Maira jauhkan diri daripada abang?

Sebernanya... kalau abang Izz nak tahu. Baca sahaja abang Izz di bahagian surat ini, Maira sedang menjalani pembedahan untuk membuang kanser yang semakin merebak di bahagian kepala Maria iaitu di bahagian otak.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Where stories live. Discover now