🍃 Bab 7🌹

3K 161 13
                                    

Adeela POV

Usai solat subuh, Aswad terus menghilang. Aku tidak sempat hendak mencarinya kerana mak meminta aku menolongnya memasak nasi lemak untuk sarapan pagi.

Selesai masak, aku terus mencari dia. Rupanya dia tengah berdiri di atas batas sawah. Pandangannya sudah dilemparkan ke tengah sawah yang menghijau.

Apa agaknya yang sedang dia fikirkan?

"Selamat pagi, encik." Aku sapa dia dari belakang. Dia tidak toleh mahupun mahu menjawab sapaan aku. Tetapi aku nampak dia menghela nafas panjang. Mungkin selesa bersendirian.

Jadi aku ambil keputusan untuk tinggalkan Aswad.

"Eela..."

Tiba-tiba aku dengar dia memanggil nama aku. Terus aku menoleh ke belakang.

"Ya, encik Aswad."

"Ada basikal?" Jap... dia tanya apa?

Aku pandang tepat ke anak matanya. Betulkah dia sebut perkataan basikal? Biar betul ni?

"Eela, saya tanya awak ni! Ada basikal ke tidak? Jangan pandang mata saya lama-lama, gugur iman saya."

Eh? Astaghfirullahalazim. Mata aku dah tak suci. Berdegup laju jantung aku dengan teguran gurau dia itu.

"Ada, kenapa? Encik Aswad nak naik basikal pulak ke?" soal aku. Buang tabiat ke dia ni? Ke otak dia tu dah terputus disebabkan masih takut dengan hantu semalam? Eh macam tak logik je!

"Boleh juga," jawabnya ringkas.

Aku pandang lagi muka dia. Seriously?

"Janganlah buat muka toya macam tu. Awak ingat saya tak tahu naik basikal ke?" sindirnya.

Aku mencebik bibir. Ada pula muka aku yang cantik ni disamakan dengan muka yang erghh... Apa-apa jelah.

"Manalah tahu, kut-kut otak encik Aswad tu dah terputus disebabkan 'kejutan' cik Ponti semalam!" sindir aku sambil tergelak melihat tingkahnya. Tidak mahu mengaku kalah rupa-rupanya.

"Eh tengok kaki lah, mestilah saya pandai. Bukan macam awak entah-entah tak tahu naik basikal," bidasnya balik. See nampak sangat tak nak mengalah.

"Kalau encik Aswad nak tahu saya..."

Aku berjela seketika. Bibir mengulum senyuman lebar.

"Saya memang tak tahu naik basikal... hahaha."

Terus aku berlari ke bawah rumah dengan perasaan gembira. Kelihatan Aswad terpinga-pingga seketika sebelum menggeleng kepala melihat telatah aku.

Aku tarik basikal mak dan periksa angin tayar basikal.

"Encik bawa basikal ni. Mak selalu guna basikal ni..." kataku. Selepas itu aku bawa keluar pula basikal along dari bawah rumah. Sebenarnya aku pandai aje naik basikal. Sengaja je tadi.

"Eh, lagi satu basikal tu untuk siapa?" soal Aswad sambil memandang aku dengan riak wajah yang hairan.

Aku tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Untuk sayalah encik. Takkan untuk beruk sebelah rumah pula."

"Aik... tadi kata... "

"Bye encik Aswad," ujar aku sambil melambai ke arahnya. Cepat-cepat aku mengayuh meninggalkan Aswad keseorangan sekali lagi. Kejam kan aku? Hahahaha...

****

Aku terus naik ke rumah. Di ruang tamu, adik-beradikku masih bergelimpangan.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Where stories live. Discover now