🍃Bab 16 🌹

3K 140 11
                                    

Flashback on

"Nurul," panggil Eela dengan kuat sambil cepat-cepat meluru ke arah sahabatnya itu. Nurul menjongket keningnya sambil tangan kanan memegang beberapa helaian kertas.

"Tolong hantarkan fail ni pada encik ZulHamizal. Please..."

"Eh, kenapa pula?" soal Nurul lalu mengambil huluran Eela itu. Eela kelihatan seperti ingin cepat.

"Encik Aswad ajak Eela keluar. Encik ZulHamizal nak sekarang fail ni. Okaylah Eela pergi dulu. Jangan lupa tingkat lapan."

Belum sempat Nurul ingin bersuara lagi, Eela sudah pergi dengan cepat. Dia menggeleng-geleng kepala. Pantas dia menekan butang lift yang berada di situ. Nampak sangat tak sabarnya di situ.

Sampai di tingkat lapan, bilik ZulHamizal di tujunya. Sempat Nurul mengerling jam yang berada di dinding itu. Hmm... time lunch. Haraplah Humaira Az-Zahra dapat tunggu dia sekejap.

Semalam Nurul tidak dapat berjumpa dengan Humaira Az-Zahra jadi dia merancang ingin berjumpa dengan Humaira hari ini.

Nurul mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu sebaik sahaja suara yang berada di dalam menyuruhnya masuk.

"Assalamualaikum encik, ini fail yang encik nak daripada personal assistant Encik Aswad," ujar Nurul dengan nada yang lembut sambil meletakkan fail berwarna merah itu di atas meja lelaki itu.

ZulHamizal hanya mengangguk kecil. Tiada langsung senyuman pada wajah lelaki itu. Dia tidak pun memandang figura yang menghantar fail itu.

"Saya minta diri dulu."

Belum sempat Nurul ingin keluar, tiba-tiba suara lelaki itu memanggilnya namun tidak dengan panggilan Nurul tetapi 'Eela'. Dia tidak memandang wajah lelaki itu, hanya berdiri tegak memandang pintu bilik ofis itu.

"Eela, awak salah fail ni. Saya kata fail yang encik Aswad rancang untuk dirikan rumah di Pulau Pinang. Saya nak fail tu."

ZulHamizal mula memandang gadis itu. Berkerut dahi ZulHamizal tatkala terpandang pakaian 'Eela' itu.

Pelik sedikit kerana baju yang dipakai oleh 'Eela' sepatutnya jubah berwarna sliver. Cepat betul 'Eela' tukar baju. Cantik pula tu.

Perlahan-lahan Nurul menoleh ke belakang. Terus bertukar wajah ZulHamizal melihat wajah gadis itu. Dia sangkakan Eela rupanya orang lain.

"Saya minta maaf encik. Eela tergesa-gesa tadi mungkin sebab itulah dia tersilap ambil fail."

Lembut sahaja nada Nurul itu sehingga mampu membuatkan ZulHamizal terleka seketika. Siapa gadis ini? Kenapa jantung aku ni berdegup laju?

"Encik?" panggil Nurul sebelum memandang pelik ke arah tubuhnya. Ada apa-apa yang tak kena dekat aku ke? Agaknya bentuk badan aku ternampak ke? Ya Allah... lindungi lah aku.

"Encik!" Sekali lagi Nurul memanggil tetapi kali ini dengan kuat. Bukan apa, Nurul tidak suka dipandang begitu. Rasa seram sejuk pun ada.

"Eh, sorry sorry. Awak ni budak baru ke?"

Melihat anggukan gadis itu, ZulHamizal tersenyum lebar. Pandang wajah perempuan tu buatkan dia hilang rasa stress. Kenapa ni? Apakah petanda ini? Benci pula bermain dengan persoalan semua minda ni.

"Nanti kalau Eela dah balik, suruh dia hantar fail yang saya kata tadi tu. Maaflah saya ingatkan awak ni Eela."

"Okay..." balas Nurul sambil mengambil huluran lelaki itu. Cepat-cepat Nurul keluar dari situ. Tidak mahu berlama-lama. Ada seseorang yang menantikan kehadirannya.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Where stories live. Discover now