🍃 Bab 12🌹

2.8K 154 20
                                    

Saat dia mendengar khabar bahawa Izz Eizwan Mikael sudah pun berkahwin. Dia menerima seadanya.

Sampai sahaja di Restoran An-Nissa itu, segalanya Mikael sudah menceritakan kepadanya. Dari pertemuan mereka di taman sehinggalah berkahwin kerana permintaan keluarga.

Emma Qaisara tersenyum nipis mendengar semua kata-kata Mikael itu.

"Saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin kita tiada jodoh. Alhamdulillah saya tak letak tinggi harapan saya terhadap awak."

Terkedu Mikael mendengar ucapan Emma itu. Tidak sangka, Emma menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia bermimpi ke? Kalau ya, tolong sedarkan dia...

Melihat Mikael yang kaku tanpa bicara itu menerbitkan lucu di hati Emma.

"Kenapa awak diam? Mesti awak tak percayakan? Awak jangan risaulah, saya bukan antagonis yang macam dalam TV tu. Lagi lagi antagonis yang macam drama Nur tu. Saya tahu dosa dan pahala," kata Emma lagi senada sebelum menghirup sedikit air jus oren yang dipesannya.

"Tapi..." belum sempat Mikael ingin berkata sesuatu, Emma Qaisara memotong lagi.

"Awak masih cintakan saya? Buanglah cinta tu Eizwan. Salah tau awak mencintai saya sedangkan ada yang lebih halal lagi untuk awak bercinta dengannya. Simpankan cinta awak ni pada Humaira. Dia lebih berhak memiliki cinta awak ni, dan bukannya saya."

Emma Qaisara membidas. Memang dia tidak pernah mengharapkan perhubungan antara dia dan Mikael itu lebih dari segalanya. Cukuplah peristiwa dulu yang mengajarkan Emma erti sebuah harapan.

Hanya Allah tempat Emma berkasih sayang. Saat mengenali Mikael, memang hatinya pernah ada mengatakan sayang tetapi tidaklah cinta yang hadir.

Mikael terkelu lidah. Tidak tahu mahu mengungkapkan apa lagi. Emma seperti tahu sahaja apa yang dia ingin katakan. Memang betul apa yang dikatakan Emma itu, dia masih cintakan Emma tetapi tidak sangka pula begini yang terjadi.

Entah kenapa di satu sudut yang paling jauh di dalam hati Mikael, terkesan dengan kata-kata Emma itu. Terasa!

"Masih terasa ke?" soal Emma sambil mengangkat kening.

Mikael tersenyum, kelat.

"Saya bukan apa, saya tak nak cinta kita ni berlandaskan kerana nafsu dan bukannya kerana Allah Taala. Tapi situasi sekarang ni awak dah kahwin, so biarlah cinta awak tu serahkan pada Humaira."

"Kalau awak dah kata macam tu, Insya Allah saya cuba untuk serahkan cinta saya ni kepada Humaira," jawab Mikael setelah lama mendiamkan diri.

"Pastikan kerana Allah Taala. Dia ditakdirkan untuk awak, dan dialah syurga yang awak cari Eizwan."

Mikael mengangguk perlahan. Sekali lagi, betul apa yang Emma kata. Humaira Az-Zahra, isteri yang ditakdirkan untukku dan dia syurga yangku cari selama ini.

Aku akan pastikan cinta dan sayang ini ku serahkan kepada Humaira setulus hati dan kerana Allah Taala. Terima kasih ya Allah, kerana kau telah hadirkan Humaira Az-Zahra untukku.

"So, kita boleh jadi kawan?"

Mikael tersenyum lebar sebelum mengangguk. Mereka pun mula berbual seperti biasa. Tiada lagi ayat cinta yang mulai terbit di bibir mahupun ayat rindu.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Surah Yasin, Ayat 36

***

Ummi Humaira Az-Zahra memandang lama ke arah luar jendela. Menanti kepulangan suami yang dicintainya itu. Seketika dia mengeluh perlahan.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ