🍃Bab 6🌹

3K 175 20
                                    

Hampir pukul dua belas tengah malam barulah semua masuk ke bilik tidur masing-masing. Hanya sebilangan sahaja yang tidur di ruang tamu.

Eela menyiapkan tempat tidur Aswad di dalam bilik. Selesai saja menyediakan tempat tidur, terus Adeela memanggil Ariff.

"Encik Aswad!"

Kali pertama tidak diendahkan. Kali kedua dipanggil lagi namun tidak menyahut.

Dia ingat aku panggil tiang ke apa? Inilah jadinya kalau terlalu borak rancak dengan ayah.

"Encik Aswad!"

Kali ketiga dia memanggil. Pun masih sama. Rancak berborak dengan ayah. Sabarlah duhai hati.

"Encik Aswad Anwar!" Tudiaa nama panjang Aswad aku sebut. Kali ini dia memandang aku. Ayah pun tumpang pandang aku.

Eela tersengih tatkala ayahnya juga turut memandang. "Sini kejap."

Aswad pun bangun lalu mendekati Eela. Dia menjongketkan keningnya bertanya 'kenapa'.

"Encik Aswad tidur dalam bilik. Saya dah sediakan tempat tidur encik Aswad," kata Eela sambil tersenyum nipis.

Aswad membalas senyuman Eela itu. Terasa kekok pula berduaan dengan Eela ini sedangkan ada saja yang lain di sekeliling mereka.

"Sekejap lagi saya tidur. Saya nak sembang dengan ayah."

"Hish, takkan lari manalah ayah saya tu. Macamlah hari esok tak ada," balas Eela dengan sedikit marah.

Bukannya dia suka sangat pun si Aswad ni. Masuk je dalam rumah Eela ni, semua orang suka dia. Ini tidak adil!

"Alaa biarlah bakal menantu sembang dengan ayah. Kamu cemburu ke Eela?" soal encik Salmadi sambil mengambil cawannya lalu bangun menuju ke dapur.

Membulat mata Eela saat mendengar ayahnya menyebut 'bakal menantu'. Dijelingnya tajam wajah Aswad itu. Aswad hanya tersengih-sengih.

Sah! Kerja dia...

"Encik Aswad kata apa dekat ayah saya? Sejak bila pula encik Aswad ni bakal suami saya? Encik Aswad ni memang suka sakitkan hati saya kan!"

Eela mendengus geram. Geram dengan perangai tak semenggah Aswad itu.

Aswad yang melihat wajah marah Eela, dalam dia mengulum senyuman. Tawa yang ditahan terletus.

"Merahnya muka awak, macam baru keluar dari ketuhar pulak!" sempat lagi Aswad menyindir.

"Hmph!" Eela merajuk laju kakinya menurun anak tangga bakoni rumah.

"Haih... comel pulak muka merajuk tu!"

Tiba-tiba Ariff menjerit kuat. Eela yang baru sahaja ingin masuk tidur terkejut lantas berlari anak ke ruang tamu.

"Encik Aswad okay tak?" soalnya cemas.

Tak semena Ariff terpeluk Adela akibat takut. Terkejut Eela dengan pelukan Aswad itu, terus ditolaknya kuat. Seram!

"Encik Aswad, ingat dosa lah!" marah Eela sambil berpeluk tubuh.

"Ee... Eela jom balik KL, kampung awak berhantu," tergagap Aswad memberitahu dengan wajah yang sedikit takut.

Berkerut dahi Eela ketika mendengar rintihan merepek boss dia.

"Apa Encik Aswad merepek ni?"soal Eela kemusykilan.

"Awak tengok luar jendela tu! Ada kak Ponti!"

Tika ini bulu tengkuk roma Adela berdiri. Walau bagaimanapun dia kena gagah untuk melihat keluar.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Where stories live. Discover now