🍃 Bab 15🌹

3.1K 156 5
                                    

Tok! Tok! Tok!

Ketukan yang bertalu-talu menyedarkan Nurul Asyikin daripada diulit mimpi. Dia menggosok matanya lalu memandang ke arah jam loceng yang berada di sisinya.

4.55 pagi? Siapa yang ketuk pintu pula ni? Bergegas Nurul bangun lalu membuka pintu bilik hotel itu. Tidak dilupakan juga tudungnya itu.

"Eh, encik ZulHamizal... ada apa eh pagi-pagi ketuk pintu saya ni?" soalnya sambil menggosok matanya. Masih dalam keadaan mamai lagi.

"Awak baru bangun ke?" soal dia tersenyum senyum memandang buah hatinya. Comel!

"Haah..."

"Ouhh, err awak nak tak teman saya sahur?"

"Hmm... okay."

Dengan masih mamai menguasai fikiran, Asyikin hanya mengiyakan sahaja sebelum dia menukarkan baju lalu menguncikan pintu ketika keluar.

Angin laut yang menerpa Asyikin membuatkan Asyikin berpeluk tubuh. Sejuk! Hotel ini berdekatan dengan pantai. Tudungnya yang ikut terbang hingga menampakkan dada cepat ditutup Asyikin.

ZulHamizal yang menyedari perbuatan itu, membuka kotnya lalu menyarungkan ke tubuh Asyikin.

Asyikin sedikit tersentak. Dah kenapa ni? Dia memandang wajah ZulHamizal dengan riak wajah yang hairan.

ZulHamizal tersenyum kecil.

"Tutup aurat awak."

Jawapan yang keluar dari mulut ZulHamizal itu membuatkan Asyikin sedikit terharu dan terkedu. Dia pun menyarungkan kot itu ke tubuhnya.

"Terima kasih," perlahan Asyikin mengucapkannya.

Sebaik sahaja sampai di dewan makan hotel itu Asyikin memberhentikan langkahnya tatkala melihat Amalia, Amsyar, Eela, Aswad, Humaira Az-Zahra, Mikael dan Isha sudah pun berada di situ. Terkejut.

"Jom..."

Asyikin mengangguk perlahan dengan senyuman simpul sebelum masuk ke dalam lalu duduk di sebelah ZulHamizal. Sebelah kirinya pula diduduki oleh Eela.

"Dah lama tak jumpa Lia. Lia sihat?" soal Asyikin memulakan bicaranya. Amalia mengangguk perlahan dengan senyuman lebar.

"Ni makanan mana? Kau tak order lagi ke Amsyar?" Pertanyaan Aswad itu dibalas jelingan tajam oleh Amsyar. Isha yang melihat keadaan itu tergelak.

"Tak sabar betul tunang kau tu Eela. Bila entah nak berubah," kata Amalia sambil menggeleng kepala. Lapar sangat tu.

"Hahahaha tak tahulah. Kau dengan Amsyar macam mana?" soal Eela sambil mengunyah keropok yang dibawanya.

"Humaira nak ke ladies kejap. Korang boraklah dulu. Isha, nak teman Ummi tak?"

Isha mengangguk laju sebelum Humaira Az-Zahra mendukung baby comelnya itu. Hilang sahaja tubuh Humaira daripada pandangan, ZulHamizal memanggil Mikael.

Mikael mengalihkan pandangannya memandang wajah ZulHamizal.

"Kenapa?"

"Kau dengan Humaira macam mana? Bahagia tak? Sharelah sikit bahagia kau tu."

Aswad yang mendengar pertanyaan ZulHamizal itu turut masuk campur. Kelihatan Eela sedang bersembang dengan Amalia dan Nurul.

Tidak mahu pula Aswad menganggu sebab itu hal perempuan.

"Ceqita lah Mikael," sokong Aswad dengan loghat utara. Sejak dia menjadi tunang orang utara ni, lidahnya suka mengeluarkan loghat utara.

"Yelah yelah, cek ceqita na. Hampa dengaq betui betui," balas Mikael dengan loghat utara juga. Memerli Aswad. Ingat dia tak tahu bahasa utara ke?

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] Where stories live. Discover now