🍃 Bab 11🌹

3K 152 20
                                    

Amsyar Akmal menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja tiba di Malaysia. Udara yang segar pagi itu membuatkan Amsyar Akmal sedikit nyaman.

Rindu semakin membuak-buak terhadap keluarganya termasuk Isha, anak gadisnya.

"Tuan Amsyar."

Amsyar Akmal mengalih ke belakang sambil tersenyum lebar. Dipandang wajah pemandunya yang kelihatan sedikit tua dengan uban yang mula tumbuh di kepala lelaki tua itu.

"Pak Man, makin segak nampak. Pakai jamu apa?" usik Amsyar sambil mengangkat keningnya.

Tergelak Pak Othman apabila diusik begitu. Dia menggeleng kepala dengan perangai majikannya yang suka mengusik.

"Tuan Amsyar ni, ada-ada saja. Pak Man mana ada pakai jamu. Itu untuk perempuan. Pak Man minum tongkat ali. Barulah kuat, bertenaga."

Kini giliran Amsyar Akmal pula yang ketawa. Pandai pemandunya membidas.

"Dah-dah, jomlah kita balik. Saya rindu sangat dekat anak gadis saya tu. Mesti dia gembira tengok saya."

Pak Othman mengangguk perlahan sambil bibirnya masih lagi tersenyum. Diambil beg beroda yang dibawa oleh Amsyar lalu diletakkan di belakang kereta. Amsyar membuka pintu kereta sebelum masuk.

"Isha, tunggu daddy... Daddy rindu dekat Isha."

Amsyar mengambil ipadnya sambil menekan ikon galeri. Gambar Isha yang sedang makan aiskrim di taman itu menjadi pilihannya untuk melepaskan kerinduan.

Wajah Isha mirip sekali dengan wajah isterinya, Dyra. Lesung pipit yang terbentuk tatkala Isha tersenyum membuatkan dia semakin rindu dengan arwah.

"Pak Man, kita ziarah kubur arwah dulu. Saya rindu dekat arwah."

Pak Othman tersenyum nipis sebelum mengangguk perlahan. Dia mengerti akan kerinduan tuannya itu. Sudah lama Tuan Amsyar tidak menjenguk kubur arwah.

***

Pagi itu, riuh rendah di dapur dengan suara rengekan Isha. Sudah banyak kali di pujuknya Isha itu namun masih degil.

Datin Zareena memicit kepalanya. Pening! Humaira Az-Zahra masih belum balik dari Johor. Kalau tidak boleh dipujuknya budak itu.

"Nanti tok mummy buatlah Isha. Tok mummy tak larat ni," pujuknya lagi sambil memegang tangan Isha. Isha menepis kuat.

Bibirnya dimungcungkan tanda merajuk. Kedua-dua kakinya menhentak lantai menunjukkan dia protes. Hai! Anak siapalah ni...

"Isha nak sekarang jugaa!!! Tok mummy tak faham ke?" marah Isha sebelum berlari keluar dari rumah itu. Kalau ikutkan dalam kartun Upin dan Ipin, kalau kak Ros marah dah bergegar satu rumah.

Tergeleng kepala Datin Zareena dengan telatah Isha itu. Siapa lagi yang ajar dia berperangai sebegitu kalau bukan Aswad.

Sementara itu, Isha yang baru sahaja keluar, terkejut melihat kereta Toyota Vios berwarna hitam masuk ke dalam perkarangan banglo itu.

Tersenyum lebar Isha apabila melihat wajah yang dirinduinya. Terus dia mendapatkan daddy kesayangannya.

"Daddy!" jerit kecil Isha dengan ceria. Terkedek-kedek dia berlari sebelum memeluk erat tubuh Amsyar Akmal.

Tergelak kecil Amsyar dengan Isha yang tiba-tiba sahaja menerpa ke arahnya. Didukungnya Isha itu sambil mengusap lembut rambut Isha.

Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT] حيث تعيش القصص. اكتشف الآن