✨Ninety

501 37 9
                                    

Usai sahaja menidurkan Soyoung, Wonwoo terus masuk kedalam biliknya kembali. Dia menghampiri Soojin yang sedang leka dengan komputer ribanya.

"Banyak lagi ke sayang?" Tegur Wonwoo. Bahu isterinya dipicit perlahan.

Soojin berasa selasa apabila Wonwoo memicit bahunya. Terasa semua penatnya hilang seketika.

"Sikit je lagi." Ujar Soojin.

"Okay. Saya tunggu dekat katil."

Soojin mengangguk.

Wonwoo terus masuk kedalam bilik air membersihkan diri sebelum ke katil.

15 minit kemudian, Soojin menutup komputer ribanya. Dipandang Wonwoo yang leka memandangnya dari tadi.

"Siap dah?"

"Dah." Laju Soojin mengangguk. Soojin terus naik ke katil duduk bersebelahan dengan Wonwoo.

Soojin berbalas pandangan dengan suaminya.

"Tadi Gyu mengadu dekat saya..."

Soojin menanti kata- kata Wonwoo. Mingyu mengadu tentang hal yang dibincangnya dengan Sera tempoh hari ke?

"Emm mengadu apa?"

"Dia kata ada orang tu nak luangkan masa dengan saya. Berdua! No Soyoung."

Soojin memejamkan matanya rapat. Dah agak dah!

"Betul ke sayang nak honeymoon dengan saya?"

Bibir diketap. Mahu sahaja dia menjawab nak tetapi dia malu.

"Nak lah ni kan." Duga Wonwoo apabila Soojin diam tidak menjawab.

"Emm awak tak busy ke?" Soal Soojin lambat- lambat.

"Apa lah sangat busy kerja dengan luangkan masa dengan wife saya ni." Wajah isterinya disentuh.

"Jadi boleh lah ni?" Soal Soojin teruja. Dibuang rasa malunya jauh- jauh.

Wonwoo mengangguk laju. Dia terus mencapai satu sampul surat yang terletak di tepi meja katil.

"Nah." Dihulur sampul itu kepada Soojin.

Soojin dengan terujanya membuka sampul surat itu.

"Won seriuslah?" Mulutnya ditekup tidak percaya.

Wonwoo tersenyum mengangguk.

"Suprise!"

"Thank you Won." Terus dipeluk tubuh suaminya. Dipandang lagi sekali tiket penerbangan ke Krabi, Thailand.

"Suka ke suka sangat?"

"Suka sangat! Sangat sangat!"

Wonwoo sudah tergelak.

"Nanti dekat sana saya nak request something boleh?"

"Apa dia?"

"Babies made in Krabi."

"Babies?" Tanya Soojin pelik.

"Yes babies. Saya nak lawan dengan Gyu."

"Mengada! Nak anak pun berlawan." Dicubit perut Wonwoo yang terdedah itu.

"Tak salah kan. Kalau sekarang pun boleh juga kan."

"Eee Won, awak ni memang kan." Laju tangannya membaling bantal kearah Wonwoo.

"Gatal sangat dia ni!"

Soojin tergelak. Dia bahagia sangat. Bahagia apabila Wonwoo sudah berada disampingnya.

"Sayang stop lah."

"Tak mahu." Terus dipukul tubuh Wonwoo dengan bantal.

✨✨✨

Bersambung...

Wish me luck okay guys untuk esok. Doakan saya dapat keputusan yang membanggakan, امين💕😙

[COMPLETED] DESTINY 운명 (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now