✨Two

628 57 7
                                    

Soojin melangkah masuk kedalam rumah. Begnya diletakkan diatas sofa.

Segera dia berlari kedapur apabila terbau sesuatu yang enak.

"Eh bila balik?" Tegur Wonwoo saat dia mahu mengambil bahan masakan didalam peti sejuk.

"Baru sampai tadi." Jawab Soojin. Dia menghampiri dapur gas. Dia pasti bau yang datang itu dari kuali yang sedang memasak sesuatu.

"Crab Kam Heong?"

Wonwoo mengangguk mendengarkan pertanyaan Soojin yang teruja itu.

"Sedapnya. Dah lama sangat nak makan ni." Belum sempat Soojin mencelupkan jarinya untuk merasa pantas tangan Wonwoo menangkapnya.

"Alah awak." Kecewa Soojin apabila Wonwoo melarangnya.

"Pergi mandi bersihkan diri dulu. Dah siap turun semula." Belakang badan Soojin ditolak keruang tamu.

"Alah nak rasa sikit."

"No! Mandi sekarang." Soojin akur dengan arahan Wonwoo. Begnya dicapai lalu berlalu ke bilik.

"Hentak lagi kuat kaki tu. Dah roboh nanti duduk tepi jalan." Makin melebar muncung Soojin saat diperli suaminya.

Masih terbayang Crab Kam Heong yang dimasak suaminya itu. Tak sabar dia mahu melahap semua itu.

✨✨✨

Bersambung...

Saya jumpa resepi Crab Kam Heong tu dalam pakcik google. Tak silap saya tu makanan seafood orang Cina🙌

Spam your love and comments!

Thank you💜

[COMPLETED] DESTINY 운명 (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now