BAB 44

7.5K 162 15
                                    

SELEPAS lama berteleku, Kyra bangun dari bangku batu itu dan meraup mukanya perlahan. Dia perlu segera balik keran majlis perkahwinannya akan diadakan beberapa jam saja lagi.

Dia melangkah untuk meninggalkan taman permainan itu namun dia terdengar satu suara yang menjerit meminta tolong. Sayup sayup saja suara itu kedengaran di telinganya.

Kyra mendekati semak samun di tepi taman permainan itu. Makin jelas suara itu kedengaran, Kyra seperti biasa mendengar suara itu tapi di mana ya? Kyra tak sedap hati, dia meneruskan langkah masuk ke dalam semak samun itu.

Terbeliak besar matanya apabila melihat tiga orang lelaki sedang cuba menanggalkan pakaian seorang perempuan yang sedang meronta ronta untuk melepaskan diri. Perempuan itu sudah diterlentangkan di atas tanah, tergapai gapai tangan perempuan itu dengan suara yang semakin lemah meminta tolong.

"Hey apa korang buat ni?! Kau lepaskan dia!" Jerit Kyra serta merta apabila sampai ke tempat itu.

Tersentak ketiga tiga lelaki itu sebaik sahaja mendengar suara Kyra. Ketiga tiga mereka menoleh ke arah Kyra.

"Lebih baik kau lepaskan perempuan tu." Arah Kyra sambil menuding jarinya ke arah perempuan yang masih meronta itu apabila tangannya masih dipegang dengan kuat oleh seorang budak lelaki berbaju t-shirt hitam dengan rambutnya diperangkan.

Lelaki berbaju t-shirt hitam itu terus memberi isyarat kepada dua orang rakannya.

"Daging muda beb. Apa lagi korang sapulah yang tu dulu nanti kita boleh tukar tukar." Kata lelaki yang berambut perang itu.

"Daging muda? Kalau korang nak rasa daging muda meh lah sini." Cabar Kyra. Dia tidak gentar sedikitpun kerana dia juga bukan tangan kosong. Dia pernah belajar silat beberapa tahun lalu. Masih segar lagi ingatannya langkah langkah yang dipelajari.

Tanpa menunggu lama lelaki berambut kerinting kulit sawo matang itu bersama dengan lelaki bermata sepet seperti muka cina sudah mengepung Kyra. Kyra berdiri tegak. Sebaik sahaja lelaki berambut kerinting itu mahu menarik tangan Kyra pantas pergelangan tangannya dicekak lantas terus dipulas ke belakang.

Terjerit lelaki itu dibuatnya manakala kaki kanannya sudah ditujukan hampir pada bahgian sulit lelaki itu.

"Kalau aku bagi sebiji penendang ni kat kau, alamat tak bermakna hidup kau sampai bila bila tapi bila dibiarkan pulak gatalnya bukan main!" Jerit kyra. Serentak itu dia terus melepaskan tendangan. Lelaki berambut kerinting kulit sawa matang itu terus hilang imbangan lalu jatuh tergolek.

Kawannya yang bermuka seperti cina itu sudah tidak puas hati melihat kawannya diperlakukan begitu oleh Kyra.

Dia terus menerkam Kyra dari belakang dengan tujuan untuk memeluk tubuh itu namun Kyra lebih tangkas.

Dia terus mengangkat sikunya sepantas kilat dan memusingkan separuh badannya lalu menyiku dagu lelaki bermuka cina itu hingga darah keluar dari mulutnya. Lelaki itu terus jatuh terjelepok menahan kesakitan yang teramat sangat.

"Aku kata lepas kan dia!" Kyra sudah menjerit sekuat hatinya.

Angin sungguh Kyra bila budak lelaki berbaju hitam masih lagi berusaha melampiaskan nafsunya. Perempuan yang sudah hampir separuh bogel dari paras pinggang ke atas. Nasib baik dia memakai seluar jeans waktu itu, jadi rontaannya itu menyukarkan lelaki itu untuk menanggalkannya. Kyra mendekati lelaki itu.

"Amani?" Kyra terkejut apabila dia ternampak wajah perempuan itu.

Kyra bagaikan tidak percaya bahawa perempuan yang hampir menjadi mangsa perkosa itu adalah perempuan yang amat dikenalinya. Patutlah tadi dia seperti biasa mendengar suara itu.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now