BAB 41

6.6K 153 9
                                    

"MUMMY, Harif tak faham apa yang mummy cakap kan ni? Kahwin? Siapa yang nak kahwin? Dengan keadaan Harif yang macam ni. Tak ada gunanya untuk sebut perkataan tu. Buat menyeksa anak orang saja nanti." Ujar Harif yang sedang berada di katil hospital dengan wayar yang menyelubungi badannya.

Harif begitu terkejut mendengar kata kata mummynya. Sebaik sahaja Puan Zayna datang melawatnya di hospital tengah hari itu, Puan Zayna begitu beria ria menyentuh mengenai soal kahwin dengannya.

Harif pelik. Tak kan mummynya tidak tahu keadaan penyakitnya ini. Tambahan pula jika ada perempuan sanggup menerima dirinya sekalipun, bukan perkara yang mudah untuk dia menerima nya. Tidakkah mummynya tahu yang cintanya hanya tercipta untuk Kyra? Tidakkah mummynya tahu betapa dia amat menyayangi Kyra?

Pasti Kyra tertanya tanya akan kehilangan nya. Seperti selalu kalau dia tidak dapat berjumpa Kyra setiap malam dia akan menelefon Kyra. Tapi, pada hari terakhir dia berjumpa Kyra dia diserang sesak nafas dan terus rebah. Nasib umurnya masih panjang kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi. Mungkin di kala ini mereka sedang sibuk di majlis pengumian nya.

Ini juga adalah sebab utama kenapa dia meninggalkan Kyra selama hampir 2 tahun dahulu. Puan Zayna mencuba sehabis baik untuk perubatan Harif di luar negara namun tiada apa yang berubah dan Harif mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia dan meluangkan masa bersama Kyra di saat saat akhir.

Harif sudah bersedia cuma jauh di sudut hatinya dia berharap sangat Kyra dapat menemui kebahagiaan sebelum dia pergi untuk selama lamanya. Harif sanggup mengorbankan segalanya untuk seorang gadis yang bernama Kyra Airyna.

"Jauh anak mummy ni mengelamun, ingat Kyra ya?" Teguran lembut Puan Zayna mematikan lamunan Harif.

"Pandai je mummy ni. Tak adalah mummy. Cuma rasa rindu je sikit. Kesian dia. Siapalah nak jaga dia kalau Harif tak ada nanti." Ujar Harif risau dengan keadaan Kyra jikalau dia sudah tiada.

"Harif, selama Harif tak ada di sisi Kyra, dia masih boleh berdiri atas kakinya sendiri kan? Melalui cerita Harif sebelum ni, Mummy yakin Kyra bukan seorang yang mudah lemah semangat. Kalau tidak takkan lah dia boleh bangkit dari kekecewaan lepas diceraikan oleh Nazrief. Harif sendiri ceritakan pada mummy betapa kuatnya dia bangkit semula dalam hidupnya." Pujuk Puan Zayna sambil mengusap lembut rambut anaknya yang semakin jarang itu.

Harif menarik tangan Puan Zayna. Dengan penuh kasih tangan mummy nya dicium.

"Mummy, boleh tak tunaikan permintaan terakhir Harif ni?" Soal Harif berharap.

Puan Zayna tidak terkata apa. Dia hanya mengangguk perlahan lahan.

"Kalau apa apa terjadi pada Harif, mummy jaga Kyra ya? Tolong jaga Kyra sebaik mummy jaga Harif. Sayangi dia sebagaimana mummy sayangkan Harif. Jangan bagi sesiapa buli dia eh, kesian dia mummy. Kyra tu anak yatim. Dia hanya ada mama dia. Mummy janji dengan Harif eh?" Sebak suara Harif mengucapkan kata kata itu.

Air mata Puan Zayna merembes keluar mendengar permintaan anaknya itu. Sayang betul anaknya itu pada gadis bernama Kyra Airyna.

"Ya sayang, mummy janji." Puan Zayna tersenyum buat anaknya itu.

Harif juga mengukir senyuman lega.

"Harif, apa kata Harif kahwin je dengan Kyra? Mummy pasti Kyra tak ada masalah kali ni. Mummy percaya, dulu tu dia tolak pinangan Harif sebab dia tak sedia nak kahwin tapi kali ni pasti dia takkan tolak." Ujar Puan Zayna tiba tiba dengan wajah ceria.

Harif mengerutkan keningnya.

"Kahwin dengan Kyra? Tak nak lah mummy. Harif bukan taknak sebab Kyra pernah tolak pinangan Harif dulu. Selama mana Harif dapat membahagiakan dia? Cukuplah dia menanggung derita bila ditinggalkan Nazrief dulu. Harif tak nak dia menanggung penderitaan sekali lagi bila Harif pergi untuk selama lamanya. Sekurang kurangnya kalau begini, manalah tahu Kyra akan jumpa yang lebih baik dari Harif. Harif rasa itu...." Belum sempat Harif menghabiskan ayatnya seseorang menyampuk.

"Tak ada mana mana lelaki yang mencintai saya sebagaimana tulusnya cinta awak pada saya." Ujar Kyra dengan suara teresak esak.

Rupa rupanya sedari tadi dia berdiri di luar wad. Kyra sudah mendengar segalanya. Yang paling menyentuh hatinya bila Harif begitu risaukan dirinya bila dia tiada lagi di dunia ini sehinggakan Harif sanggup meminta mummynya untuk menjaga dia dengan baik.

Harif terus bangun dari baringnya. Wajah Kyra dipandang.

"Why are you crying Kyra? Saya tak suka lah tengok awak keluarkan air mata. Saya nak tengok Kyra yang senyum selalu. Baru lah comel." Pujuk Harif sambil mengelap air mata Kyra yang sudah berada di sisinya.

Kyra tersenyum.

"Kyra, mummy nak tanya Kyra sendiri. Mummy nak lamar Kyra. Sudi tak Kyra jadi menantu mummy?" Tanya Puan Zayna secara tiba tiba.

Harif agak terkejut mendengar kata kata mummy nya. Harif menggelengkan kepalanya memberi isyarat kepada Puan Zayna.

Kyra memndang wajah Harif. Jika ditanya adakah dia mencintai Harif? Jawapan nya tidak sepenuhnya. Kyra mungkin boleh menyebut pada semua orang di luar sana yang cintanya pada Nazrief sudah lama berkubur tapi itu kata mulutnya bgaimana pula dengan kata hatinya.

Itulah kenyataannya sehingga kini cintanya pada Nazrief masih utuh lagi namun kelukaan yang masih terasa ini menyebabkan dia membekukan hatinya untuk menerima lelaki itu semula. Namun itu bukan bererti hatinya sudah terbuka menerima lelaki lain.

Tapi dengan Harif, bukan kerana kasihan dia berkahwin tetapi kerana dia nampak ketulusan hati Harif mencintainya dari dulu.

"Mummy Kyra tak ada masalah untuk jadi menantu mummy. Asalkan anak mummy sudi terima Kyra." Jawab Kyra ringkas.

Harif memandang muka Kyra seperti tidak percaya ayat yang keluar dari mulutnya.

"Kyra, saya pasti yang awak dah tahu pasal keadaan saya. Tapi ini bukan bererti Kyra perlu untuk terima lamaran mummy dek kerana kesiankan saya. Kyra dengar sini, walaupun hajat saya nak memiliki awak tak kesampaian namun cinta saya pada awak tak akan pernah berubah. Percayalah. Bukan ini yang saya nak. Bukan cinta ini yang saya harapkan dari awak." Ujar Harif panjang lebar. Dia tak mahu Kyra terima dia hanya kerana perasaan kesian.

"Tak. Saya bukan terima awak sebab kesian mahupun simpati tapi saya nak hidup dengan seorang lelaki yang benar benar cintakan saya." Ujar Kyra pula.

Lama Harif terdiam mendengar kata kata Kyra. Akhirnya senyuman terukir di bibir Harif.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now