BAB 31

6.1K 146 9
                                    

"SUDAH sudahlah mengelamun tu, kita dah sampai pun." Usik Liza sambil mencuit bahu Kyra yang mengelamun entah kemana itu.

"Dah sampai ke?" Cepatnya."

"Kau ingat kita ni pergi london ke? Kita pergi Singapore je. Tak sampai setengah jam pun." Jawab Liza sambil menggelengkan kepalanya.

Kyra hanya mendiankan diri tidak berminat pula untuk menjawabnya. Liza terus menarik tangannya untuk keluar dari pesawat itu. Takut sungguh Liza kalau dia masih meneruskan lamunannya di dalam pesawat ini.

Apalah dia ni macamlah kita ni kemaruk sangat nak naik kapal terbang sampai tak nak turun pula. Sabar ajelah. Bisik hati kecilnya.


BALIK sahaja dari airport Nazrief terus menuju ke rumahnya.

Loceng ditekan dan sebaik sahaja Nazrief ingin menekan loceng buat kali kedua, pintu pagar terbuka. Alia, Amani dan Nazrief masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah banglo itu Nazrief segera menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa diikuti oleh Amani dan Alia. Masing masing nampak letih. Duduk berjam jam di dalam pesawat, sungguh tidak selesa rasanya.

Nazrief terus menyandarkan kepalanya di sofa. 5 minit kemudian, Mak Ijah muncul dengan menatang dulang di tangan.

Mak Ijah terus menghidangkan air kepada mereka bertiga.

"Makanan tengah hari Mak Ijah dah siapkan." Hambar sahaja kedengaran suara Mak Ijah menyapa mereka bertiga.

"Mak Ijah sihat?" Lembut suara Nazrief menanyakan orang gajinya itu.

Mak Ijah tidak menjawab, dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Kalau nak apa apa nanti panggillah. Mak Ijah nak ke dapur." Belum sempat Nazrief menjawab Mak Ijah terus meninggalkannya.

Nazrief pelik. Tak lama kemudian, Nazrief terus menuju ke tingkat atas. Letih sungguh badannya waktu ini. Dia hendak tidur untuk seketika. Nazrief menolak pintu biliknya. Dia melihat keadaan biliknya begitu kemas sekali berbanding sebelum dia meninggalkan nya tempoh hari.

Namun entah mengapa hatinya dipagut perasaan sayu tiba tiba. Bagaikan terpandang pandang wajah Kyra di setiap sudut bilik itu.

Nazrief duduk di atas katil lalu terus baring. Matanya tepat memandang siling dengan pandangan kosong. Kemudian perlahan lahan matanya mula beralih ke setiap sudut bilik hinggalah matanya terhenti pada meja solek.

Segera dia bangkit dan bergerak ke arah meja solek itu. Bagaikan hendak terkeluar biji matanya melihat gelang tangan dan cincin pemberiannya semasa majlis pernikahan dulu telah dikembalikan semula oleh Kyra.

Bererti Kyra yang telah mengemas bilik ini. Pasti dia kembali semula ke rumah ini untuk mengambil pakaiannya.

Kertas yang diletakkan di bawah barang barang yang ditinggalkan oleh Kyra diambil.

Isi surat:

Terima kasih atas kebahagiaan yang diberikan pada saya selama ini. Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikkan Encik Nazrief itu. Halalkan segala makan minum saya selama bertamu di rumah ini. Maaf zahir dan batin. - ikhlas Nur Kyra Airyna

Kertas ditangan didakap erat di tubuh bagaikan dia sedang memeluk Kyra. Sebak datang menghimpit hatinya.

Apatah lagi apabila Kyra telah memulangkan semula semua pemberiannya. Mengapa sampai begitu sekali tindakan Kyra? Dia tidak pernah terlintas langsung untuk mengambil semula apa yang telah diberikan pada Kyra sepanjang menjadi isterinya.

VOTE 🎀
COMMENT 🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now