BAB 3

7.5K 170 2
                                    

"ASSAMUALAIKUM mama. Kyra dah balik." Laung Kyra di pintu rumah sambil menanggalkan kasutnya lalu diletakkan di rak kasut.

"Waalaikumussalam masuklah." Puan Qairina menyambut Kyra di pintu rumah.

Kyra melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Mama masak apa? Sedapnya bau." Tanya Kyra sambil terus meluru ke dapur. Bau yang sedap itu terus dihidunya berkali kali. Terus lapar perut dia.

"Mama masak Masak Lemak Ikan Keli, sedap kan? Pergi mandi dulu and then turun bawah makan." Kyra mengangguk lalu naik ke biliknya.

Selesai makan dan membersihkan dirinya, Kyra berehat rehat di atas katil sebelum 'tok! tok! tok!'. Pintu biliknya diketuk.

"Masuklah" Ajak Kyra sambil masih bermalas malasan di atas katil.

Sebaik sahaja pintu biliknya terbuka, terjengul wajah Raisya di pintu.

"Boleh Raisya masuk?" Tanya Raisya sebelum masuk ke dalam bilik kakaknya itu.

"Masuklah. Ada apa?" Tanya Kyra kepada Raisya.

"Ermm... Sebenarnya kan, kakak tahu tak tadi mama dengan papa cakap apa dekat bawah?" Kyra menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Mama dengan papa cakap... Nak kahwin kan kakak!" Ujar Raisya dengan teruja.

"Hah?! Kahwinkan kakak?! Dengan siapa? Betul ke Raisya ni? Jangan main mainkan kakak." Kyra memberi amaran. Kadang kadang tak boleh percaya jugak adiknya sorang ni. Prank ke apa.

"Kalau tak percaya, pergilah tanya papa dengan mama kat bawah." Kyra terus bangun dari katilnya dan berlari menuju ke bawah diikuti Raisya.

"Mama!" Jeritan Kyra terdengar sambil menuruni tangga.

"Ye ada apa jerit jerit. Mama kamu kat dapur." Jawab Tuan Hafreez yang sedang menonton tv.

"Papa, betul ke papa dengan mama ada cakap nak kahwinkan Kyra?" Tanya Kyra.

"Betul, kenapa?" Sampuk Puan Qairina yang datang dari dapur setelah mendengar jeritan anaknya itu.

"Dengan siapa?" Soal Kyra lagi.

"Nazrief." Jawab Tuan Hafreez selamba.

"Nazrief?! Boss Kyra tu?! Tak nak lah papa!" Kyra terus membantah. Dengan dia tu? Memang tak lah.

"Bincang je, belum official lagi" Kata Puan Qairina.

Kyra terus memasamkan wajahnya.

"Tak nak lah papa mama, Kyra taknak kahwin lagi." Ujar Kyra. Muda lagi kut. Dia nak enjoy dulu. Tak sedia lagi nak pikul tanggungjawab.

"Nak tunggu kamu kahwin sendiri? Alamatnya sampai mama dengan papa takde pun belum tentu kamu kahwin. Okay apa boss kamu tu. Baik, handsome lagi tu." Kyra menggulingkan biji matanya mendengar pujian berbakul bakul yang dilemparkan pada Nazrief.

"Apa apa je lah. Kyra tak nak kahwin!" Ujar Kyra lalu segera bangun dari sofa dan menuju ke biliknya semula.

Tuan Hafreez dan Puan Qairina hanya menggelengkan kepala mereka melihat perangai anak mereka yang satu itu.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now