BAB 17

4.5K 117 4
                                    

KYRA perasan sejak daripada fashion show tadi, Nazrief terus tidak bercakap dengannya. Dia pun tak pasti mengapa ataupun Nazrief tak suka dia jadi model. Itu dia tak pasti.

"Abang, we need to talk." Ujar Kyra kepada Nazrief yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja pada pagi itu.

Nazrief hanya diam membisu dan mengambil briefcase nya ingin keluar dari bilik namun Kyra menghalang. Dia berdiri di depan Nazrief dan mendepakan tangannya tanda tidak membenarkan Nazrief berjalan.

Nazrief mengerling jam di tangannya.

"Kyra nak apa? Abang dah lambat ni." Ujar Nazrief. Pandangannya dibuang ke arah lain. Tidak memandang Kyra.

"Kenapa lately ni abang buat perangai macam ni? Kyra ada buat salah ke? Kalau ada bagitahu, kita settle sekarang." Ujar Kyra sambil memeluk tubuh di hadapan Nazrief yang lebih tinggi darinya itu.

"Takde masalah apa pun. Kyra je overthinking. Dah lah abang nak pergi kerja. Assamualaikum." Nazrief terus berjalan melepasi Kyra tanpa sempat dihalang.

Kyra mengeluh. Masakan tidak ada masalah apa apa kalau Nazrief sudah bersikap begitu.



"TOK! TOK! TOK!"

"Masuk!"

Kyra masuk dengan membawa bekal makanan ke dalam bilik pejabat Nazrief. Misinya ialah untuk memujuk Nazrief.

"Kyra buat apa datang sini?" Soal Nazrief kurang selesa. Matanya masih fokus terhadap kerjanya selepas memandang Kyra buat seketika.

"Nak lunch sama sama dengan abang lah." Ujar Kyra. Bekal makanan diletakkan di atas meja kaca yang tersedia. Kyra segera menuju ke arah Nazrief. Bahu Nazrief dipicitnya perlahan. Nazrief hanya diam tidak beriaksi.

"Abang." Seru Kyra.

"Hmm." Jawab Nazrief pendek.

Kyra yang tidak berpuas hati terus mengambil alih komputer Nazrief lalu terus ditekan butang off. Puas hati dia tengok komputer terpadam, sekarang perhatian Nazrief hanya pada dirinya.
Nazrief memandang Kyra dengan pandangan tidak puas hati namun masih tidak bersuara.

Kyra bertindak untuk duduk di atas riba suaminya sambil merangkul leher Nazrief. Terkedu Nazrief dibuatnya. Tak pernah pernah Kyra begini.

"Kyra tak sukalah abang yang sekarang. Masam je sepanjang masa. Apa salah Kyra?" Soal Kyra berterus terang. Belakang leher Nazrief diusapnya perlahan dengan ibu jari.

Nazrief memejamkan matanya seketika Cuba menahan godaaan yang diterima nya.

"Abang nampak Kyra bersembang dengan sorang laki ni waktu belakang pentas. Nampak mesra. Siapa dia?" Soal Nazrief juga berterus terang. Dia ingin menyelesaikannya masalah ini segera. Tak sanggup bermasam muka dengan isterinya yang comel ini lama lama.

Tersentak Kyra dengan pertanyaan Nazrief. Terus terimbas perbualannya bersama Harif.

"Err... Tu kawan Kyra lah. Dia kerja dekat belakang pentas. Dia juga lah yang syorkan Kyra untuk ganti model yang tak datang semalam. Just a friend tak lebih dari tu." Jawab Kyra dengan senyuman nipis cuba meyakinkan Nazrief. Hatinya tersentuh apabila perkataan kawan meluncur keluar dari mulutnya. Entah kenapa hatinya tidak bersetuju dengan perkataan itu.

"Betul?"

"Betul lah, buat apa nak tipu. Kyra dah ada abang. Abang sorang je dalam hati ni." Sekalk lagi terasa seperti batu terhempap ke atas kepalanya. Rasa bersalah menerpa ke dalam sanubari. Kalau lah Nazrief tahu apa yang keluar dari mulutnya hanyalah dusta semata mata.

Walaupun dia sudah mula menyimpan rasa cinta pada Nazrief tapi nama Harif masih terpahat kukuh di dalam hatinya. Entah kenapa susah sangat dia ingin melupakan Harif.

Mata Kyra berair memandang wajah Nazrief. Dia rasa bersalah kerana menipu insan yang ikhlas mencintainya.

"Kenapa Kyra menangis? Abang tak marah pun. Abang cuma tanya. Abang percaya Kyra. Okay? Dah jangan nangis." Nazrief mencubit perlahan pipi Kyra. Kyra pula menyembam wajahnya ke bahu Nazrief. Tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.

Nazrief mengusap ngusap belakang badan Kyra untuk menenangkan nya. Dia pun keliru kenapa Kyra agak beremosi hari ini. Mungkin lumrah wanita memang begitu.

'Maafkan Kyra.' Bisik hati Kyra.

NAZRIEF dan Kyra balik pada sebelah malam. Hari ini seharian Kyra menemani Nazrief di pejabat dan kemudian mereka bersama sama pergi menonton hingga balik lewat malam.

Nazrief bersusah payah membuka pintu sambil mengendong Kyra yang terlelap. Dia saja tak mahu gerakkan Kyra jadi dia mengambil keputusan untuk mengendong isterinya itu masuk ke dalam rumah.

Nazrief meniti tangga dekat berhati hati. Tiba tiba dia bertembung dengan Alia yang terbangun untuk minum air di dapur.

"Naz, you baru balik?" Terjongket kening Alia apabila melihat Nazrief sedang mengendong Kyra sambil menaiki tangga.

'Gedik betul perempuan ni sampai tak boleh naik tangga sendiri. Bukan cacat pun.' Kata hati Alia.

Senyuman dilorekkan semanis mungkin buat Nazrief. Nazrief hanya membalas dengan senyuman nipis.

"Ye, baru balik spend time dengan Kyra sampai tertidur dia. I kesian pulak nak kejut." Balas Nazrief dengan nada rendah agar tidak mengejutkan Kyra.

"Hmm okaylah I masuk bilik dulu." Nazrief meminta diri lalu berlalu masuk ke dalam bilik mereka.

Tanpa sedar Alia mengikuti jejak langkah Nazrief. Dia mengintai di sebalik belahan pintu yang tidak ditutup rapat.

Nazrief meletakkan Kyra secara berhati hati ke atas katil sebelum melabuhkan ciuman di dahi Kyra.

Setitik air mata Alia jatuh apabila melihat kemesraan antara Nazrief dan Kyra. Dia yakin pintu hati Nazrief sudah tertutup buatnya melihat cara Nazrief memandang Kyra. Dia berharap itu adalah dirinya.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now