BAB 32

6.1K 163 23
                                    

TIBA tiba Nazrief teringat akan baju baju Kyra, kalau baju yang dibeli untuk Kyra pun dipulangkan kembali memang Kyra dah buang dia dari hidup wanita itu sepenuhnya.

Dia pergi ke almari lalu membuka almari itu perlahan lahan.

Hancur luluh hatinya. Benar tekaannya, Kyra tidak mengambil sehelai pun baju yang dibeli oleh Nazrief. Baju t-shirt yang dihadiahkan pada Kyra sempena perkahwinan mereka juga tergantung elok di dalam almari itu.

"Begitu sekali bencinya Kyra pada abang? Hinggakan segala pemberian abang Kyra tinggalkan. Tak ada langsung ke perasaan sayang Kyra pada abang? Abang akui memang abang yang lepaskan Kyra tapi takkkanlah sampai mati terus perasaan Kyra pada abang. Hingga sebesar zarah pun pemberian abang , Kyra tak sudi untuk terima? Kalaulah Kyra tahu perasaan abang waktu ini.." Nazrief tidak dapat mneruskan kata katanya lagi.

Waktu ini baru dia benar benar merasai kehilangan Kyra dalam hidupnya. Kyra sudah tidak ada lagi dalam hidupnya dan tidak akan kembali lagi.

Nazrief terus melangkah lesu menuju ke balkoni. Dia tidak tahu hendak meluahkan perasaannya pada siapa di kala ini. Betapa peritnya hendak meneruskan hidup tanpa orang yang amat disayangi di sisi.

Matanya terpandangkan bingkai gambar yang pecah dibuang di dalam bakul sampah tepi balkoni bilik itu. Tapi mana pergi gambar perkahwinannya?

Nazrief pantas melangkah masuk ke dalam biliknya kembali. Dia mencari album gambar perkahwinannya namun tidak ada. Puas dia mencari di merata tempat tetap tidak berjumpa.

Nazrief sudah tidak keruan. Dia mundar-mandir seorang diri apa lagi yang tinggal untuknya jika gambar perkahwinannya itu hilang. Sudahlah CD perkahwinannya sudah dimusnahkannya semasa marah tempoh hari.

Album itulah satu-satunya kenangan yang dia masih ada. Nazrief terus menjerit memanggil Mak Ijah dari pintu biliknya.

Dengan tubuh Mak Ijah yang agak gempal itu agak sukar juga untuk dia segera mendapatkan Nazrief yang nampak sudah angin satu badan itu. Nazrief yang sudah ternampak kelibat Mak Ijah meniti anak-anak tangga terus duduk di birai katil. Mak Ijah menolak pintu bilik yang sememangnya renggang itu.

"Mak Ijah mana pergi album gambar saya?" Tanya Nazrief.

"Album gambar yang mana? Bukan ke album gambar Nazrief semuanya ada di ruang tamu dekat bawah meja sofa tu?" Jawab Mak Ijah tidak tahu album gambar apa yang dimaksudkan Nazrief.

Nazrief menggeleng mendengar jawapan Mak Ijah itu.

"Bukan album tu Mak Ijah tapi album perkahwinan saya, saya dah cari semua tempat tapi tak jumpa." Suara Nazrief sudah mula bergetar. Dia tidak mahu kehilangan satu satunya kenangan yang dia ada.

Mak Ijah dapat melihat wajah kerisauan yang begitu ketara terpapar di wajah Nazrief. Mak Ijah sudah serba salah untuk menjelaskannya.

"Sebenarnya Nazrief, album gambar tu Kyra dah bawah sekali masa dia ambil pakaian dia." Ujar Mak Ijah.

Tersentak Nazrief mendengarnya. Lama dia merenung wajah pembantunya itu bagaikan hendak mendapatkan kepastian yang betul-betul sahih.

"Kyra bawa sekali album tu? Siapa bagi dia kebenaran untuk bawa album tu pergi?!" Nazrief menyinga tiba-tiba.

Mak Ijah tak berani bersuara. Dia hanya mendiamkan diri.

"Kalau dah semua barang yang saya bagi dia pulangkan, kenapa album yang ada gambar saya dia bawa pula?" Ujar Nazrief bengang.

Mak Ijah lagi tidak tentu arah dibuatnya. Namun demi untuk mempertahankan kyra anak angkat kesayangannya itu dia bersuara jua.

FLASHBACK

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now