° Fate 116 °

1.7K 85 3
                                    

"Kembali pada aku? Aku janji akan jaga kau sebaik yang mungkin. Aku layan kau macam seorang puteri." Soo Eun semakin didekati. Tangan wanita itu diraih.

Dalam beribu wanita yang pernah dia suka, hanya Jeon Soo Eun yang dia cinta.

Soo Eun mengetap bibirnya. Menahan air mata yang ingin keluar.

"Aku akan rawat luka di hati kau. Dan aku janji aku akan buat kau jatuh cinta pada aku."

"Kenapa Jimin? Kenapa aku?" Lemah Soo Eun bersuara bersama titisan air mata.

"Soo Eun, mungkin kau bukan yang pertama, tapi aku nak kau jadi yang terakhir. Aku cintakan kau Soo Eun."

"Tapi aku cintakan dia." Balas Soo Eun lagi.

Terasa pedas kata - kata itu. Jimin menarik nafas sedalam yang mungkin.

"Beri aku peluang untuk rawat kau dan buat kau jatuh cinta dengan aku. Peluang, cuma itu yang aku minta."

Soo Eun memandang anak mata Jimin. Keazaman yang terpancar pada mata lelaki itu membuatkan dia mengangguk. Mungkin untuk bahagia, dia perlu memberikan peluang untuk lelaki itu.

Mungkin juga kerana kebahagiaan dia ada pada lelaki itu.

Mungkin juga kerana kebahagiaan dia ada pada lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku cuba untuk melupakan dia...

Demi kau, Jimin...

Dan juga demi aku sendiri...

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now