° Fate 068 °

1.5K 123 5
                                    

"Ini bilik kita berdua."

Mendengarkan ayat itu, Younghwa sepantas kilat memandang wajah Taehyung yang masih selamba.

"K—kita?"

Taehyung kini memberi perhatian kepada Younghwa. Renungan matanya penuh kebosanan.

"Kita?!" Younghwa mengulang lagi cuma kali ini lebih kuat.

"Ya. Kau pekak atau apa?" Soal Taehyung agak sebal.

"Saya tak nak." Raut wajah Taehyung tegang sebaik sahaja wanita itu menuturkan kata penolakan tersebut.

Perlahan kakinya mencorak langkah mendekati Younghwa. Pandangan mata lelaki itu tidak goyah walaupun sesaat. Masih tajam.

"Kenapa? Mengikut undang - undang, kau masih isteri aku. Kita tak pernah bercerai."

Younghwa gelisah. Tangan Taehyung kemudiannya mencengkam rahang wanita itu. Matanya berubah lagi. Seperti tiada lagi kewarasan dalam diri lelaki itu.

Wanita itu menyeringai kesakitan. Rahangnya semakin kuat dicengkam.

"Atau kau nak tidur dengan Jimin?"

Mata lelaki itu membara. Penuh dengan api.

Taehyung, sampai hati awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung, sampai hati awak...

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now