° Fate 035 °

1.6K 142 8
                                    

"Pa... pa." Han pantas mendekati katil Hansung. Dahi anak kecil itu disentuh sebelum senyuman kembali terukir di bibir.

Nampaknya demam Hansung sudah semakin surut. Mungkin dalam masa satu atau dua hari, Hansung akan sembuh sepenuhnya.

Gelas kosong yang berada di atas meja kecil dituang dengan air kosong sebelum Han menolong Hansung untuk meminumnya.

Seteguk demi seteguk dan cawan itu kosong sepenuhnya.

"Terima kasih papa." Ucap Hansung.

Han tidak sampai hati. Tak mungkin dia ingin menghancurkan hati anak kecil itu dengan mengatakan bahawa dia bukanlah papanya.

Jadi, dia biarkan sahaja. Namun satu hal yang membuatkan dia tidak ingin Hansung berhenti memanggilnya 'papa' ialah apabila ada satu perasaan hangat yang menjalar ke segenap ruangan hatinya.

Dia tidak pasti jika dia ingin berhenti.

Tak.

Dia pasti.

Han ingin Hansung memanggilnya dengan panggilan papa.

Itu membuatkan dia gembira.

Kenapa panggilan 'papa' tu buat aku gembira?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenapa panggilan 'papa' tu buat aku gembira?

Namun aku juga rasa kosong.

Seperti ada sesuatu yang hilang.

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now