° Fate 017 °

1.6K 143 6
                                    

"S--siapa kata saya tak s--suka awak?!"

Termengah - mengah Younghwa menjawab. Namun sekejap sahaja sebelum matanya membesar lagi. Dia menjerit. Dia menjerit di hadapan doktor itu.

Doktor itu pula memandangnya. Terkejut dengan suara kuat Younghwa. Perlahan - lahan bibirnya mengukir senyuman yang semakin lama semakin lebar dan akhirnya dia tertawa.

Younghwa menggenggam selimut katil tempat dia sedang duduk sekarang.

Mukanya sudah merah seperti tomato. Malu tidak terkata.

"A--apa yang lawak?!" Marah Younghwa. Rasa seperti dipermainkan.

"Tak. Tak ada apa pun. Awak menarik." Balasan doktor itu menyebabkan Younghwa berpaling ke tepi. Tak sanggup memandang lelaki itu.

Bunyi telefon yang berdering mematikan tawa doktor Hansung. Poket seluar diseluk lalu tangannya pantas menjawab panggilan.

"Helo sayang?" Mata memberi isyarat agar Younghwa memegang pek ais yang dipegangnya sedari tadi.

Tangan Younghwa mencapai pek ais itu dan doktor Hansung berdiri.

Pergi menjauhkan diri sedikit.

Pergi menjauhkan diri sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mesti isteri dia yang call...

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now