° Fate 003 °

2.2K 210 25
                                    

"Hansung-ahhhh." Bunyi loceng kedengaran apabila kedai bunga yang dimiliki Younghwa dibuka.

"Ayah!" Hansung yang sedang membantu Younghwa menyusun bunga berlari ke arah lelaki yang memanggil namanya.

Lelaki itu mencangkung menunggu Hansung untuk merempuh dirinya. Sampai sahaja, tubuh kecil Hansung dipeluk seeratnya.

"Rindu ayah tak?" Soal lelaki itu sambil memberikan ciuman bertalu - talu di pipi anak kecil itu.

"Rindu!" Jawab Hansung teruja. Tangan yang melingkar di leher lelaki itu dieratkan lagi.

"Ayah ada bawakan mainan untuk Hansung. Hari tu mama kata ada orang rosakkan mainan Hansung." Muka lelaki itu cemberut. Seperti marah gamaknya.

Hansung tidak menjawab malah terus merampas mainan yang berada di tangan lelaki itu.

"Hansung! Hansung kena cakap apa?!" Tegas Younghwa berkata apabila melihatkan kelakuan Hansung yang kurang sopan.

"Terima kasih ayah." Ucap Hansung. Lelaki itu mengangguk sebelum memandang Younghwa.

Mereka saling berbalas senyuman. Kaki lelaki itu melangkah mendekati Younghwa.

"Selamat pulang Jimin." Kata Younghwa lalu memeluk Jimin.

" Kata Younghwa lalu memeluk Jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

:)

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now